Wednesday, June 15, 2011

NOTA IBADAT BAB ZIHAR- TING 5

Sila lengkapkan nota anda. Nota akan diperiksa dalam masa 1 minggu lagi.

1. Pengertian Zihar
Bahasa : belakang
Istilah : suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya
atau dengan mana-mana perempuan mahram baginya
2. Hukum Zihar ialah haram dan berdosa besar
3. Rukun zihar
(i) Suami
(ii) Isteri
(iii) Orang yang diserupakan dalam zihar
(iv) Sighah
4. Syarat Zihar
RUKUN
SYARAT
Suami
1. Baligh
2. Berakal
3. Sah talak. Tidak sah zihar kepada isteri yang berada dalam iddah talak bain
4. Kemahuan sendiri
Isteri
1. Isteri yang sah
2. Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggotanya

Orang yang diserupakan dalam zihar
1. Perempuan
2. Perempuan yang muhrim dengan sebab nasab penyusuan dan persemendaan

Sighah
1. Lafaz yang digunakan jelas dan khusus tidak memerlukan kepada niat

2. Lafaz yang digunakan tidak jelas dan tidak khusus, ia memerlukan kepada niat
5. Langkah Mengelak Daripada Berlaku Zihar
1. Tidak mengikut sifat arab jahiliah apabila marah seperti menyamakan isteri dengan ibunya atau mana-mana mahramnya.
2. Memahami konsep zihar
3. Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-gesa menzihar isteri
6. Kifarah Zihar
Mengikut tertib berikut:
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin
2. Jika tidak mampu suami wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut
3. Jika tidak mampu berpuasa, suami wajib memberi makan enam puluh orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap orang
7. Akibat Zihar
1. Suami yang melakukan zihar mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar
2. Suami isteri haram melakukan persetubuhan
3. Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri
4. Suami wajib membayar kifarah
Latihan :
1. Apakah maksud zihar?
2. Senaraikan rukun zihar.
3. Jelaskan dua sebab berlakunya zihar.
4. Terangkan dua langkah untuk mengatasi berlakunya zihar.

No comments:

Post a Comment