Sunday, April 24, 2011

TIDAK JUMPA TEMPAT CERAMAH

"ustaz , tolong sampaikan ceramah hari jumaat ni, di View Top, water park, ranggu, jam 10.15 am-11.45. tajuk 'kemantapan akidah teras kepimpinan berwibawa" dihantar pada hari rabu . Ust buatlah sedikit persiapan powerpoint. Kalau dulu ust tak terima, maklumlah persiapan untuk menyampaikan ceramah bukan sekadar fizikal,bahkan membabitkan mental sekali, tapi sekarang mungkin dah banyak kali menyampai ceramah dan kuliah, dah boleh terima walaupun last minute.

itulah sms yang dihantar, bertolak dari sekolah pada jam 10.00 am selepas mengendalikan ceramah di kem bina sahsiah di sekolah. Sebelum pergi, bertanya juga pada sahabat-sahabat , tapi semuanya tak tahu dimana tempatnya

"enta pergi la saja, ada la signboard tu" kata salah seorang dari mereka.

Ust anggarkan boleh sampai dalam 15 minit, melalui jalan ranggu yang penuh dengan lubang-lubang, agar menyesakkan. Kereta pula baru alingment. Alhamdulillah , tayar masih baru. menelusuri jalan ranggu yang penuh kerosakan , menimbulkan satu persoalan, kenapa kampung yang majoriti Islam ini, jalan sangat teruk. Kadang-kadang sampai tak boleh elak.... dang...dang... terjun lubang lagi.

Signboard yang ada bermula jalan masuk tadi tertulis 'ranggu waterfall'. ya la ni kot. Ust pun ikut la.......bersambung.

No comments:

Post a Comment