Wednesday, June 15, 2011

SOALAN PEPERIKSAAN 2011 P. ISLAM- K1, SEM. 1 TING.4

SULIT 1223/1

1223/1

Pendidikan

Islam

Kertas 1

Mei

2011

2 jam

SEKOLAH MENENGAH KEB. KONVEN ST. URSULA, TAWAU


PEPERIKSAAN SEMESTER 1

2011

TINGKATAN 4

PENDIDIKAN ISLAM

Kertas 1

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2. Bahagian A mengandungi 40 soalan. Jawapan hendaklah ditulis pada kertas

jawapan yang disediakan.

3. Bahagian B mengandungi empat soalan subjektif. Jawab tiga soalan : Soalan 1, Soalan 2 dan mana-mana satu soalan berikutnya.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak



Disemak dan diluluskan oleh:

……………………………………

(USTZ. PATIMAH BT. ABD RAHIM)

Ketua Panitia Pendidikan Islam


Disediakan oleh:

……………………………………

(MOHD NAZRI B. MUKHTAR)

[Lihat sebelah

1223/1 SULIT



BAHAGIAN A ( 40 Markah)

Jawab semua soalan

Soalan 1 hingga 20

Tiap-tiap soalan diikuti oleh ampat pilihan jawapan A, B, C dan D.Hitamkan jawapan yang tepat pada ruangan yang disediakan.

1. Pilih pernyataan yang benar mengenai munafik

  1. Menyamakan Allah s.w.t dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatanNya.
  2. Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  3. Berpura-pura melahirkan keimanan tetapi hati tetap kufur.
  4. Berpaling dari agama Islam

2. Akibat munafik terhadap individu ialah

  1. Melemahkan perpaduan
  2. Menghalang pembangunan
  3. Mengganggu ketenteraman jiwa
  4. Menghilang sikap bekerjasama

3. Berikut ialah akibat sihir terhadap individu

  1. Membatalkan akidah
  2. Mengelakkan kegagalan
  3. Membazir harta , tenaga dan masa
  4. Menghilangkan pergantungan kepada Allah s.w.t.

4. Antara berikut , manakah perkara-perkara wajib haji?

  1. Bercukur
  2. Niat ihram
  3. Niat ihram di miqat
  4. Wukuf di Padang Arafah

5. Antara syarat sah saie dalam ibadat haji mestilah dilakukan selepas….

  1. Bermalam di Mina
  2. Bermalam di Muzdalifah
  3. Melontar jamrah
  4. Tawaf Ifadah

6. Antara berikut yang manakah merupakan perkara sunat haji?

I. Solat dua rakaat sebelum berniat ihram

II. Memakai pakaian ihram berwarna putih

III. Berniat ihram di miqat yang ditentukan

IV. Berada di muzdalifah selepas tengah malam 10 Zulhijjah

  1. I, dan II
  2. I, dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV



  • Menerima jawatan khalifah dalam keadaan negara huru hara

7.


Pernyataan di atas adalah jasa dan pengorbanan khalifah……

  1. Abu Bakar al-Siddiq radiallahuanhu
  2. Umar al-Khattab radiallahuanhu
  3. Uthman bin Affan radiallahuanhu
  4. Ali bin Abi Talib radiallahuanhu

8.

Menukar pegawai-pegawai keturunan Umaiyah yang dilantik oleh khalifah sebelumnya


Pernyataan di atas adalah polisi khalifah

  1. Abu Bakar al-Siddiq radiallahuanhu
  2. Umar al-Khattab radiallahuanhu
  3. Uthman bin Affan radiallahuanhu
  4. Ali bin Abi Talib radiallahuanhu



· Berdasarkan wahyu

· Kajian saintifik

· Matlamat yang jelas

9.


Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan adab

  1. Berfikir
  2. Berzikir
  3. Berjihad
  4. Bermusafir

10. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah merujuk kepada murtad

  1. Mengisytiharkan dirinya keluar dari Islam
  2. Melakukan perkara yang dilarang oleh Allah
  3. Berniat meninggalkan ajaran Islam
  4. Berminat meninggalkan agama lain

11. Antara yang berikut, bandingan haji dan umrah yang manakah benar?

HAJI

UMRAH

I

Dilakukan pada masa tertentu

Boleh dilakukan pada bila-bila masa

II

Ada wukuf

Tiada wukuf

III

Dam dikenakan pada kesalahan haji sahaja

Tidak dikenakan dam

IV

Ada tawaf widak

Tiada tawaf widak

  1. I, dan II
  2. I, dan IV
  3. II dan III
  4. III dan IV



  • Barang telah rosak
  • Tidak menepati syarat


12. Pernyataan di atas mengakibatkan sewaan

  1. tidak halal
  2. tamat kontrak
  3. tidak perlu dibayar
  4. tertangguh bayaran

13. Kenyataan yang paling tepat mengenai bahaya dadah kepada individu ialah

  1. Masyarakat menjadi mundur
  2. Menggugat keamanan negara
  3. Menjatuhkan maruah umat Islam
  4. Menjurus kepada kegiatan jenayah

14. Jabatan Kastam membeli tiga ekor anjing pengesan.

Hukum jual beli di atas ialah?

  1. Harus
  2. Haram
  3. Makruh
  4. Tidak sah

15. Pilih pernyataan yang benar mengenai ibadat korban

  1. Sunat diberi daging setelah dimasak manis
  2. Ibadat yang dilakukan sebelum solat hari raya haji.
  3. Haram dagingnya dimakan dagingnya oleh orang yang berkorban
  4. Sepertiga daripada daging korban diberi kepada fakir miskin

16. Hukum mengumpat ialah…

  1. wajib
  2. dosa kecil
  3. dosa besar
  4. harus jika perkara tersebut benar



  • Beliau berjalan di waktu malam untuk melihat kehidupan rakyatnya


17. Pernyataan di atas berkaitan dengan tokoh…

  1. Abu Bakar al-Siddiq radiallahuanhu
  2. Umar al-Khattab radiallahuanhu
  3. Uthman bin Affan radiallahuanhu
  4. Ali bin Abi Talib radiallahuanhu



  • Menggunakan tutur kata yang lembut.
  • Menunjukkan muka yang manis
  • Sabar mendengar rungutan mereka


18. Pernyataan di atas menerangkan adab menjaga orang sakit dari sudut….

  1. rohani
  2. emosi
  3. fizikal
  4. perkataan

19. Antara berikut, manakah rukun haji

  1. Bercukur
  2. Bermalam di Mina
  3. Bermalam di Muzdalifah
  4. Melontar Jamrah

20. Antara yang berikut , manakah perkara sunat akikah?

I. Berdoa ketika menyembelih

II. Berselawat dan bertakbir ketika menyembelih

III. Tidak mematah-matahkan tulang binatang akikah

IV. Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran

  1. I, II dan III
  2. I, II dan IV
  3. I, III dan IV
  4. II, III dan IV

Soalan 21-40

Sila isikan tempat kosong berikut

21. _______________________ ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti

22. Hukum hudud terhadap orang yang mencuri ialah _____________________.

23. ______________________ ialah menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya.

24. Perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih ialah pengertian bagi _________________________.

25. Tawaf __________ ialah tawaf yang sunat dilakukan oleh mereka yang baru sampai ke Mekah.

26. Antara syarat sah sembelihan ialah binatang itu mati dengan ______________sembelihan

27. Riba terbahagi kepada dua ialah riba al-Fadl dan riba ___________________.

28. Allah s.w.t. telah menetapkan hukuman hudud dengan 80 kali sebatan bagi perbuatan ini. Namakan perbuatan tersebut. __________________________

29. Mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan niat beribadat kepada Allah dinamakan ___________________________

30. ____________________________ ialah tawaf yang dilakukan oleh jemaah haji yang hendak pulang ke tanah air.

Soalan 31-33

Soalan 34-35

Isikan tempat kosong berikut.

Soalan 37-38

Soalan 39 – 40 berdasarkan keterangan di bawah

Jenis-jenis kesalahan dan hukuman hudud

No

Kesalahan

Keterangan

39.

Muhsan

40.

Ghairul Muhsan

BAHAGIAN B

(60 MARKAH)

Arahan : Soalan 1 dan 2 wajib dijawab. Sila pilih salah satu daripada soalan 3 atau 4.

1.

(a)

(i)

Apakah maksud kufur hakikat?

[2 Markah]

(ii)

Senaraikan dua contoh kufur hakikat

[2 Markah]

(iii)

Terangkan perbezaan antara kufur dan syirik

[2 Markah]

(b)

(i)

Nyatakan maksud arak .

[2 Markah]

(ii)

Mengapakah arak diharamkan dalam Islam

[4 Markah]

(iii)

Jelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membendung gejala meminum arak dalam masyarakat.

[4 Markah]

(c)

Gejala pembuangan bayi semakin berleluasa masa kini. Cadangkan cara mengatasi gejala pembuangan bayi.

[4 Markah]

2.

(a)

Ibadah korban dilakukan bagi menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.

(i)

Bilakah umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban

[2 Markah]

(ii)

Cadangkan cara menggalakkan masyarakat Islam melakukan ibadah korban.

[2 Markah]

(iii)

Jelaskan perbezaan antara korban dan akikah

[4 Markah]

(b)

Jualbeli merupakan suatu muamalah yang digalakkan dalam Islam

(i)

Nyatakan rukun-rukun jual beli.

[4 Markah]

(ii)

Nyatakan dua jenis jual beli yang dilarang dan tidak sah beserta contohnya

(4 Markah)

(iii)

Melontar jamrah merupakan perkara wajib haji. Nyatakan dua daripada jenis jamrah yang perlu dilontar.

[2 Markah]

(iv)

Nyatakan dua perkara larangan ihram

[2 Markah]

3.

(a)

Khulafa Ar- Rasyidin merupakan penganti Rasulullah s.a.w. yang memerintah negara selepas kewafatan baginda.

(i)

Terangkan dengan ringkas perlantikan Abu Bakar As-Siddiq menjadi khalifah.

(4 Markah)

(ii)

Terangkan dua polisi pemerintahan khalifah Abu Bakar.

(4 Markah)

(b)

(i)

Nyatakan dua sebab Nu’man bin Thabit lebih dikenali dengan gelaran Abu Hanifah

[2 Markah]

(ii)

Jelaskan dua sumbangan Imam Abu Hanifah terhadap Tamadun Islam

[2 Markah]

(iii)

Imam Abu Hanifah pernah dipenjarakan oleh pemerintah pada zamannya. Nyatakan dua sebab beliau dipenjarakan.

[2 Markah]

(c)

Menzirahi dan menjaga orang sakit sangat dituntut dalam Islam

(i)

Apakah hukum menjaga orang sakit

[2 Markah]

(ii)

Jelaskan adab menjaga orang sakit dari aspek rohani.

[4 Markah]

4

(a)

Khalifah Umar merupakan khalifah yang dilantik selepas Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.

(i)

Nyatakan cara pelantikan khalifah Umar al-Khattab

[2 Markah]

(ii)

Nyatakan sumbangan Khalifah Umar al-Khattab kepada tamadun Islam.

[4 Markah]

(b)

Imam as-Syafie merupakan pengasas Mazhab Syafei yang diamalkan di Malaysia.

(i)

Terangkan biodata beliau secara ringkas.

[2 Markah]

(ii)

Tuliskan dua buah kitab karangan beliau yang terkenal.

[2 Markah]

(iii)

Terangkan sifat yang perlu anda contohi daripada Imam As-Syafei untuk kecemerlangan masa depan.

[2 Markah]

(c)

Islam menggalakkan umatnya menjaga penampilan diri dengan menetapkan adab-adab yang wajib dipatuhi.

(i)

Senaraikan adab-adab menjaga kebersihan diri.

[4 Markah]

(ii)

Tuliskan panduan berpakaian dalam Islam.

[4 Markah]

******** SOALAN TAMAT *********

SEMOGA ANDA BERJAYA

1 comment: