Sunday, August 14, 2011

MAJLIS KHATAM QURAN, IFTAR JAMA'EI , SOLAT TARAWIH DAN SOLAT HAJAT 2011

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi, berjaya melaksanakan program ini. Tahniah kepada penyelarasnya ustazah Rodiani dan semua ustazah, guru-guru termasuk guru kaunseling, yang telah sama-sama menjayakan program ini. Walaupun kehadiran ibubapa agak mengecewakan (hanya 7 orang sahaja yang hadir- daripada jumlah sepatutnya hadir seramai 200 lebih), tetapi macam tulah kebiasaannya seperti tahun-tahun lepas. Selain kita berbaik sangka (mungkin ada masalah yang tidak dapat dielakkan), namun memberi perhatian terhadap kesungguhan dan keprihatinan terhadap pendidikan anak-anak perlu menjadi perkara utama kepada ibu bapa, apatah lagi apa yang kita buat ialah solat hajat memohon kejayaan anak-anak anda semua, dibuat pula pada bulan ramadhan yang penuh berkat. Kalau pun dua-dua tak boleh hadir, datanglah salah seorang sebagai wakil menunjukkan kebersamaan dengan anak-anak dan pihak sekolah. Ada pelajar yang bergenang air mata apabila ditanya kenapa ibu bapa tak datang, ada yang cakap sibuk dan ada yang berdiam sahaja.
     Tahniah kepada ibu bapa yang dapat hadir juga kepada pengerusi PIBG , En. Adam Nabil Abdullah yang sudi hadir. Terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Zaim Hilmi Husin yang menjadi imam solat tarawih, solat hajat dan pemberi tazkirah motivasi. Cerita-cerita yang dinyatakan mudah-mudah memberi sentuhan yang menggerakkan hati sanubari semua yang mendengar untuk berubah. Tahniah semuanya.






No comments:

Post a Comment