Monday, September 24, 2012

FOKUS IBADAT : SOALAN PERBEZAAN



TINGKATAN 1:- IBADAT

Perbezaan makna antara Fardhu Ain dan Kifayah
Fardu Ain
Fardu Kifayah
perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Berdosa jika tidak melaksanakannya.
perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian orang Islam sahaja, sekiranya tidak ada seorang pun daripada anggota masyarakat yang melaksanakannya, semua   masyarakat tersebut akan berdosa.

Contoh amalan fardhu ain dan kifayah

Fardu Ain
Fardu Kifayah
1.    menunaikan solat fardu;
2.    berpuasa pada bulan Ramadan;
(a)    solat berjemaah;
(b)   menguruskan jenazah

TAJUK : BERSUCI ASAS KEBERSIHAN

SOALAN :Nyatakan Perbezaan amalan antara orang yang pembersih dengan orang yang pengotor:

Orang yang pembersih
Orang yang pengotor
1.    menjaga kebersihan makanan, pakaian dan persekitaran;
2.    mengambil makanan dan minuman yang halal;
3.    mengamalkan akhlak yang mulia.

1.    mengabaikan kebersihan diri, pakaian, makanan dan persekitaran;
2.    makan dan minum daripada sumber yang haram dan syubhah.
3.    mengamalkan sifat-sifat mazmumah dalam kehidupan.


JENIS-JENIS MANDI

JENIS
MAKNA
mandi wajib
mandi yang diwajibkan dan disertai dengan niat kerana berlaku hadas besar seperti berjunub, haid, keluar mani dan mati kecuali mati syahid;
mandi sunat
mandi yang disunatkan dan disertai dengan niat kerana tujuan-tujuan tertentu seperti mandi hari Jumaat dan mandi hari raya
mandi harus
mandi selain daripada mandi wajib dan mandi sunat seperti mandi untuk kebersihan dan kesegaran badan

JENIS-JENIS MAKMUM

JENIS
MAKNA
makmum muafik
makmum yang sempat membaca Al Fatihah ketika imam masih berdiri dalam rakaat pertama.
makmum masbuk
makmum yang tidak sempat membaca Al Fatihah bersama imam kerana imam telah rukuk.

PERBEZAAN SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID DAN SOLAT SUNAT RAWATIB


Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Solat Sunat Rawatib
MAKSUD
solat sunat dua rakaat yang dilakukan setiap kali masuk ke dalam masjid sebelum duduk.
solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat fardu
TUJUAN
solat ini ialah bagi menghormati masjid sebagai rumah Allah  SWT.
(a)    menyempurnakan kekurangan pahala dalam solat fardu;
(b)   meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT


                                        
IBADAT: TING 2

SOALAN :NYATAKAN PERBEZAAN ANTARA SOLAT JAMAK DAN QASAR

Solat Qasar
Jamak
Solak jamak ialah menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu dengan syarat-syarat tertentu
memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat.


SOALAN :NYATAKAN PERBEZAAN ANTARA SOLAT JAMAK TAQDIM DAN JAMAK TAKHIR

 solat jamak takdim
Solat jamak takhir
menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu pertama. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur
menghimpunkan dua solat fardu dalam waktu kedua. Contohnya menunaikan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar

SOALAN :NYATAKAN PERBEZAAN ANTARA ZAKAT FITRAH DAN HARTA

ZAKAT FITRAH
ZAKAT HARTA
mengeluarkan makanan asasi bagi    sesebuah negara tertentu dengan kadar yang tertentu dan diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu
mengeluarkan harta-harta tertentu dengan kadar yang tertentu dan diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu


3 comments:

  1. assalamualaikum...ustaz saya copy untuk rujukan..minta izin ye

    ReplyDelete
  2. Assalam..mohon edit untuk solat qasar dan jamak tu.maksudnya tertukar (mungkin tersalah copy paste).terima kasih

    ReplyDelete
  3. mohon edit solat qasar dan solat jamak...kesian kalau orang yang tak tahu baca

    ReplyDelete