Monday, October 11, 2010

ISTILAH-ISTILAH DALAM IBADAT TINGKATAN 5


BIL
ISTILAH

MAKSUD / PENGERTIAN

1.
Perkahwinan
Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
2
Merisik
Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai seta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang suami
3
Meminang
Lamaran daripada seseorang lelaki kepada seseorang perempuan untuk dijadikan isteri.
4
Wali
Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan .
5
Wali Mujbir
Wali yang berhak mengahwinkan pengantin perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu. Contohnya bapa dan datuk
6
Wali Hakim
Mereka yang diberi kuasa oleh sultan / pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab, untuk mengahwinkannya
7
Wali Akrab
Wali yang hampir dengan perempuan tersebut termasuk datuk dan bapa.
8
Sekufu’
Setaraf dari segi keturunan, pendidikan , pekerjaan dan lain-lain.
9
Ijab
Lafas yang diucapkan oleh wali .
10
Qabul
Jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami.
11
Mahar
Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri samada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akd nikah.
12
Mahar Musamma
Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-kedua belah pihak
13
Mahar Misil
Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan sebelah isteri.
14
Walimatul Urus
Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
15
Talak
Melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak/cerai/bermaksud talak.
16
Talak Sunni
Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan talak satu atau dua ketika isteri suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi.
17
Talak Bid’i
Talak yang menyalahi peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri ketika haid , nifas atau ketika suci yang disetubuhi.
BIL
ISTILAH
MAKSUD / PENGERTIAN
18
Talak Raj’ie
Talak satu atau dua yang belum tamat idahnya, Suami boleh merujuk kembali isteri semasa idah tanpa perlu kepada akad dan mahar yang baru.
19
Talak Bain
Talak yang tidak boleh dirujuk , perlu akad nikah dan mahar yang baru.
20
Talak Bain Sughra
Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru (contoh cerai cara Khuluk, Fasakh, talak 1 / 2 yang tamat idah)
21
Talak Bain Kubra
Talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.
22
Talak Takliq
Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat. Terbahagi kepada dua iaitu Taklik Biasa dan Taklik Secara Khuluk.
23
Talak Taklik Biasa
Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata kepada isterinya”Jika engkau keluar dari rumah ini maka engkau tertalak dengan talak satu”
24
Talak Taklik Secara Khuluk
Lafaz Taklik yang termaktub dalam Surat Akuan Nikah
25
Rujuk
Mengambil semula isteri yang telah diceraikan sebelum habis tempoh iddah.
26
Iddah
Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas bercerai dengan suami.
27
Fasakh
Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad atau disebabkan masalah yang berlaku didalam rumahtangga
28
Khuluk
Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk yang memerlukan bayaran tertentu
29
Nusyuz
Keengganuan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak
30
Zihar
Suami menyamakan isteri atau mana-mana anggotanya dengan ibunya @ dengan mana-mana perempuan yang haram dengannnya
31
Li’an
Sumpah suami yang disertakan dengan laknat Allah untuk menolak hukum qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri @ untuk menafikan nasab
32
Poligami
Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih daripada empat orang pada satu masa
33
Undang-undang Keluarga Islam
Undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya di kalangan orang Islam
34
Anak Angkat
Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya
35
Hadhadah
Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri

No comments:

Post a Comment