Thursday, June 6, 2013

TESTIMONI TABLET 1




Tidak salah untuk mencuba, Insya Allah.

TESTIMONI TABLET MINDA




Alhamdulillah, dengan izin Allah , Tablet Minda abqori telah berjaya membantu meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar setelah 2 bulan dicuba oleh beberapa orang pelajar. Salah satu testimoni itu datang dari Tawau , Sabah. Ikuti pengakuan mereka selepas ini.



Thursday, January 3, 2013

PENGUAT MINDA DAN TENAGA HASIL GABUNGAN MAKANAN SUNNAH






Assalamu'alaikum, Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua pelajar dan guru-guru.

Pengumuman penting untuk semua pelajar dan guru, produk untuk meningkatkan minda dan tenaga  telah berada di pasaran . Saya telah menggunakan produk sebagai salah satu program kecemerlangan PMR dan SPM tahun lepas kepada pelajar-pelajar . Alhamdulillah, dengan izin Allah  s.w.t. keputusan PMR lebih baik daripada tahun lepas. Jus ini dihasilkan menggunakan 8 jenis makanan sunnnah, termasuk air zam-zam dan diiringi dengan doa penerang hati.

 Antara kandungan utama jus ini ialah:
kurma Kurma

habbatussauda Habbatussauda'

zafaron Za'faran

tin Buah Tin

kismis Kismis

madu Madu

delima Delima

zamzam Air Zam Zam


ANTARA KHASIAT JUS ABQARI

red-check-mark-2

Kaya dengan vitamin-vitamin yang diperlukan dalam badan.

red-check-mark-2

Meningkatkan daya kecerdasan minda untuk anak-anak & remaja.

red-check-mark-2

Membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi melawan penyakit.

red-check-mark-2

Melancarkan Peredaran darah.

red-check-mark-2

Amalan untuk wanita yang sedang mengandung dan untuk wanita yang sukar melahirkan anak.

red-check-mark-2

Mengurangkan masalah keletihan.

red-check-mark-2

Amat sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

red-check-mark-2

Membantu melancarkan pernafasan.


Beberapa testimoni daripada sahabat-sahabat yang menggunakan produk ini setakat ini dapat membantu mengatasi penyakit lelah dan menstabilkan darah tinggi.

Harga sangat berpatutan hanya RM28.00 sebotol (250 ml) diminum pagi dan malam.
Jika berminat mendapat produk ini, boleh hubungi saya di talian berikut : 019-8137412 (Ustaz Nazri) 019-8002133 (Ustazah Najmiah). Sekian , terima kasih.



Thursday, October 11, 2012

PERINGATAN PENTING UNTUK CALON SPM 2012

TINGGAL 15 HARI LAGI , SPM AKAN MENJELANG TIBA. UNTUK MEMASTIKAN KECEMERLANGAN ANDA DALAM SPM, BEBERAPA PERKARA PERLU ANDA BERI PERHATIAN :

PERSEDIAAN KEROHANIAN
PASTIKAN ANDA:
  1. SOLAT DENGAN SEMPURNA 5 WAKTU
  2. SOLAT HAJAT- KALAU BOLEH SETIAP HARI SELEPAS SOLAT ISYAK
  3. BERZIKIR DAN BERSELAWAT 10 MINIT SETIAP HARI
  4. BERISTIGFAR 70 KALI SEHARI
  5. BERDOA UNTUK KEJAYAAN DIRI SENDIRI DAN  JUGA RAKAN-RAKAN ANDA
  6. HINDARKAN DOSA DAN MAKSIAT.
  7. KURANGKAN KETAWA DAN LAWAK JENAKA.
  8. BANYAKKAN MAKAN KISMIS DAN KURMA
  9. MINUM AIR YANG TELAH DIBACAKAN AYAT QURAN DAN DOA PENERANG HATI (MINTA BANTUAN IBUBAPA UNTUK BACAANNYA, JIKA ANDA TIDAK TAHU MEMBACA AL-QURAN)
  10. MEMBANTU RAKAN-RAKAN DALAM PELAJARAN (KUMPULAN PERBINCANGAN)
PERSIAPAN PEMBELAJARAN
  1. JANGAN TERLALU OBSES DENGAN SOALAN-SOALAN SPOT DAN RAMALAN, NANTI ANDA AKAN KECEWA.
  2. PASTIKAN ANDA MENGUASAI ISTILAH-ISTILAH PENTING DALAM PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DENGAN CARA BERSOAL JAWAB DENGAN RAKAN ANDA 10 SOALAN ISTILAH SETIAP HARI.
  3. PASTIKAN ANDA SUDAH BACA SEMUA TAJUK, ADA 76 TAJUK SPM PENDIDIKAN ISLAM (BESAR DAN KECIL) YANG PERLU ANDA BACA DAN HADAM.
  4. PASTIKAN ANDA ADA KUMPULAN PERBINCANGAN BUKAN SEMBANG.
  5. PASTIKAN KUMPULAN PERBINCANGAN ITU BERSIDANG SETIAP HARI MEMBINCANGKAN SEKURANG-KURANGNYA 5 TAJUK SECARA RINGKAS.
  6. JANGAN PONTENG KELAS TERUTAMA DI SAAT-SAAT AKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN

.................................. insya Allah ... akan bersambung

Saturday, October 6, 2012

SOALAN PERCUBAAN SPM 2, 2012



 PERHATIAN : INI ADALAH SOALAN PERCUBAAN TERENGGANU YANG DIUBAHSUAI SEDIKIT

BAHAGIAN A
(40 Markah)
Jawab semua soalan
Soalan 1 hingga 20
Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilhan jawapan A,B,C dan D.


1.
Hukumnya wajib sekali seumur hidup kepada mereka yang berkemampuan.
Boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun.



A
Haji

B
Umrah

C
Haji Qiran

D
Haji Tamattuk



2.
·         Menggunakan nikmat ke jalan maksiat
·         Menyatakan solat merugikan masa


Pernyataan di atas merujuk kepada


A
Sihir

B
Syirik

C
Kufur

D
khurafat



3.
Berikut ialah rukun syarikat kecuali




A
Modal

B
Lafaz akad

C
Ahli syarikat

D
Lokasi syarikat




4.
Antara berikut ,yang manakah bukan syarat penjual dan pembeli?



A
Mukallah

B
Golongan Hamba

C
Kemahuan sendiri

D
Bukan Golongan muflis



5.
Antara berikut yang manakah syarat bagi bayaran sewaan?


A
Diketahui kadar dan jangka masa.

B
Keadaan kedua-duanya tidak membazir.

C
Barang yang disewa hendaklah bermanfaat.

D
Kedua-dua pihak mengetahui kadar,jenis dan sifat.



6.
Adab bernegara yang dituntut oleh Islam ialah

A
cinta kepada negara

B
berbakti kepada agama

C
memelihara alam sekitar

D
menjaga nama baik pemimpin



7.
- negara bertambah maju
- nama negara harum di mata dunia




Pernyataan di atas merujuk kepada


A
Ciri-ciri adab bernegara

B
Cara beradab dengan negara

C
Sebab beradab dengan negara

D
Faedah beradab dengan negara

8.
Berikut adalah tanggungjawab ibubapa dalam mendidik anak-anak dari aspek fizikal kecuali


A
Kesihatan

B
Kebersihan

C
Pendidikan

D
Makan minum



9.
Hukum asal talak dalam Islam ialah


A
Sunat

B
Harus

C
Wajib

D
Makruh



10.
Berikut adalah hak-hak isteri semasa iddah talak raj’ie kecuali

A
Giliran malam

B
Tempat tinggal

C
Harta pewarisan

D
Rawatan perubatan



11.
Berikut ialah hikmah perbezaan tempoh iddah kecuali


A
Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya

B
Menunjukkan keakraban hubungan kekeluargaan dalam Islam

C
Menunjukkan tanda perkabongan dan kesedihan atas kematian suami

D
Memberi peluang kepada isteri menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan



12.

·         suami merasa tercabar dan mudah hilang pertimbangan
·         anak-anak hilang penghormatan terhadap ibubapa




Pernyataan di atas merujuk kepada kesan


A
Lian

B
Talak

C
Zahar

D
Nusyuz






13.
Pilih pernyataan yang benar tentang khurafat

A
Mempercayai perkara-perkara karut

B
Menggunakan bantuan makhluk halus

C
Menyengutukan Allah SWT dengan makhluk

D
Menolak ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.



14.
Syarat –syarat hadhanah


Beragama Islam

berakal

X

Dewasa




X ialah


A
Merdeka

B
Perempuan

C
Bukan mahram

D
Berakhlak mulia



15.
Q

Suami berpenyakit yang sukar diubati


Suami tidak memberi nafkah



Q dalam jadual di atas merujuk kepada sebab yang mengharuskan


A
Talak

B
Fasakh

C
Nusyuz

D
Khuluk



16.

·         menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya.
·         Boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya.



Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian


A
Mengumpat

B
Memfitnah

C
Menghina

D
Menipu



17.

·         Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan RasulNya.
·         Melakukan ibadat sunat secara istqqamah



Pernyataan di atas merujuk kepada


A
Maksud iman

B
Mengekalkan iman

C
Menambahkan iman

D
Mencapai kemanisan iman




18.
Antara berikut yang manakah bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah

I
Kesalahan yang dikenakan  40 kali sebatan

II
Kesalahan yang dikenakan denda kurang dari RM5000.00

III
Kesalahan yang dikenakan hukuman penjara melebihi 3 tahun

IV
Kesalahan yang dikenakan hukuman kurang dari 6 rotan




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan IV

D
III dan IV



19.
Faktor kejayaan tentera  zaman Abbasiyah
Dasar ketenteraan yang terbuka
Peralatan ketenteraan yang canggih

R



R ialah




A
Kestabilan politik dan pentadbiran

B
Pembukaan wilayah-wilayah baru

C
Pemimpin yang berkaliber

D
Hubungan diplomatik












20.

·         Ekonomi negara berada pada tahap yang paling tinggi
·         Kewangan negara melebhi keperluan



Pernyataan di atas adalah contoh kegemilangan tamadun Islam pada zaman khalifah

A
Umar Abdul Aziz

B
Marwan bin al-Hakam

C
Marwan bin Muhammad

D
Muawiyah bin Abi Sufian











Soalan 21 hingga 23
Isikan tempat kosong dengan memilih jawapan yang disediakan dalam jadual di bawah.
Muhson
Membunuh Diri
Munafik
Ghairul Muhson

21.              Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah SWT merujuk kepada pengertian __________________________

22.              Orang yang telah berkahwin melakukan zina diistilahkan sebagai  ___________________

23.              Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri merujuk kepada ________________________

Soalan 21 hingga 23
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul
24.              Mengikut hukum syarak, seseorang yang telah meminum arak dengan kerelaan sendiri akan dihukum __________________________

25.              Mazhab ___________________________ beriktikad bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.

26.              ______________________ ialah amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

27.              _______________________ialah mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak.

28.              Jihad ialah melawan orang kafir harbi boleh dilakukan dengan hati,lidah,nyawa dan ______________________________

29.              Antara adab menjaga orang sakit dari aspek ______________________ialah sabar mendengar rungutan pesakit.

30.              Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah adalah guru kepada Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam bidang ___________________

31.              Kitab karangan Imam al-Bukhari yang mengandungi himpunan hadis-hadis dinamakan __________________________

Soalan 32 berdasarkan carta di bawah






















Rounded Rectangle: Hasil Karya
HAMKA






Rounded Rectangle: S
Rounded Rectangle: Bidang Falsafah
Rounded Rectangle: Bidang Sastera













Rounded Rectangle: Tafsir al-Azhar
Rounded Rectangle: Lembaga Hidup
Rounded Rectangle: Laila Majnun
 











32.                   S  dalam carta di atas ialah _______________________

33.                   Ibnu Khaldun merupakan tokoh dalam bidang _______________________

34.                   Tempoh iddah perceraian bagi isteri yang tidak hamil ialah selama ______________

35.                   Khuluk iaah perceraian antara suami isteri yang dikaitkan dengan _______________ tertentu.

36.                   Khalifah terakhir dalam pemerintah khulafa’ Al-Rasyidin ialah ____________________

37.                   T dalam rajah di atas ialah ___________________________

Jenis Haji
Huraian
Ifrad
Mengerjakan haji terlebih dahulu pada bulan haji kemudian diikuti dengan mengerjakan umrah pada tahun yang sama.
U
Mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji pada tahun yang sama.

38.                   Maklumat diatas adalah tentang cara-cara mengerjakan haji.
U dalam jadual di atas ialah ____________________________

39.                   Harta yang diperolehi daripada orang kafir melalui peperangan
disebut sebagai ____________________.

40.                   Saidina Ali meletakkan polisi pentadbirannya dengan meneruskan  
______________  walaupun ditentang oleh puak Khawarij .

BAHAGIAN B
(60 Markah)
Arahan: Jawab 3 soalan. Soalan 1 dan 2 wajib dijawab. Pilih salah satu soaan berikutnya.

1.
(a)
Khurafat termasuk dalam perbuatan yang membatalkan iman


(i)
Nyatakan dua contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat Islam.                                                                                                               [2 Markah]



(ii)
Jelaskan dua langkah pihak berwajib bagi mengatasi perbuatan khurafat.                                                                                                                       [4 markah]


(b)

Maksud Firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan taubat nasuha”  surah al-Tahrim :8






(i)
Bilakan seseorang itu diwaibkan bertaubat                                          [2 Markah]



(ii)
Jelaskan usaha yang boleh anda lakukan kepada rakan anda yang sentiasa melakukan kemungkaran.                                                                                    [2 Markah]


(c)

Ajaran Taslim adalah ajaran sesat paling tua di Malaysia



(i)

Nyatakan pengasas ajaran Taslim.                                                          [2 Markah]



(ii)
Jelaskan dua ciri kesesatan ajaran tersebut.                                         [4 Markah]



(iii)
Jelaskan akibat mengamalkan ajaran sesat terhadap individu.         [2 Markah]



(iv)
Jelaskan perbezaan pandangan ajaran Taslim dengan Bahai mengenai isu alam.                                                                                                             [2 Markah]

2.
(a)
(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan sembelihan                                [2 Markah]



(ii)
Nyatakan dua perkara makruh semasa sembelihan                           [2 markah]



(iii)
Jelaskan dua daripada perkara-perkara  sunat korban                     [4 Markah]



(b)
(i)
Nyatakan dua rukun Lian                                                                           [2 Markah]



(ii)
Jelaskan kesan lian terhadap suami                                                        [2 Markah]


(c)

Anak adalah amanah Allah kepada setiap ibu bapa/



(i)

Jelaskan dua peraturan mengambil anak angkat.                              [4 Markah]



(ii)
Jelaskan dua hikmah dilarang menasabkan (membinkan) anak angkat kepada bapa angkat.                                                                                           [4 Markah]

3.
(a)
(i)
Jelaskan dua sumbangan khalifah Usman bin Affan                           [4 Markah]



(ii)
Jelaskan kesan positif daripada kepimpinan Khulafa’ al-Rrasyidin        [2 Markah]




-          HAMKA
-          As-Sayyid Jamaluddin al-Afghani


(b)

Pilih satu tokoh di atas dan jawab soalan berikut:


(i)
Nyatakan dua sifat peribadi tokoh                                                          [2 Markah]



(ii)
Jelaskan kesan pemikiran tokoh tersebut terhadap masyarakat   [4 Markah]


(c)
(i)
Nyatakan empat adab ketika menziarahi jenazah                              [4 Markah]




Seorang rakan anda telah membuat bising semasa menzairahi jenazah jirannya


(ii)
Jelaskan dua tindakan yang perlu anda lakukan untuk menangani keadaan tersebut.                                                                                                    [4 Markah]




4.
(a)
(i)
Jelaskan dua faktor kemerosotan tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.                                                                                                            [4 Markah]



(ii)
Jelaskan kepentingan mempelajari kemerosotan tamadun Islam pada zaman kerajaan Abbasiyah.                                                                                    [2 Markah]





-          Imam Ahmad bin Hanbal
-          Imam Bukhari

(b)

Pilih satu tokoh di atas dan jawab soalan berikut:


(i)
Nyatakan dua sifat peribadi tokoh                                                          [2 Markah]



(ii)
Terangkan bukti kesungguhan dan ketelitian tokoh tersebut terhadap hadis
                                                                                                                        [2 Markah]



(iii)
Tuliskan nama kitab karangan tokoh tersebut.                                      [2 Markah]


(c)
(i)
Nyatakan empat punca pencemaran udara                                       [4 Markah]




Penduduk sebuah taman perumahan telah menjadikan longkang besar sebagai tempat pembuangan sampah sarap.



(ii)

Jelaskan dua usaha yang boleh anda lakukan bagi mengatasi masalah tersebut.                                                                                                       [4 Markah]


-------------------------------------SOALAN TAMAT-------------------------------------