Tuesday, August 9, 2011

PROGRAM GC- MOTIVASI SEKOLAH RENDAH-SK TAMAN TAWAU

Alhamdulillah, sebagaimana yang dirancangkan dalam program tahunan GC kemanusiaan, program motivasi sekolah rendah kali 1 telah berjaya diadakan. Terima kasih dan tahniah kepada semua rakan GC yang terlibat. Program dimulakan dengan perasmian oleh Guru Besar SK Taman Tawau, disusuli dengan ceramah motivasi kecemerlangan diri oleh al-Fadhil Ustaz Mazlan Mohd Noor dari SK Bandar II. Ianya diikuti dengan bengkel penyelesaian masalah yang diselia oleh 8 orang GC dan diakhiri dengan rumusan oleh al-Fadhil Ustaz Abdul Hamit Muhammadin. Sebenarnya apa yang berlaku pada hari Jumaat lepas itu melebihi daripada jangkaan, sambutan dan keseronokan pelajar terserlah. Ustaz sekarang sedang membuat laporan , dan insya Allah akan disiapkan dalam masa seminggu, memandangkan banyak masalah yang ditulis oleh pelajar untuk dianalisis. Harapannya , program seperti ini akan kita laksanakan lagi untuk sekolah menengah.

 Ustaz Mazlan sedang menyampaikan ceramah bertajuk : "Bagaimana menjadi seorang pelajar yang cemerlang"
 Murid-murid sedang mendengar ceramah
 sesi bengkel sedang berjalan
salah seorang wakil pelajar sedang membentangkan hasil bengkel

No comments:

Post a Comment