Thursday, October 14, 2010

SPM-TEKNIK MENJAWAB YANG BAIK

¤ SEBELUM MENJAWAB
1. Baca doa semasa masuk dewan dan sebelum membuka kertas soalan.
2. Baca arahan pada muka hadapan soalan.
3. Baca semua soalan
4. Tulis rangka jawapan pada hujung soalan.
5. Pilih / tanda soalan yang hendak dijawab
6. Gariskan fakta / kata kunci penting pada soalan.
7. Bahagikan masa yang sama banyak untuk setiap soalan.
¤ SEMASA MENJAWAB
1. Jawab Bahagian A dahulu
2. Kosongkan 7- 8 baris pada muka surat pertama untuk pemeriksa meletakkan markah
3. Jawapan mestilah kemas dan bersistem
4. Mulakan jawapan dengan kepala jawapan@kata kunci soalan
5. Selang beberapa baris di antara jawapan
6. Tinggalkan ruang untuk pemeriksa meletakkan markah pada bahagian sebelah kanan kertas jawapan .
7. Jawab semua bahagian / ceraian soalan.
8. Gunakan pen yang terang.
9. Tulisan mesti baik (besar, jelas, kemas, bersih)
10. Berikan fakta / isi lebih dari yang diminta.
11. Jawab pada muka surat baru bagi setiap soalan yang berlainan
12. Jangan jawab lebih dari 3 soalan BAHAGIAN B Kertas 1
¤SELESAI MENJAWAB
1. Semak semula jawapan pada semua soalan.
2. Jika terdapat jawapan yang tertinggal, sila beri maklumat / isyarat kepada pemeriksa. Contoh – Soalan 4 (b) ii- sila lihat di belakang / di sebelah
3. Membaca tasbih "BISMILLAHI FALYATAWAKKAL 'ALALLAH"

No comments:

Post a Comment