Wednesday, June 15, 2011

NOTA IBADAT BAB LIAN-TINGKATAN 5

1. PENGERTIAN LIAN
a. Bahasa : laknat
b. Istilah : sumpah suami yang disertakan dengan laknat dari Allah untuk menolak hukuam qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab.

2. SEBAB BERLAKU LIAN
a. Apabila suami menuduh isterinya berzina tanpa membawa saksi untuk benarkan tuduhan zina dan dikenakan 80 rotan.
b. Untuk elak hukuman, suami perlu bersumpah lian untuk benarkan tuduhannya.

c. Isteri juga perlu bersumpah lian bagi mengelak tuduhan suaminya jika tidak mengaku salah.

3. PROSES LIAN
a. Sumpah suami :
i. Aku bersaksi dgn nama allah bahawa tuduhan zina atas isteriku benar (4 x sumpah)
ii. Sesungguhnya laknat allah akan menimpaku jika aku berdusta membuat tuduhan ini (sumpah ke 5)
b. Sumpah isteri :
i. Aku bersaksi dengan nama allah tuduhan zina suamiku adalah dusta ( 4 x )
ii. Sesungguhnya kemurkaan allah akan menimpaku jika tuduhan suamiku benar (sumpah ke 5)

4. IMPLIKASI LIAN
1. Suami iateri terpisah
2. Suami haram kahwini bekas isteri selamanya
3. Suami dilepaskan dari hukuman qazaf
4. Isteri dikenakan hukuman jika tidak menolak tuduhan
5. Anak yang dinafikan dalam sumpah ternafi nasabnya dari suami
6. Isteri berhak tuntut nafkah anak jika suami tidak nafikan nasabnya

5. HIKMAH LIAN
1. Suami dapat cari penyelesaian secara adil
2. Isteri dapat menjaga maruahnya
3. Suami dapat pertahankan kesucian nasabnya

LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Lian
2. Terangkan proses Lian satu persatu
3. Jelaskan 3 hikmah lian.
4. Apakah akibat daripada perbuatan Lian.

No comments:

Post a Comment