TINGKATAN 1:- IBADAT
Perbezaan makna antara Fardhu Ain dan Kifayah
Fardu Ain
|
Fardu Kifayah
|
perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap
orang Islam. Berdosa jika tidak melaksanakannya.
|
perkara yang wajib dilaksanakan oleh
sebahagian orang Islam sahaja, sekiranya tidak ada seorang pun daripada anggota
masyarakat yang melaksanakannya, semua
masyarakat tersebut akan berdosa.
|
Contoh amalan fardhu ain dan kifayah
Fardu Ain
|
Fardu Kifayah
|
1.
menunaikan solat fardu;
2.
berpuasa pada bulan Ramadan;
|
(a)
solat berjemaah;
(b)
menguruskan jenazah
|
TAJUK : BERSUCI ASAS KEBERSIHAN
SOALAN :Nyatakan Perbezaan amalan antara orang yang
pembersih dengan orang yang pengotor:
Orang yang
pembersih
|
Orang yang pengotor
|
1.
menjaga kebersihan makanan, pakaian dan persekitaran;
2.
mengambil makanan dan minuman yang halal;
3.
mengamalkan akhlak yang mulia.
|
1.
mengabaikan kebersihan diri, pakaian, makanan dan
persekitaran;
2.
makan dan minum daripada sumber yang haram dan syubhah.
3.
mengamalkan sifat-sifat mazmumah dalam kehidupan.
|
JENIS-JENIS MANDI
JENIS
|
MAKNA
|
mandi wajib
|
mandi yang diwajibkan dan disertai dengan
niat kerana berlaku hadas besar seperti berjunub, haid, keluar mani dan mati
kecuali mati syahid;
|
mandi sunat
|
mandi yang disunatkan dan disertai dengan
niat kerana tujuan-tujuan tertentu seperti mandi hari Jumaat dan mandi hari
raya
|
mandi harus
|
mandi selain daripada mandi wajib dan mandi
sunat seperti mandi untuk kebersihan dan kesegaran badan
|
JENIS-JENIS MAKMUM
JENIS
|
MAKNA
|
makmum muafik
|
makmum yang sempat membaca Al Fatihah
ketika imam masih berdiri dalam rakaat pertama.
|
makmum masbuk
|
makmum yang tidak sempat membaca Al Fatihah
bersama imam kerana imam telah rukuk.
|
PERBEZAAN SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID DAN SOLAT SUNAT
RAWATIB
|
Solat Sunat Tahiyatul Masjid
|
Solat Sunat Rawatib
|
MAKSUD
|
solat sunat dua rakaat yang dilakukan
setiap kali masuk ke dalam masjid sebelum duduk.
|
solat sunat yang dilakukan sebelum dan
selepas solat fardu
|
TUJUAN
|
solat ini ialah bagi menghormati masjid
sebagai rumah Allah SWT.
|
(a)
menyempurnakan kekurangan pahala dalam solat fardu;
(b)
meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
|
IBADAT: TING 2
SOALAN :NYATAKAN PERBEZAAN ANTARA SOLAT JAMAK DAN QASAR
Solat Qasar
|
Jamak
|
Solak jamak ialah menghimpunkan dua solat
fardu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu
|
memendekkan solat empat rakaat menjadi dua
rakaat.
|
SOALAN :NYATAKAN PERBEZAAN ANTARA SOLAT JAMAK TAQDIM DAN
JAMAK TAKHIR
solat jamak takdim
|
Solat jamak takhir
|
menghimpunkan dua
solat fardu dalam waktu pertama. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat
Asar dalam waktu Zuhur
|
menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu
kedua. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar
|
SOALAN :NYATAKAN PERBEZAAN ANTARA ZAKAT FITRAH DAN HARTA
ZAKAT FITRAH
|
ZAKAT HARTA
|
mengeluarkan
makanan asasi bagi sesebuah negara
tertentu dengan kadar yang tertentu dan diberikan kepada golongan tertentu
dengan syarat-syarat tertentu
|
mengeluarkan harta-harta tertentu dengan
kadar yang tertentu dan diberikan kepada golongan tertentu dengan
syarat-syarat tertentu
|
assalamualaikum...ustaz saya copy untuk rujukan..minta izin ye
ReplyDeleteAssalam..mohon edit untuk solat qasar dan jamak tu.maksudnya tertukar (mungkin tersalah copy paste).terima kasih
ReplyDeletemohon edit solat qasar dan solat jamak...kesian kalau orang yang tak tahu baca
ReplyDelete