Sunday, October 23, 2011

TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Pertama
Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.

Kedua
1.      Pastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda.
2.      Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.
3.      Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman.
4.      Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.

Ketiga
1.      Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting.
2.      Jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok.
3.      Pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

Keempat
1.      Sanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.

Kelima
1.      Mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR).
·         Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.
Keenam
1.      Sentiasa sihat badan dan cerdas minda.
·         Pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat.
·         Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais.

Ketujuh
Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.

Senarai Semak Untuk Keberkesanan Ulangkaji Menghadapi Peperiksaan.


1.      Buat satu senarai semua topik yang termaktub dalam silibus peperiksaan anda bagi sesuatu subjek. Katakan subjek K semuanya ada 14 topik.

2.      Atur topik mengikut kategori tertentu.Kategori ini mungkin dari segi:
a.       Kefahaman
                                                              i.      Topik paling tidak difahami
                                                            ii.      sederhana difahami,
                                                          iii.      paling difahami atau

b.      kategori Topik yang
                                                              i.      paling penting (maknanya kemungkinan keluar dalam peperiksaan amat tinggi)
                                                            ii.       topik yang paling tidak penting.

3.      Kemudian buat satu jadual meliputi:
a.       Topik mana dulu perlu diperkemaskan untuk seminggu atau dua minggu akan datang dan seterusnya hingga dua tiga minggu sebelum peperiksaan. Kemudian setelah anda kenalpasti topik mana dan bila kena ulangkaji, maka lakukanlah apa yang dirancangkan.

4.      Baca buku ulangkaji yang berbeza penerbitannya (bukan Penerbit Sasbodi atau Shortman sahaja, mungkin rujuk juga penerbit lain seperti Fajar Bukit, Nadilmu dsb — jangan beli buku dari semua penerbit itu, berkongsi dengan kawan, jimat duit !)

5.      Oleh kerana ia melibatkan banyak matapelajaran, justeru banyak tajuk, maka buat perancangan yang lebih terperinci. Jangan bimbang ambil masa dua tiga jam pagi esok atau petang lusa dan rancang dengan bijaksana. Kata “mereka yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal” !

Thursday, September 29, 2011

PMR-TAJUK-TAJUK PENTING PMR 2011

SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN- TAJUK YANG TIDAK PERNAH MASUK PEPERIKSAAN 5 TAHUN



BERIMAN KEPADA RASUL

1.
Soalan : Tuliskan tugas-tugas rasul

Jawapan : tugas-tugas rasul ialah :
1.    Menyampaikan wahyu Allah
2.    Memimpin manusia mengenal Allah
3.    Mengajar manusia cara beribadah
4.    Menjadi teladan kpd manusia

2.
Soalan : Tuliskan sebab manusia perlu kepada rasul

Jawapan : Sebab manusia perlu kepada rasul
l  Rasul membimbing manusia ke jalan yang benar
l  Rasul memimpin manusia kepada kebaikan dunia dan di akhirat
l  Supaya manusia tidak akan sesat
l  Untuk menjadi contoh teladan



3.
Soalan : Jelaskan kesan beriman kepada rasul kepada indvidu

Jawapan : kesan beriman kepada rasul kepada indvidu ialah :
1.    Mendapat hidayah untuk kembali ke jalan Allah
2.    Meningkatkan ketakwaan kepada Allah
3.    Mencintai rasul melebihi kecintaan segala-galanya
4.    Memiliki akhlak mulia yang boleh dicontohi
5.    Mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat

4.
Soalan : Jelaskan kesan beriman kepada rasul kepada keluarga

Jawapan : Sebab manusia perlu kepada keluarga
l  Keluarga menjadi bahagia dan harmoni.
l  Melahirkan keluarga yang mengambil berat pendidikan fardu ain dan fardu kifayah
l  Memelihara anggota keluarga daripada dosa dan azab seksa neraka
l  Melahirkan keluarga yang soleh


5.
Soalan : Apakah maksud mati?

Jawapan : kesan beriman kepada rasul kepada indvidu ialah :
-       Mati ialah perpisahan roh dengan jasad.

6.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan alam barzakh?

Jawapan : alam barzakh ialah …
Alam pemisah seseorang di antara dunia dengan akhirat, sementara menunggu tibanya hari qiamat.


7.
Soalan : Nyatakan amalan-amalan menghadapi kematian?

Jawapan : Amalan-amalan menghadapi kematian  :
-       Bertaubat dan beristirghfar kepada Allah
-       Melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangannya
-       Berbuat kebaikan dan berkasih sayang sesama manusia
-       Melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat

IBADAT : solat jenazah

8.
Soalan : senarai kewajipan orang hidup terhadap orang mati

Jawapan : Kewajipan terhadap jenazah:
  1. Mandikan jenazah
  2. Kafankan jenazah
  3. Solatkan jenazah
  4. Kebumikan jenazah


9.
Soalan : Nyatakan  rukun solat jenazah?

          Jawapan :Rukun solat jenazah
1.    Niat
2.    Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
3.    Takbir empat kali termasuk takbirutul ihram
4.    Membaca Fatihah selepas takbir pertama
5.    Membaca selawat selepas takbir kedua
6.    Membaca doa selepas takbir ke tiga
7.    Memberi salam selepas takbir ke empat
8.    Tertib

10.
Soalan : Nyatakan hikmat solat jenazah

Jawapan : Hikmat solat jenazah
          Memberi penghormatan dan kasih sayang kepada si mati
          Memberi kesedaran dan menimbulkan keinsafan
          Memohon rahmat Allah kepada si mati
          Meringankan kesedihan keluarga s imati
          Mengeratkan silatul rahim dengan keluarga si mati

Tajuk : Solat ketika sakit:


11.
Soalan : Nyatakan Maksud solat ketika sakit?

          Jawapan : Maksud solat ketika sakit
         Menunaikan ibadah solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada menunaikannya secara biasa

12.
Soalan : Nyatakan kaifiat (cara) solat secara duduk

  1. Jawapan : Solat secara duduk
  1. Duduk tasyahhud awal.
  2. Rukuk iaitu menundukkan kepala sekira-kira bertentangan dengan tempat sujud.
  3. Sujud seperti biasa, jika tidak mampu tundukkan kepala lebih rendah daripada rukuk.


13.
Soalan : Nyatakan kaifiat (cara) solat secara mengiring?


          Jawapan : Solat secara mengiring

  1. Badan mengiring atas rusuk kanan
  2. Muka dan dada menghadap kiblat.
  3. Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala


14.
Soalan : Nyatakan kaifiat (cara) solat secara melentang

Jawapan : Solat secara melentang.
1.    Menelentang dalam keadaan kaki lurus mengadap kiblat
2.    Kepala ditinggikan supaya muka mengadap kiblat.
3.    Rukuk dan sujud dengan menggunakan isyarat kepala


15.
Soalan : Nyatakan Sebab diwajibkan solat walaupun ketika sakit?

          Jawapan : Sebab diwajibkan solat walaupun ketika sakit
  1. Solat merupakan ibadah terpenting dalam Islam
  2. Solat dapat mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran
  3. Solat sebagai penawar kepada sakit

SIRAH : FATHU MAKKAH (PEMBUKAAN KOTA MAKKAH)

16.
Soalan : Nyatakan strategi Rasulullah dalam fathu makkah

Jawapan : strategi Rasulullah dalam fathu makkah
1.      Mengemukakan tiga tuntutan terhadap Musyrikin Quraisy iaitu Membayar diyyah, mengutuk perbuatan Bani Bakar atau Berperang dengan tentera Islam
2.      Mendirikan Khemah -setibanya di Maruz Zahran
3.      Menyalakan Unggun Api-menimbulkan rasa gerun kpd musuh
4.      Tawaran Keselamatan-mengumumkan sesiapa yg masuk ke rumah Abu Sufyan, masjidil haram atau rumahnya sendiri maka mereka akan selamat


17.
Soalan : Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah setelah memasuki Makkah?

Jawapan : tindakan yang dilakukan oleh Rasulullah setelah memasuki Makkah

1.    Memusnahkan berhala sekeliling ka’abah
2.    Solat sunat di makam Ibrahim
3.    Laungan azan bilal
4.    Memberi ucapan pertama kpd penduduk mekah
5.    Memberi pengampunan kpd musuh

16.
Soalan : Nyatakan faktor kejayaan tentera Islam dalam fathu makkah

Jawapan : faktor kejayaan pembukaan kota mekah:

1.    Strategi rasulullah yang bijak dan cekap sehingga melumpuhkan kekuatan musuh
2.    Semangat jihad umat islam yang tinggi
3.    Perpaduan umat islam yang kukuh
4.    Ramai pembesar quraisy memeluk islam

17.
Soalan : Nyatakan kesan fathu Makkah?

Jawapan : kesan fathu Makkah
1.    Tanah Haram Mekah menjadi kawasan larangan bagi orang Kafir
2.    Dakwah Islam berkembang pesat sehingga tersebar luas
3.    Masyarakat Mekah hidup aman damai & bekerjasama
4.    Penduduk Mekah memeluk Islam beramai-ramai