Monday, December 27, 2010

TAHNIAH, SEMUA CALON PMR 2010

Sekalung tahniah ust ucapkan kepada calon PMR 2010 kerana peningkatan peratus kelulusan kepada 97.30%. tahniah kepada yang memperolehi A ( seramai 16 orang), hanya 3 orang sahaja yang tidak lulus. Apapun nasihat perjuangan anda belum selesai tahun hadapan , cabaran besar menanti kerana SPM sangat berbeza dengan PMR. Kepada pelajar yang akan naik ke tingkatan 4 , jangan buang masa. Ustaz nasihatkan agar lengkapkan diri dan keperluan pelajaran masing-masing antaranya buku rujukan, buku nota dan buku latihan yang baru. Mereka yang masih lemah membaca al-Quran dan Jawi, masih ada waktu untuk anda meningkatkan kemampuan diri masing-masing, Insya Allah , ustaz sedia membantu. Selamat kembali ke sekolah tahun 2011 dengan semangat dan azam yang baru untuk terus maju jaya.

1 comment:

  1. assalamualaikum...

    Alhamdulillah tahniah buat semua student PMR atas peningkatan peratus kelulusan yang telah dicapai. Tahniah juga buat ustaz dan guru2 yang lain. Harap2 peratus kelulusan untuk SPM nanti pun akan meningkat..doakan kami ya Ustaz..^^

    ReplyDelete