SEBAB-SEBAB TIDAK GEMAR BELAJAR SECARA BERKUMPULAN
1. Berasa diri sudah pandai
Tanggapan sebegini adalah salah kerana sepandai mana pun anda, dengan mengajar atau mendengar orang lain bercakap mengenai sesuatu, anda dapat memperbaiki kefahaman anda dan membuat ulangkaji supaya maklumat yang diterima itu membuat "long term memory" atau ingatan jangka panjang.
2. Segan Mengakui Kelemahan Diri
Setiap insan diciptakan oleh Allah s.w.t. dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sehebat mana pun seseorang itu, tentu ada kelemahan diri. Dengan mengenal pasti dan mengakui kelemahan tersebut, anda boleh mengambil langkah yang positif untuk memperbaiki kelemahan itu.
BAGAIMANA MENGATASI KELEMAHAN DIRI
- Ingat , kita semua serupa
- Ingat , kita belum terlambat
- Ingat, kelemahan adalah perasaan sahaja.
- Ingat, kematangan kita bukankah sama dengan rakan-rakan yang lain?
- Ingat, ramai orang "kembang petang" iaitu cemerlang lewat
- Ingat, orang cacat lagikan berjaya! inikan pula kita yang sempurna.
No comments:
Post a Comment