BIL | ISTILAH | MAKSUD / PENGERTIAN |
1 | Iman | Membenarkan di hati, berikrar dengani lidah dan mengamalkan dengan anggota badan |
2 | Syirik | Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al. |
3 | Kufur | Orang yang mengingkari prinsip aqidah dalam al-Quran dan Hadis / orang yang tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhamad |
4 | Riddah | Berpaling/ keluar daripada agama Islam |
5 | Khurafat | Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam. |
6 | Sihir | Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan / jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia |
7 | Nifak | Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah s.w.t |
8 | Dosa | Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhan-Nya |
9 | ‘Asi | Orang yang melanggar hukum Allah |
10 | Dosa besar | Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat |
11 | Dosa kecil | Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat |
12 | Menipu dan berbohong | Melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain |
13 | Mencuri | Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. |
14 | Merompak | Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. |
15 | Riba | Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang |
16 | Anak yatim | Kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh |
17 | Harta anak yatim | Harta yang diperolehi melalui pusaka , wasiat dan hadiah |
18 | Perang jihad | Peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam |
19 | Mengumpat | Mengatakan atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya |
20 | Memfitnah | Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti |
21 | Arak | Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam. |
22 | Dadah | Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikiran |
23 | Zina | Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah |
24 | Muhsan | Penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah. |
25 | Ghairu Muhsan | Penzina yang belum berkahwin |
26 | Qazaf | Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil |
27 | Liwat | Hubungan jenis antara lelaki dengan lelaki |
28 | Musahaqah | Hubungan jenis perempuan dengna perempuan |
29 | Membunuh diri | Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri. |
30 | Taubat | Kembali semua taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah dan larangan-Nya |
Monday, October 11, 2010
ISTILAH-ISTILAH DALAM BAB AQIDAH TINGKATAN 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment