Thursday, October 7, 2010

HADIS TING.4 - NOTA DAN SOALAN

TINGKATAN 4
HADIS 1- MAKANAN YANG BAIK
NOTA PANDUAN
MAKSUD HADIS
Daripada Abu Hurairah R.A. meriwayatkan katanya Rasulullah bersabda : Sesungguhnya Allah itu baik Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada semua rasul dengan firman-Nya : Wahai sekalian rasul ! Makanlan makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. Firman-Nya lagi : Wahai sekalian orang yang beriman makanlah makanan yang baik yang telah kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit ( berdoa ) Wahai tuhanku ! Wahai tuhanku ! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram. Makan bagaimanakah akan aku perkenankan doanya.
HUBUNGAN MAKANAN , MINUMAN , PAKAIAN DENGAN DOA DAN IBADAT
1. Doa dan ibadat kita tidak akan dimakbulkan Allah jika makanan, minuman dan pakaian kita adalah haram dan dari sumber yang haram
2. Setiap makanan dan minuman yang haram akan menjadi darah daging . Ia memberi kesan kepada jiwa dan akhlak kita.
3. Apabila makanan kita halal , maka jiwa kita akan menjadi baik dan sebaliknya jika makanan kita haram , maka hidup kita tidak akan diberkati Allah.
SYARAT DIHARUSKAN MAKAN MAKANAN / MINUMAN YANG HARAM
1. Dalam keadaan darurat
2. Hanya terdapat makanan atau minuman yang haram sahaja
3. Makan atau minum sekadar untuk menyelamatkan nyawa sahaja
4. Makan atau minum bukan untuk kenyang
HIKMAH MEMILIH MAKANAN DAN MINUMAN YANG HALAL DAN BAIK
1. Menjaga Kesihatan Tubuh Badan
2. Memelihara Kewarasan Akal Fikiran
3. Menjaga Maruah Diri
4. Dimakbulkan Doa
5. Mendapat Pahala
PENGAJARAN HADITH
1. Umat Islam mestilah prihatin terhadap makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat.
2. Kita wajib menghindarkan diri daripada makanan dan minuman yang haram agar terpelihara dari mudarat.
3. Allah tidak menerima doa hamba-Nya yang mengambil makanan dan minuman yang haram.
4. Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat , bersih dan kemas agar maruah diri terpelihara.
CIRI-CIRI MAKANAN HALAL
1. Dinyatakan halalnya oleh syarak
2. Disembelih dengan nama Allah
3. Mempunyai label halal
4. Diusahakan oleh orang Islam
5. Suci dan bersih.
CIRI MAKANAN HARAM
1. Dinyatakan haramnya oleh syarak
2. Disembelih kerana selain Allah
3. Tidak mempunyai label halal
4. Diusahakan oleh orang bukan Islam
5. Kotor, jijik dan memudaratkan.
ARAHAN :
1. Baca dan fahami dahulu nota panduan
2. Ingat isi-isi penting dan kata-kata kunci
3. Ambil masa (jika perlu) untuk menghafal isi-isi penting
4. Digalakan melakukan latihan ini sekurang-kurangnya 3 kali
Pakaian mereka
langit
Makanlah
musafir
Minuman mereka
Makanan yang baik
Beramallah
Amalan soleh
1. Nyatakan makna perkataan yang bergaris berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan ( 4 Markah)
2. Nyatakan ciri-ciri makanan halal [ 4 markah]
3. Mengapakan kita dilarang memakan makanan yang haram. [ 4 Markah]
4. Tuliskan ciri-ciri makanan yang haram. [ 4 Markah]
5. Nyatakan hubungan antara makan minum dengan ibadat [ 2 Markah]
6. Kita diberikan rukhsah (kelonggaran) memakan makanan yang haram dengan syarat-syarat tertentu. Nyatakan syarat-syarat tersebut [ 4 Markah]
7. Nyatakan 2 pengajaran hadis. [ 4 Markah]
HADIS 2 ; PERPADUAN TERAS KEMAJUAN
NOTA PANDUAN
PERINTAH NABI DALAM HADIS
1. Jangan dengki mendengki
2. Jangan tipu menipu
3. Jangan benci membenci
4. Jangan berpaling muka
5. Jangan membeli atas belian orang lain.

SIFAT YANG MEROSAKKAN PERPADUAN
SIFAT/SIKAP
MAKNA
1
DENGKI
Perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada pada orang lain.
2
MENIPU
Menipu adalah perbuatan sama ada melalui tutur kata atau tingkah laku berkaitan dengan muamalat yang dilakukan secara tidak jujur.
3.
BENCI MEMBENCI
Benci merupakan perasaan marah yang lahir dari sifat angkuh dan sombong.
4.
BERPALING MUKA
Berpaling muka bermaksud tidak bertegur sapa dan hidup pentingkan diri sendiri.
LANGKAH KE ARAH PERPADUAN :
  1. Memupuk kasih sayang di antara anggota masyarakat
  2. Mengamalkan sikap tolong menolong dan saling bekerjasama
  3. Memelihara hak orang lain dengan menhormati maruah dan budaya mereka
  4. Bertolak ansur dan prihatin terhadap masalah jiran dan masyarakat
  5. Mengamalkan budaya ziarah menziarahi
  6. Bersikap patriotik dan sayangkan negara
PENGAJARAN HADIS
  1. Semua orang Islam adalah bersaudara
  2. Kita hendaklah bersatu padu agar negara berada dalam keadaan aman dan stabil
  3. Mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab semua rakyat
  4. Kita hendaklah mengelakkan sifat-sifat mazmumah kerana ianya akan menghancurkan ukhuwah Islamiyah
SOALAN
1. Tuliskan perintah-perintah Allah dalam hadis di atas [ 4 Markah]
2. Terangkan perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kepada perpecahan yang disebutkan dalam hadis di atas. [ 4 Markah]
3. Tuliskan faktor berlaku perbuatan tipu menipu dalam masyarakat. [ 4 Markah]
4. Mengapakah Islam melarang perbuatan benci membenci dalam masyarakat [ 4 Markah]
5. Tuliskan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan [ 4 Markah]
6. Nyatakan 2 pengajaran hadis di atas. [ 4 Markah]

No comments:

Post a Comment