- aktikel ini diambil dari laman lain, untuk kebaikan semua
Bagi guru Pendidikan Islam, sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya.
Guru juga dikehendakki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz. Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan . Di samping itu ia juga tidak mudah lupa.
A. Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran.
Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya. Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya akan melekat di dada kita. Antara adab-adabnya ialah:
1. Bersuci dan berwuduk
2. Memakai pakaian yang bersih
3. Berada di tempat yang bersih dan sunyi
4. Mengadap kiblat
5. Ikhlaskan niat. Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah
dan rasulNya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana
sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan
B. Teknik menghafaz Al-Quran
1. Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan
lambat-lambat (Tartil). Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya
sahaja.
2. Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
3. Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).
4. Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul-
betul lancar.
5. Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan. Iaitu baca tanpa
melihat kepada mushaf. Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat
mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat
mushaf.
6. Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat
mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti
langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
7. Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari
awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf,
melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.
8. Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.
9. Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di
dalam solat.
10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.
Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat dipaparkan untuk tatapan pembaca. Jika ada kabaikan, itu ialah pertolongan daripada Allah Ta'ala. Jika ada kekurangan, itulah sifat manusia yang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta. Semoga rencana yang ringkas ini memberi manfaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment