Monday, June 20, 2011

BEBERAPA PERKARA KHURAFAT BERKAITAN KEMATIAN

•          Bunyi guruh (tagur) yang mendayu-dayu adalah menandakan ada orang yang akan meninggal.
•          Berbunyi burung gagak yang bunyinya seakan-akan orang mencarik kain kafan sebagai tanda ada orang akan meninggal.
•          Seorang ibu meninggal semasa bersalin, hendaklah dicucuk jarum di bawah ketiaknya, kononnya supaya tidak hidup semula. Lebih-lebih lagi kalau si ibu dan anak kedua-duanya meninggal.
•          Memasang pelita (lampu) yang tidak padam-padam selama tujuh hari bermula dari hari kematian, kononnya untuk menyenangkan roh si mati balik ke rumah sebelum ia pergi jauh.
•          Meletakkan azimat di bawah ketiak atau badan mayat semasa dikafankan atau ditanam, untuk kemudahan soalan Munkar dan Nakir.
•          Berjalan/lalu seluruh keluarga di bawah usungan jenazah supaya kurang rasa sedih atau lebih tepat membuang sial.
•          Upacara memulih rumah selepas kematian oleh bomoh atau dukun.
•          Menyediakan satu hidangan pada malam hari buat si mati, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat.
•          Mengadakan kenduri pada malam ketiga, kononnya malam pecah perut, malam kelima kononnya pecah mata, malam ketujuh kononnya hancur daging, malam keempat puluh bercerai tulang, seratus hari hancur semuanya.
•          Mendirikan bangunan atau binaan di atas kubur.
•          Percaya kepada Badi.

Sebagai Muslim kita wajib mengakui bahawa tiada kuasa lain selain dari kuasa Allah. Segala yang berlaku terhadap diri kita adalah dari ketentuan dan kekuasaan Allah. 

1 comment:

  1. ish..pelik2 pulak rasanya kepercayaan ni .. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete