Monday, December 27, 2010

TAHNIAH, SEMUA CALON PMR 2010

Sekalung tahniah ust ucapkan kepada calon PMR 2010 kerana peningkatan peratus kelulusan kepada 97.30%. tahniah kepada yang memperolehi A ( seramai 16 orang), hanya 3 orang sahaja yang tidak lulus. Apapun nasihat perjuangan anda belum selesai tahun hadapan , cabaran besar menanti kerana SPM sangat berbeza dengan PMR. Kepada pelajar yang akan naik ke tingkatan 4 , jangan buang masa. Ustaz nasihatkan agar lengkapkan diri dan keperluan pelajaran masing-masing antaranya buku rujukan, buku nota dan buku latihan yang baru. Mereka yang masih lemah membaca al-Quran dan Jawi, masih ada waktu untuk anda meningkatkan kemampuan diri masing-masing, Insya Allah , ustaz sedia membantu. Selamat kembali ke sekolah tahun 2011 dengan semangat dan azam yang baru untuk terus maju jaya.