Monday, October 11, 2010

ISTILAH-ISTILAH DALAM BAB IBADAT TINGKATAN 4


BIL
ISTILAH

MAKSUD / PENGERTIAN

1.
Haji
Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
2
Umrah
Menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
3
Upah haji
Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.
4
Wukuf
Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar 10 Zulhijjjah.
5
Tawaf
Mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah.
6
Tawaf Qudum
Tawaf selamat datang.
7
Tawaf Ifadhah
Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadat haji.
8
Tawaf Widak
Tawaf yang wajib ditunaikan oleh orang yang hendak meninggalkan Mekah.
9
Tawaf Sunat
Tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa.
10
Saei
Berjalan berulang alik dari Bukit Sofa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan syarat tertentu.
11
Bercukur/gunting
Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai. Dilakukan setelah selesai saie bagi menamatkan ibadat haji.
12
Tertib
Dilaksanakan mengikut susunan dengan mendahului niat ihram daripada rukun-rukun yang lain.
13
Wajib haji
Amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan ibadat haji. Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dam atau didenda mengikut kadar yang ditentukan.
14
Miqat
Sempadan tempat atau masa yang ditentukan utk berniat ihram haji & umrah.
15
Miqat zamani
Sempadan masa bagi jemaah haji memulakan niat ihram.
16
Miqat Makani
Sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat ihram.
17
Bermalam di Muzdalifah
Berada di Muzdalifah selepas tengah malam ke-10 Zulhijjah (selepas waktu wukuf di Arafah dan sebelum terbit fajar)
18
Melontar Jamratul Aqabah
Melontar 7 biji anak batu di Jamratul Aqabah.
Waktu à bermula selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam
matahari 13 Zulhijjah.
Waktu afdhal à selepas terbit fajar 10 Zulhijjah.
19
Bermalam di Mina
Berada di Mina pada sebahagian besar malam-malam 11, 12, 13 Zulhijjah (Hari Tasyrik)
20
Melontar ketiga-tiga Jamrah
Melontar di Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah dengan menggunakan 7 biji anak batu setiap tempat .
Waktu à selepas gelincir matahari hari 11, 12, 13 Zulhijjah (hari Tasyrik) hingga terbit fajar kecuali pada 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari.
21
Haji Ifrad
Mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan. Haji dilakukan dalam musim haji , sementara Umrah dilakukan di luar musim haji , samada sebelum atau selepas musim haji .
22
Haji Tamattu’
Mengerjakan Haji dan Umrah dalam musim haji. Umrah dilakukan terlebih dahulu pada musim haji diikuti dengan mengerjakan haji.
23
Haji Qiran
Mengerjakan ibadat Haji dan Umrah secara serentak dalam musim haji
24
Dam
Bahasa à darah
Istilah à denda yang dikenakan kepada jemaah yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau wajib umrah, atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.
BIL
ISTILAH

MAKSUD / PENGERTIAN

25
Dam Takhyir
Dibayar dgn cara memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh syarak.
26
Dam Takdir
Dibayar mengikut kadar yang ditetapkan mengikut kemampuan.
27
Dam Ta’dil
Dibayar mengikut nilaian harga dam.
28
Dam Tertib
Dibayar mengikut susunan .
29
Sembelihan
Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat mari’ dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
30
Qurban
Sembelihan binatang an’am yang dilakukan pada hari Idil Adha atau hari-hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah.
31
Akikah
Penyembelihan binatang an’am yang dilakukan sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana dikurniakan anak.
32
Jual beli
Menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu.
33
Sewa
Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari sesuatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.
34
Gadaian
Bahasa : menahan sesuatu
Syarak : sesuatu barang bernilai yang dijadikan cagaran ole pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman.
35
Syarikat
Bahasa : bercampur atau berkongsi.
Istilah : perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih.
36
Hutang
Memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang , barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama.
37
Insurans
Satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembeling usaha serta sumber, bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong menolong apabila ditimpa musibah. Melalui pakatan ini orang yang dilanda malang akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berbentuk kewangan.
38
Saham
Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan. Sebuah syarikat boleh beroperasi apabila dua orang atau lebih bergabung untuk menjalankan perniagaan.

No comments:

Post a Comment