Friday, May 25, 2012

PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA 2012 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1 1223/1 2012


PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA 2012
PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1 1223/1 2012

 *untuk rujukan pelajar-pelajar tingkatan 4 (sila copy dan simpan dalam fail untuk rujukan masa akan datang)
* untuk pelajar Ting 5, boleh ambil dan buat sebagai ulangkaji.

SOALAN OBJEKTIF (1-20)
Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan



-          Menyatakan berpuasa bulan Ramadhan melemahkan ekonomi.
-          Menyatakan solat fardhu merugikan masa.


1.
Pernyataan di atas menjelaskan tentang….

A.
Kufur hakikat

B.
Kufur nikmat

C.
Syirik jali

D.
Syirik khafi

2.
Pilih pernyataan yang benar tentang murtad

A.
Mempelajari agama lain.

B.
Berminat dengan agama lain.

C.
Mengisytiharkan diri keluar dari Islam.

D.
Berkawan dengan rakan bukan Islam.

Melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri atau memudaratkan orang lain


3.
Pernyataan di atas menerangkan tentang perbuatan …

A.
Riba

B.
Mengumpat

C.
Menipu

D.
Memfitnah




4.
Mengapakah masih terdapat segelintir umat Islam yang masih minum arak?

I
Senang diperolehi

II
Harganya murah

III
Untuk mengubati penyakit

IV
Penguatkuasaan undang-undang yang tidak tegas




A.
I dan II

B.
II dan III

C.
III dan IV

D.
I dan IV


5.

Hukuman ke atas pencuri ialah

A.
Dipenjara

B.
Didenda

C.
Dipotong tangan

D.
Dipotong tangan dan kaki

6.
Antara perkara wajib haji ialah

I
Bercukur

II
Berniat ihram

III
Bermalam di Mina

IV
Melontar jamrah al-Aqabah




A.
I dan II

B.
II dan III

C.
III dan IV

D.
I dan IV

7.
Antara syarat sah mengerjakan ibadah saie ialah hendaklah dilakukan selepas

A.
tawaf Ifadhah

B.
melontar jamrah

C.
bermalam di Muzdalifah

D.
wukuf di Arafah

8.
Antara syarat sah binatang yang disembelih ialah

A.
binatang tidak berpenyakit

B.
binatang yang halal

C.
binatang yang sihat

D.
binatang tidak cacat

9.
Apakah hukum melakukan ibadat akikah?

A.
Sunat

B.
Harus

C.
Wajib

D.
Sunat Muakkad

10.
Akikah afdal (paling baik) dilakukan pada hari yang ……..

A.
pertama

B.
ketiga

C.
kelima

D.
Ketujuh

11.
Zaman pemerintahan kerajaan Khulafa’ Urrasyidin bermula

A.
selepas kewafatan Rasulullah

B.
selepas berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah

C.
selepas berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah

D.
selepas berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah

12.
Saidina Umar al-Khattab sangat terkenal dengan sifat

A.
lemah lembut dan pemurah

B.
tegas dan pandai bermain senjata

C.
warak dan berpengetahuan dalam ilmu agama

D.
mengambil berat ahli keluarga dan jiran terdekat

13.
Yang berikut adalah pernyataan yang benar mengenai Saidina Abu Bakar as-Siddiq kecuali…

A.
yang memerangi golongan nabi palsu

B.
yang mula-mula memeluk Islam

C.
yang terlibat dalam membukukan al-Quran

D.
yang sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah s.a.w.

14.
Apakah mazhab yang diasaskan oleh Imam Abu Hanifah?

A.
Syafei

B.
Hanbali

C.
Syiah

D.
Hanafi

15.
Imam Malik adalah ulamak yang terkenal dalam bidang …

A.
ilmu fekah

B.
ilmu hadis

C.
ilmu tafsir

D.
ilmu tauhid
16.
Hukum menziarahi orang sakit ialah…

A.
fardhu kifayah

B.
fardhu ain

C.
sunat

D.
harus

17.
Yang berikut adalah adab ketika menggunakan kemudahan awam kecuali..

A.
Menggunakannya mengikut peraturan

B.
Membuang kemudahan awam yang rosak

C.
Bertanggungjawab terhadap keselamatan

D.
Bertimbang rasa dengan pengguna lain

18.
Mengapakah setiap rakyat berkewajipan menjaga kemudahan awam?

A.
Mengelakkan ia disalahgunakan untuk kepentingan peribadi

B.
Dapat menggunakannya apabila diperlukan

C.
Meringankan beban pihak yang berwajib

D.
Akan menyebabkan rakyat mundur

19.
Salah satu sifat pendakwah ialah..

A.
Berilmu

B.
Banyak bercakap

C.
Suka membangkang

D.
Sentiasa menziarahi teman


20.
Hukum melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar ialah….

A.
Wajib

B.
Sunat

C.
Harus

D.
Fardhu kifayah




SOALAN 21-40
Sila isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

21.  …………………………………….ialah kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.

22. …………………………………… ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.

23. Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui iktikad, perkataan dan ……………………..

24. Ibadat ……………………………….mengingati kembali sejarah Siti Hajar mencari air untuk puteranya, nabi Ismail.

25. Rukun haji yang menjadi symbol membersihkan diri daripada sifat tercela yang terdapat pada diri seseorang ialah ……………………………….

26. Miqat terbahagi kepada dua iaitu Miqat Zamani dan Miqat ……………………………….

27. Kerajaan Islam yang berada di bawah pemerintahan khulafa’ Urrasyidin berpusat di………………….

28. Antara pembaharuan yang dilakukan oleh khalifah Umar al-Khattab ialah menubuhkan Majlis …………………

29. Perbuatan mencukur bulu kening untuk berkahwin adalah………………………………….

30. Hukum meratap dan meraung-raung terhadap jenazah adalah …………………………….

SOALAN 31-33

Tuliskan petak kosong berikut dengan syarat-syarat wajib haji



 





Islam



Baligh


31……


32………


33………




SOALAN 34-35
Tuliskan bentuk hukuman yang dikenakan kepada penzina  dengan status berikut:

STATUS
HUKUMAN

Muhsan


34..................................................

Ghairul Muhsan


35..................................................

SOALAN 36 – 37
Tuliskan masa bagi melakukan ibadat berikut:

IBADAT
MASA

Korban


36..................................................

Akikah

37..................................................

SOALAN  38 – 40

Tuliskan perkara larangan ihram bagi jemaah haji berikut:

GOLONGAN
PERKARA LARANGAN IHRAN
Lelaki
38..................................................
Perempuan
39..................................................
Pasangan suami isteri
40..................................................


 BAHAGIAN B
Arahan: Soalan 1 dan 2 wajib dijawab. Pilih satu soalan berikutnya sama ada 3 atau 4. Kesemua tiga soalan wajib dijawab.

1.
Iman merupakan perkara yang paling utama dalam kehidupan seorang manusia

(a)
(i)
Jelaskan kepentingan iman dalam kehidupan.                    [2 Markah]



(ii)
Antara perkara-perkara yang membatalkan iman ialah khurafat. Apakah yang dimaksudkan dengan khurafat.                                 [2 Markah]



(iii)
Jelaskan faktor sebahagian anggota masyarakat Islam masih mengamalkan perbuatan khurafat?                                                       [4 Markah]



(iv)
Nyatakan dua perbuatan yang membatalkan iman selain daripada khurafat?
                                                                                   [2 Markah]





(b)
Antara perbuatan dosa yang sangat dilarang oleh Islam ialah derhaka kepada kedua-dua ibubapa.



(i)
Mengapakah Islam melarang keras  perbuatan derhaka kepada kedua ibubapa?                                                                       [2 Markah]



(ii)
Berikan dua contoh perbuatan derhaka  kepada kedua ibubapa  
                                                                                   [2 Markah]




Perbuatan zina dilarang keras oleh Allah melalui firmanNya yang bermaksud:
“dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah sesuatu yang keji dan jalan yang sangat buruk”     
             


(iii)
Jelaskan kesan buruk daripada zina?                                  [4 Markah]



(iv)
Cadangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung gejala zina dalam kalangan remaja masakini.                       [2 Markah]




2.
(a)
Salah satu daripada rukun Islam ialah mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.



(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan tawaf dalam ibadat haji.  [2 Markah]



(ii)
Nyatakan jenis-jenis tawaf?                                                [4 Markah]



Salah satu perkara rukun haji ialah wukuf di padang Arafah.


(iii)
Apakah yang dimaksudkan dengan wukuf di padang Arafah  [2 Markah]



(iv)
Jelaskan hikmat wukuf.                                                    [2 Markah]





(b)
Korban merupakan salah satu ibadat yang dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan oleh umatnya yang berkemampuan.



(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan Korban?                      [2 Markah]



(ii)
Nyatakan hukum korban?                                               [2 Markah]



(iii)
Nyatakan 2 syarat binatang yang hendak dikorbankan        [2 Markah]



(iv)
Jelaskan hikmat korban kepada individu dan masyarakat    [4 Markah]

3.
(a)
Khulafa’ Urrasyidin merupakan pemerintahan yang mengantikan Rasulullah setelah kewafatan baginda.



(i)
Tuliskan nama dua orang khalifah yang memerintah pada zaman khulafa’ Urrasyidin.                                                                                          [2 Markah]



(ii)
Nyatakan dasar pemerintahan khulafa’.                         [2 Markah]



(iii)
Jelaskan pembaharuan yang dilakukan pada zaman khulafa’ Urrasyidin.
                                                                                                            [2 Markah]

(b)
Berhias diri merupakan suatu amalan yang dituntut oleh Islam ke atas umatnya.



(i)
Nyatakan dua tujuan berhias diri                                   [2 Markah]



(ii)
Nyatakan  dua adab berhias diri yang dituntut agama      [2 Markah]



(iii)
Nyatakan  dua adab berhias diri yang dilarang  agama     [2 Markah]



(iv)
Jelaskan hikmat berhias diri                                           [2 Markah]


(c)
Imam Abu Hanifah merupakan seorang tokoh ilmu feqah yang terkenal.



(i)
Mengapakah beliau digelar Abu Hanifah?                       [2 Markah]



(ii)
Nyatakan dua kelebihan Imam Abu Hanifah.                 [2 Markah]



(iii)
Jelaskan contoh kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu.  [2 Markah]

4.
(a)
Khulafa’ Urrasyidin merupakan contoh pemerintahan yang terbaik selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w.


(i)
Jelaskan dua ciri pemerintahan Khulafa’ Urrasyidin.          [4 Markah]



(ii)
Namakan dua jabatan yang diwujudkan pada zaman ini untuk melicinkan pertadbiran negara.                                                      [2 Markah]


(b)
Umat Islam dituntut melaksanakan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar



(i)
Apakah maksud Amar Maaruf Nahi Mungkar?               [2 Markah]



(ii)
Jelaskan dua adab ketika melaksanakan Amar Maaruf Nahi  Mungkar?                                                                                     [4 Markah]



(iii)
Jelaskan cara nabi Muhammad s.a.w. berdakwah.          [2 Markah]


(c)
Imam as-Syafie merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal.



(i)
Tuliskan riwayat hidup beliau?                                    [2 Markah]



(ii)
Jelaskan kegigihan beliau dalam menuntut ilmu yang boleh dicontohi oleh pelajar?                                                                   [2 Markah]



(iii)
Nyatakan dua sumbangan Imam Syafei.                      [2 Markah]

…SOALAN TAMAT...

1 comment:

  1. assalamualaikum.. mohon copy ustaz deh. syukran:-)

    ReplyDelete