Thursday, May 5, 2011

BERSEDIA UNTUK PEPERIKSAAN SEM 1 2011

Kepada semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan sem 1 2011 sama ada ting 3, 4 atau 5 . ustaz harap semua sudah membuat persediaan yang mantap. Untuk ini, perlu ustaz ulang beberapa peringatan penting tentang tajuk-tajuk yang kebiasaannya keluar dalam peperiksaan untuk pelajar tingkatan 5
1. Kertas 1
- Akidah tingkatan 4- perkara-perkara membatalkan iman dan dosa-dosa besar
- Akidah tingkatan 5- Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah -
- Ibadat ting 4-haji
- Ibadat ting 5-perkahwinan (sebahagian sahaja)
-Sirah dan Tamadun ting 4 - khulafa urrasyidin @ bani umaiyyah
-Sirah dan Tamadun ting 5 - Abbasiyah (sebahagian sahaja)

2. Kertas 2- jangan lupa buat ulangkaji beberapa kali untuk tajuk hadis
- 3 daripada 4 hadis akan masuk
- ayat kefahaman - tingkatan 4 ( baca semua)
- ayat kefahaman - tingkatan 5 ( sebahagian tajuk permulaan)
- sila buat latihan penulisan jawi ( 8 Markah)
- ulangkaji dan buat latih tubi hukum tajwid (8-10 markah)
- Hafal ayat hafazan tingkatan 4 dan 5 ( 8 Markah)

* harapan ustaz , semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang.

No comments:

Post a Comment