PERBEZAAN SIFAT ALLAH DENGAN MANUSIA
Perbezaan antara dengan sifat Maha Pemurah Allah
SWT dengan sifat pemurah manusia:
Sifat Maha Pemurah
Allah SWT
|
Sifat pemurah
manusia:
|
1. tidak
terbatas kerana kekayaan Allah SWT adalah mutlak;
2. memberi
sesuatu tanpa mendapat manfaat, tetapi untuk menguji keimanan manusia.
|
1. terbatas
kerana manusia tidak memiliki kekayaan yang mutlak;
2. memberikan
sesuatu untuk mendapatkan manfaat atau ganjaran.
|
* Perbezaan antara sifat Ar Rahman dengan Ar Rahim:
sifat Ar
Rahman
|
sifat Ar
Rahim
|
1. untuk semua
manusia sama ada Islam atau bukan Islam
2. untuk nikmat
di dunia saja seperti kesihatan, pangkat, harta kekayaan dan sebagainya.
|
1. khusus untuk
orang yang beriman saja;
2. untuk nikmat
di dunia dan di akhirat seperti nikmat Islam, iman, pahala, syurga dan
sebagainya.
|
Perbezaan antara ilmu Allah SWT dengan ilmu
manusia:
Ilmu Allah
SWT
|
Ilmu manusia
|
1. ilmu Allah
SWT meliputi semua perkara sama ada di langit atau di bumi;
2. Allah SWT
mengetahui perkara yang nyata dan perkara yang ghaib;
|
1. ilmu manusia
adalah terbatas, iaitu mereka mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling
mereka saja;
2. manusia hanya
mengetahui perkara yang nyata saja serta tidak mampu menjangkau perkara yang
ghaib seperti alam barzakh.
|
No comments:
Post a Comment