Alhamdulillah, syukur tahun ini kerana setelah sekian lama , semua pelajar dapat bersukan dalam keadaan yang dikehendaki oleh hukum syarak. Semua bertudung dan memakai pakaian yang tidak ketat dan berseluar panjang. Ingatlah , Islam tidak menghalang bersukan, tetapi bersukanlah dengan cara yang betul mengikut syariat. Semuanya akan dikira sebagai ibadat dengan dua syarat iaitu niat ikhlas dan mematuhi hukum syarak. Jadi yang ikhlas berlari dan menutup aurat, sebenarnya anda berlari dalam keadaan diredhai Allah, maka larian anda mendapat pahala. Sebaliknya jika anda berlari dalam keadaan tidak menutup aurat, walaupun dapat pingat emas, disanjung kawan dan taulan, tetapi dimurkai Allah, dibimbangi pingat emas dari neraka yang anda dapat. jadi ingatlah, apa-apa sahaja yang anda buat, pastikan dahulu keredhaan Allah, barulah keredhaan manusia. Jika manusia suka tetapi Allah tidak suka, tinggalkanlah. Jika Allah suka , tetapi manusia tidak suka, buatlah, kerana kita semua bergantung dengan amalan masing-masing, tiada orang yang akan menolong dan membantu anda jika anda melakukan dosa. Teruskan perkara kebaikan yang anda lakukan dengan istiqamah.
No comments:
Post a Comment