Kepada
calon PMR, ustaz harap anda semua telah bersedia untuk menhadapi ‘peperangan’ yang
bakal menjelang kurang 10 hari lagi. Di bawah ini , sedikit nota istilah akidah
tingkatan 3. Kegunaannya untuk bersoal jawab sesama rakan jika ada masa
terluang. 10 istilah sehari pun dah ok,
sekurang-kurangnya sela masa lima minit sebelum guru masuk kelas boleh
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
TAJUK
: BERIMAN KEPADA RASUL
ISTILAH
|
MAKSUD
|
Nabi
|
Seorang lelaki yang dipilih oleh
Allah yang diturunkan wahyu kepadanya untuk diamalkan olah dirinya sahaja dan
tidak diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umatnya.
|
Rasul
|
Seorang lelaki yang dipilih oleh
Allah yang diturunkan Wahyu kepadanya untuk diamalkan olah dirinya dan
diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umatnya.
|
Rasul
Ulul Azmi
|
Nabi-nabi yang tabah dan cekal hati,
kuat keazaman dan amat sabar menempuhi pelbagai ujian dan cubaan dalam
menegakkan agama Allah.
|
Maksum/
Ismaturrasul
|
Terpelihara
daripada melakukan dosa dan kesalahan.
|
Mukjizat
|
Perkara yang diluar logik pemikiran
manusia/ kejadian luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada
nabi/rasulNya.
|
Mukjizat
Hissi
|
Mukjizat yang hanya dapat dirasai
dengan pancaindera.
|
Mukjizat
Maknawi
|
Mukjizat yang diketahui
keluarbiasaanya biasanya menggunakan kekuatan akal fikiran. Contoh :al -Quran
|
Karamah / keramat
(كرامة)
|
Perkara luar biasa
dikurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya yang soleh.
Contoh: Karamah yang berlaku
kepada Ashabul-Kahfi.
|
Irhas (ارهاس)
|
Perkara luar biasa yang
dikurniakan oleh Allah kepada seseorang yang bakal dilantik menjadi rasul
untuk menarik perhatian orang ramai kepada mereka.
(PMR
2004)
Contoh: Nabi Isa boleh bercakap
ketika masih bayi.
|
Ma’unah (معونة)
|
Perkara luar biasa yang
dikurniakan oleh Allah kepada orang biasa yang beriman sebagai pertolongan
Allah kepada mereka.
Contoh: Seseorang yang terselamat
daripada bahaya maut.
|
Istidraj (استدراج)
|
Perkara luar biasa yang
berlaku kepada manusia yang mengingkari Allah seperti orang fasik dan kafir.
Contoh: Seseorang yang diberikan
nikmat yang melimpah ruah dan ditangguhkan pembalasan oleh Allah. Keadaan ini
menyebabkan mereka lupa daratan, sombong dan menyangka berada di pihak yang
benar.
|
Sihir (سيحير)
|
Perkara luar biasa yang
berlaku kepada sesiapa sahaja yang mempelajarinya kerana didorong hawa nafsu
untuk melakukan kejahatan. Sihir berlaku dengan bantuan jin dan syaitan. Ia boleh ditandingi dan dikalahkan oleh
orang yang mengetahui cara-caranya.
(PMR
2004)
Contoh: Sihir pukau atau santau yang diamalkan oleh
sesetengah dukun
|
TAJUK
: BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
ISTILAH
|
MAKSUD
|
Kiamat
|
Hari berlakunya kehancuran
seluruh alam dan diikuti dengan manusia dibangkitkan semula.
|
Mati
|
Mati ialah proses
perpindahan daripada kehidupan di alam dunia ke alam barzakh.
|
Alam
barzakh
|
Suatu
kehidupan di antara kehidupan di dunia dan di akhirat.
|
Kiamat Kubra (besar)
|
Hari
kehancuran alam.
|
Kiamat sughra (kecil)
|
Kematian.
|
Pahala
|
ganjaran baik yang
disediakan Allah untuk hamba-hamba yang mematuhi perintahnya.
|
Dosa
|
balasan
buruk yang dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada
hamba-Nya yang tidak mematuhi perintah atau melanggar larangan-Nya.
|
Dosa
kecil
|
Perbuatan
maksiat yang tidak ditentukan hukuman di dunia oleh al-Quran atau hadis, dan
tidak diberi ancaman azab di akhirat. Contohnya
tidak mengurus diri, membuang sampah di tempat awam,
|
Dosa
besar
|
Perbuatan
maksiat yang ditentukan hukuman di dunia oleh al-Quran atau hadis, dan diberi
ancaman azab di akhirat. Contohnya: Berzina,
|
Mahsyar
|
Tempat
perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan
semula.
|
Syafaat
|
Permohonan
kepada Allah oleh para nabi dan orang-orang soleh untuk umat dan orang yang
diizinkan mendapat syafaat.
|
Syafaat Uzma / Syafaat Kubra
|
Syafaat Nabi Muhammad
s.a.w untuk mempercepatkan hisab amalan manusia.
|
Al-Hisab
|
Perhitungan
amalan manusia di dunia sama ada baik atau jahat
|
Al-Mizan
|
neraca
atau penimbang amalan manusia di akhirat.
|
As-Sirat
|
Titian
yang merentang di atas neraka menuju ke syurga.
|
Syurga
|
Suatu
tempat yang dipenuhi dengan nikmat yang disediakan oleh Allah untuk
hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh
|
Neraka
|
Tempat balasan siksa yang disediakan
Allah kepada orang kafir dan orang Islam yang melakukan dosa.
|
Hari
akhirat
|
Alam yang kekal abadi
sesudah hari kiamat. Ia merupakan alam
baru yang diwujudkan oleh Allah selepas kebangkitan semula manusia.
|
Qada’
|
Ketentuan
Allah yang azali terhadap semua makhluk.
|
Qadar
|
Pelaksanaan
sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yang azali.
|
Qada’
Mubram
|
Maksudnya sesuatu yang
telah ditentukan oleh Allah dan tidak berubah.
|
Qada’
Muallaq
|
Ketentuan Allah terhadap
sesuatu sesuai dengan usaha dan ikhtiar manusia.
Contohnya: Kejayaan manusia bergantung kepada usaha
dan ketekunan
|
Ikhtiar
|
Usaha manusia untuk
melakukan sesuatu mengikut kehendakNya bagi mencapai matlamat.
|
Tawakal
|
Berserah kepada Allah
s.w.t. setelah berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh.
|
Af
‘alul- Ibad
(
ﺍﻠﻌﺑﺎﺪ ﺍﻔﻌﺎﻞ )
|
Perbuatan-perbuatan manusia
-
Terbahagi
kepada dua iaitu Af ‘alul ikhtiariyyah ( ﺍﺨﺘﻴﺎﺮﻴﻪ ﺍﻔﻌﺎﻞ ) dan Af ‘alul idtiroriyyah (ﺍﺿﻁﺮﺍﺮﻴﻪ ﺍﻔﻌﺎﻞ )
|
Af ‘alul ikhtiariyyah
( ﺍﺨﺘﻴﺎﺮﻴﻪ ﺍﻔﻌﺎﻞ )
|
Perbuatan-perbuatan yang
lahir daripada kehendak dan usaha manusia sendiri.
-
Contohnya menunaikan solat atau
belajar.
|
Af ‘alul idtiroriyyah (ﺍﺿﻁﺮﺍﺮﻴﻪ ﺍﻔﻌﺎﻞ )
|
Perbuatan-perbuatan yang
lahir bukan daripada kehendak dan usaha manusia.
-
Contohnya menggigil kerana demam
|
hmmm nice
ReplyDeleteNice. ..complicated
ReplyDelete