Soalan : Jelaskan perbezaan
rukhsah solat ketika sakit dan musafir
Cara Solat
|
Rukhsah ketika Sakit
|
Rukhsah Ketika Musafir
|
Keadaan Solat
|
Dilakukan mengikut
keupayaan pesakit sama ada secara duduk, berbaring mengiring, menelentang,
isyarat mata atau isyarat hati.
|
Boleh dilakukan secara
jamak, qasar atau kedua-duanya sekali. Harus juga dilakukan secara sempurna.
|
Tempoh pelaksanaan
|
Sepanjang berada dalam
keadaan sakit.
|
Semasa berada dalam
musafir.
|
Soalan : Jelaskan Perbezaan Antara Solat Hari
Raya Dengan Solat Jumaat
Perkara
|
Solat
hari raya
|
Solat
Jumaat
|
Hukum
|
Sunat kepada lelaki dan perempuan.
|
Wajib kepada setiap lelaki mukallaf yang bermukim.
|
Waktu
|
Pada waktu pagi (dhuha) setiap 1 Syawal dan 10
Zulhijjah.
|
Pada waktu Zohor setiap hari Jumaat.
|
Khutbah
|
Selepas solat.
|
Sebelum solat.
|
Tempat
|
Masjid, surau aiau padang.
|
Masjid atau surau.
|
Bilangan
Jemaah
|
Boleh dilakukan sendirian atau secara berjemaah tetapi
tidak ditentukan bilangannya.
|
Wajib berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang.
|
Takbir
|
Disunatkan takbir dan tasbih sebelum membaca
al-Fatihah.
|
Tiada takbir dan tasbih sebelum membaca al-Fatihah.
|
Soalan : Jelaskan Perbezaan
Antara Solat Sunat Hajat Dengan Solat Sunat Rawatib
Perkara
|
Solat Hajat
|
Solat Rawatib
|
Masa
|
Boleh dilakukan bila-bila
masa kecuali waktu yang diharamkan. Afdal dilakukan pada pertengahan malam.
|
Dilakukan mengiringi solat
fardu iaitu sebelum dan selepas solat fardu (kecuali Subuh dan Asar
disunatkan sebelum solat sahaja)
|
Bilangan
Rekaat
|
Boleh dilakukan 2, 4, atau
12 rekaat.
|
Dilakukan 2 atau 4 rekaat
sahaja.
|
Doa
|
Terdapat doa khusus yang
ma’sur.
|
Tidak terdapat doa khusus.
|
Cara
|
Boleh dilakukan secara
berjemaah.
|
Hanya dilakukan secara
sendirian.
|
Soalan : Jelaskan perbezaan antara solat
sunat tahajjud dengan solat hajat
|
Solat
Tahajjud
|
Solat
Hajat
|
Tujuan
|
Dilakukan sebagai
memulakan ibadat pada waktu malam.
|
Dilakukan kerana memohon
bantuan Allah agar menunaikan sesuatu hajat.
|
Masa
|
Setelah jaga daripada tidur
pada waktu malam.
|
Boleh dilakukan pada waktu
malam atau siang.
|
Cara
|
Afdhal (lebih baik)
dilakukan secara bersendirian.
|
Boleh dilakukan
bersendirian atau berjemaah, bergantung kepada hajat.
|
Soalan : Jelaskan perbezaan antara zakat,
sedekah dan cukai
Perkara
|
Zakat
Harta
|
Sedekah
|
Cukai
|
Penger-tian
|
Mengeluarkan sebahagian
daripada tertentu bertujuan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.
|
Bantuan kepada orang fakir
dan miskin dalam bentuk harta atau perkhidmatan.
|
Bayaran yang dikenakan
oleh kerajaan kepada individu bekerja, syarikat dan perbadanan untuk
perbelanjaan
negara.
|
Hukum
|
Wajib
|
Sunat
|
Tanggungjwab di sisi undang-undang
|
Masa
|
Sekali dalam setahun
|
Bila-bila masa
|
Sekali dalam tahun masihi
|
Jenis
Harta
|
Jenis harta yang ditentukan syarak.
|
Sebarang harta yang halal
|
Harta atau pendapatan
|
Kadar
|
Mengikut kadar yang ditetapkan syarak
|
Mengikut kemampuan
|
Mengikut kadar yang ditetapkan kerajaan
|
Peng-gunaaan
|
Asnaf
|
Terbuka
|
Semua rakyat
|
Taraf
|
Kekal
|
Pilihan
|
Berubah berdasarkan keperluan sesebuah kerajaan.
|