Sunday, October 23, 2011

TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Pertama
Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.

Kedua
1.      Pastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda.
2.      Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.
3.      Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman.
4.      Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.

Ketiga
1.      Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting.
2.      Jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok.
3.      Pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

Keempat
1.      Sanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.

Kelima
1.      Mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR).
·         Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.
Keenam
1.      Sentiasa sihat badan dan cerdas minda.
·         Pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat.
·         Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais.

Ketujuh
Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.

No comments:

Post a Comment