Saturday, October 6, 2012

SOALAN PERCUBAAN SPM 2, 2012



 PERHATIAN : INI ADALAH SOALAN PERCUBAAN TERENGGANU YANG DIUBAHSUAI SEDIKIT

BAHAGIAN A
(40 Markah)
Jawab semua soalan
Soalan 1 hingga 20
Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilhan jawapan A,B,C dan D.


1.
Hukumnya wajib sekali seumur hidup kepada mereka yang berkemampuan.
Boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun.



A
Haji

B
Umrah

C
Haji Qiran

D
Haji Tamattuk



2.
·         Menggunakan nikmat ke jalan maksiat
·         Menyatakan solat merugikan masa


Pernyataan di atas merujuk kepada


A
Sihir

B
Syirik

C
Kufur

D
khurafat



3.
Berikut ialah rukun syarikat kecuali




A
Modal

B
Lafaz akad

C
Ahli syarikat

D
Lokasi syarikat




4.
Antara berikut ,yang manakah bukan syarat penjual dan pembeli?



A
Mukallah

B
Golongan Hamba

C
Kemahuan sendiri

D
Bukan Golongan muflis



5.
Antara berikut yang manakah syarat bagi bayaran sewaan?


A
Diketahui kadar dan jangka masa.

B
Keadaan kedua-duanya tidak membazir.

C
Barang yang disewa hendaklah bermanfaat.

D
Kedua-dua pihak mengetahui kadar,jenis dan sifat.



6.
Adab bernegara yang dituntut oleh Islam ialah

A
cinta kepada negara

B
berbakti kepada agama

C
memelihara alam sekitar

D
menjaga nama baik pemimpin



7.
- negara bertambah maju
- nama negara harum di mata dunia




Pernyataan di atas merujuk kepada


A
Ciri-ciri adab bernegara

B
Cara beradab dengan negara

C
Sebab beradab dengan negara

D
Faedah beradab dengan negara

8.
Berikut adalah tanggungjawab ibubapa dalam mendidik anak-anak dari aspek fizikal kecuali


A
Kesihatan

B
Kebersihan

C
Pendidikan

D
Makan minum



9.
Hukum asal talak dalam Islam ialah


A
Sunat

B
Harus

C
Wajib

D
Makruh



10.
Berikut adalah hak-hak isteri semasa iddah talak raj’ie kecuali

A
Giliran malam

B
Tempat tinggal

C
Harta pewarisan

D
Rawatan perubatan



11.
Berikut ialah hikmah perbezaan tempoh iddah kecuali


A
Memastikan isteri tidak hamil dengan bekas suaminya

B
Menunjukkan keakraban hubungan kekeluargaan dalam Islam

C
Menunjukkan tanda perkabongan dan kesedihan atas kematian suami

D
Memberi peluang kepada isteri menumpukan perhatian kepada penjagaan kesihatan



12.

·         suami merasa tercabar dan mudah hilang pertimbangan
·         anak-anak hilang penghormatan terhadap ibubapa




Pernyataan di atas merujuk kepada kesan


A
Lian

B
Talak

C
Zahar

D
Nusyuz






13.
Pilih pernyataan yang benar tentang khurafat

A
Mempercayai perkara-perkara karut

B
Menggunakan bantuan makhluk halus

C
Menyengutukan Allah SWT dengan makhluk

D
Menolak ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.



14.
Syarat –syarat hadhanah


Beragama Islam

berakal

X

Dewasa




X ialah


A
Merdeka

B
Perempuan

C
Bukan mahram

D
Berakhlak mulia



15.
Q

Suami berpenyakit yang sukar diubati


Suami tidak memberi nafkah



Q dalam jadual di atas merujuk kepada sebab yang mengharuskan


A
Talak

B
Fasakh

C
Nusyuz

D
Khuluk



16.

·         menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya.
·         Boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya.



Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian


A
Mengumpat

B
Memfitnah

C
Menghina

D
Menipu



17.

·         Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah dan RasulNya.
·         Melakukan ibadat sunat secara istqqamah



Pernyataan di atas merujuk kepada


A
Maksud iman

B
Mengekalkan iman

C
Menambahkan iman

D
Mencapai kemanisan iman




18.
Antara berikut yang manakah bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah

I
Kesalahan yang dikenakan  40 kali sebatan

II
Kesalahan yang dikenakan denda kurang dari RM5000.00

III
Kesalahan yang dikenakan hukuman penjara melebihi 3 tahun

IV
Kesalahan yang dikenakan hukuman kurang dari 6 rotan




A
I dan II

B
I dan III

C
II dan IV

D
III dan IV



19.
Faktor kejayaan tentera  zaman Abbasiyah
Dasar ketenteraan yang terbuka
Peralatan ketenteraan yang canggih

R



R ialah




A
Kestabilan politik dan pentadbiran

B
Pembukaan wilayah-wilayah baru

C
Pemimpin yang berkaliber

D
Hubungan diplomatik












20.

·         Ekonomi negara berada pada tahap yang paling tinggi
·         Kewangan negara melebhi keperluan



Pernyataan di atas adalah contoh kegemilangan tamadun Islam pada zaman khalifah

A
Umar Abdul Aziz

B
Marwan bin al-Hakam

C
Marwan bin Muhammad

D
Muawiyah bin Abi Sufian











Soalan 21 hingga 23
Isikan tempat kosong dengan memilih jawapan yang disediakan dalam jadual di bawah.
Muhson
Membunuh Diri
Munafik
Ghairul Muhson

21.              Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah SWT merujuk kepada pengertian __________________________

22.              Orang yang telah berkahwin melakukan zina diistilahkan sebagai  ___________________

23.              Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri merujuk kepada ________________________

Soalan 21 hingga 23
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul
24.              Mengikut hukum syarak, seseorang yang telah meminum arak dengan kerelaan sendiri akan dihukum __________________________

25.              Mazhab ___________________________ beriktikad bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.

26.              ______________________ ialah amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

27.              _______________________ialah mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak.

28.              Jihad ialah melawan orang kafir harbi boleh dilakukan dengan hati,lidah,nyawa dan ______________________________

29.              Antara adab menjaga orang sakit dari aspek ______________________ialah sabar mendengar rungutan pesakit.

30.              Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah adalah guru kepada Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam bidang ___________________

31.              Kitab karangan Imam al-Bukhari yang mengandungi himpunan hadis-hadis dinamakan __________________________

Soalan 32 berdasarkan carta di bawah






















Rounded Rectangle: Hasil Karya
HAMKA






Rounded Rectangle: S
Rounded Rectangle: Bidang Falsafah
Rounded Rectangle: Bidang Sastera













Rounded Rectangle: Tafsir al-Azhar
Rounded Rectangle: Lembaga Hidup
Rounded Rectangle: Laila Majnun
 











32.                   S  dalam carta di atas ialah _______________________

33.                   Ibnu Khaldun merupakan tokoh dalam bidang _______________________

34.                   Tempoh iddah perceraian bagi isteri yang tidak hamil ialah selama ______________

35.                   Khuluk iaah perceraian antara suami isteri yang dikaitkan dengan _______________ tertentu.

36.                   Khalifah terakhir dalam pemerintah khulafa’ Al-Rasyidin ialah ____________________

37.                   T dalam rajah di atas ialah ___________________________

Jenis Haji
Huraian
Ifrad
Mengerjakan haji terlebih dahulu pada bulan haji kemudian diikuti dengan mengerjakan umrah pada tahun yang sama.
U
Mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji pada tahun yang sama.

38.                   Maklumat diatas adalah tentang cara-cara mengerjakan haji.
U dalam jadual di atas ialah ____________________________

39.                   Harta yang diperolehi daripada orang kafir melalui peperangan
disebut sebagai ____________________.

40.                   Saidina Ali meletakkan polisi pentadbirannya dengan meneruskan  
______________  walaupun ditentang oleh puak Khawarij .

BAHAGIAN B
(60 Markah)
Arahan: Jawab 3 soalan. Soalan 1 dan 2 wajib dijawab. Pilih salah satu soaan berikutnya.

1.
(a)
Khurafat termasuk dalam perbuatan yang membatalkan iman


(i)
Nyatakan dua contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat Islam.                                                                                                               [2 Markah]



(ii)
Jelaskan dua langkah pihak berwajib bagi mengatasi perbuatan khurafat.                                                                                                                       [4 markah]


(b)

Maksud Firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kamu kepada Allah SWT dengan taubat nasuha”  surah al-Tahrim :8






(i)
Bilakan seseorang itu diwaibkan bertaubat                                          [2 Markah]



(ii)
Jelaskan usaha yang boleh anda lakukan kepada rakan anda yang sentiasa melakukan kemungkaran.                                                                                    [2 Markah]


(c)

Ajaran Taslim adalah ajaran sesat paling tua di Malaysia



(i)

Nyatakan pengasas ajaran Taslim.                                                          [2 Markah]



(ii)
Jelaskan dua ciri kesesatan ajaran tersebut.                                         [4 Markah]



(iii)
Jelaskan akibat mengamalkan ajaran sesat terhadap individu.         [2 Markah]



(iv)
Jelaskan perbezaan pandangan ajaran Taslim dengan Bahai mengenai isu alam.                                                                                                             [2 Markah]

2.
(a)
(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan sembelihan                                [2 Markah]



(ii)
Nyatakan dua perkara makruh semasa sembelihan                           [2 markah]



(iii)
Jelaskan dua daripada perkara-perkara  sunat korban                     [4 Markah]



(b)
(i)
Nyatakan dua rukun Lian                                                                           [2 Markah]



(ii)
Jelaskan kesan lian terhadap suami                                                        [2 Markah]


(c)

Anak adalah amanah Allah kepada setiap ibu bapa/



(i)

Jelaskan dua peraturan mengambil anak angkat.                              [4 Markah]



(ii)
Jelaskan dua hikmah dilarang menasabkan (membinkan) anak angkat kepada bapa angkat.                                                                                           [4 Markah]

3.
(a)
(i)
Jelaskan dua sumbangan khalifah Usman bin Affan                           [4 Markah]



(ii)
Jelaskan kesan positif daripada kepimpinan Khulafa’ al-Rrasyidin        [2 Markah]




-          HAMKA
-          As-Sayyid Jamaluddin al-Afghani


(b)

Pilih satu tokoh di atas dan jawab soalan berikut:


(i)
Nyatakan dua sifat peribadi tokoh                                                          [2 Markah]



(ii)
Jelaskan kesan pemikiran tokoh tersebut terhadap masyarakat   [4 Markah]


(c)
(i)
Nyatakan empat adab ketika menziarahi jenazah                              [4 Markah]




Seorang rakan anda telah membuat bising semasa menzairahi jenazah jirannya


(ii)
Jelaskan dua tindakan yang perlu anda lakukan untuk menangani keadaan tersebut.                                                                                                    [4 Markah]




4.
(a)
(i)
Jelaskan dua faktor kemerosotan tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah.                                                                                                            [4 Markah]



(ii)
Jelaskan kepentingan mempelajari kemerosotan tamadun Islam pada zaman kerajaan Abbasiyah.                                                                                    [2 Markah]





-          Imam Ahmad bin Hanbal
-          Imam Bukhari

(b)

Pilih satu tokoh di atas dan jawab soalan berikut:


(i)
Nyatakan dua sifat peribadi tokoh                                                          [2 Markah]



(ii)
Terangkan bukti kesungguhan dan ketelitian tokoh tersebut terhadap hadis
                                                                                                                        [2 Markah]



(iii)
Tuliskan nama kitab karangan tokoh tersebut.                                      [2 Markah]


(c)
(i)
Nyatakan empat punca pencemaran udara                                       [4 Markah]




Penduduk sebuah taman perumahan telah menjadikan longkang besar sebagai tempat pembuangan sampah sarap.



(ii)

Jelaskan dua usaha yang boleh anda lakukan bagi mengatasi masalah tersebut.                                                                                                       [4 Markah]


-------------------------------------SOALAN TAMAT-------------------------------------



No comments:

Post a Comment