Monday, September 24, 2012

FOKUS IBADAT :TINGKATAN 3 – SOALAN PERBEZAAN



Soalan : Jelaskan perbezaan rukhsah solat ketika sakit dan musafir

Cara Solat
Rukhsah ketika Sakit
Rukhsah Ketika Musafir
Keadaan Solat
Dilakukan mengikut keupayaan pesakit sama ada secara duduk, berbaring mengiring, menelentang, isyarat mata atau isyarat hati.
Boleh dilakukan secara jamak, qasar atau kedua-duanya sekali. Harus juga dilakukan secara sempurna.
Tempoh pelaksanaan
Sepanjang berada dalam keadaan sakit.
Semasa berada dalam musafir.

Soalan : Jelaskan Perbezaan Antara Solat Hari Raya Dengan Solat Jumaat

Perkara
Solat hari raya
Solat Jumaat
Hukum
Sunat kepada lelaki dan perempuan.
Wajib kepada setiap lelaki mukallaf yang bermukim.
Waktu
Pada waktu pagi (dhuha) setiap 1 Syawal dan 10 Zulhijjah.
Pada waktu Zohor setiap hari Jumaat.
Khutbah
Selepas solat.
Sebelum solat.
Tempat
Masjid, surau aiau padang.
Masjid atau surau.
Bilangan Jemaah
Boleh dilakukan sendirian atau secara berjemaah tetapi tidak ditentukan bilangannya.
Wajib berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang.
Takbir
Disunatkan takbir dan tasbih sebelum membaca al-Fatihah.
Tiada takbir dan tasbih sebelum membaca al-Fatihah.


Soalan : Jelaskan Perbezaan Antara Solat Sunat Hajat Dengan Solat Sunat Rawatib
Perkara
Solat Hajat
Solat Rawatib
Masa
Boleh dilakukan bila-bila masa kecuali waktu yang diharamkan. Afdal dilakukan pada pertengahan malam.
Dilakukan mengiringi solat fardu iaitu sebelum dan selepas solat fardu (kecuali Subuh dan Asar disunatkan sebelum solat sahaja)
Bilangan
Rekaat
Boleh dilakukan 2, 4, atau 12 rekaat.
Dilakukan 2 atau 4 rekaat sahaja.
Doa
Terdapat doa khusus yang ma’sur.
Tidak terdapat doa khusus.
Cara
Boleh dilakukan secara berjemaah.
Hanya dilakukan secara sendirian.


Soalan : Jelaskan perbezaan antara solat sunat tahajjud dengan solat hajat


Solat Tahajjud
Solat Hajat
Tujuan
Dilakukan sebagai memulakan ibadat pada waktu malam.
Dilakukan kerana memohon bantuan Allah agar menunaikan sesuatu hajat.
Masa
Setelah jaga daripada tidur pada waktu malam.
Boleh dilakukan pada waktu malam atau siang.
Cara
Afdhal (lebih baik) dilakukan secara bersendirian.
Boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah, bergantung kepada hajat.

Soalan : Jelaskan perbezaan antara zakat, sedekah dan cukai

Perkara
Zakat Harta
Sedekah
Cukai

Penger-tian
Mengeluarkan sebahagian daripada tertentu bertujuan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.
Bantuan kepada orang fakir dan miskin dalam bentuk harta atau perkhidmatan.
Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan kepada individu bekerja, syarikat dan perbadanan untuk perbelanjaan
negara.
Hukum
Wajib
Sunat
Tanggungjwab di sisi undang-undang
Masa
Sekali dalam setahun
Bila-bila masa
Sekali dalam tahun masihi
Jenis
Harta
Jenis harta yang ditentukan syarak.
Sebarang harta yang halal
Harta atau pendapatan
Kadar
Mengikut kadar yang ditetapkan syarak
Mengikut kemampuan
Mengikut kadar yang ditetapkan kerajaan
Peng-gunaaan
Asnaf
Terbuka
Semua rakyat
Taraf
Kekal
Pilihan
Berubah berdasarkan keperluan sesebuah kerajaan.

3 comments: