Sunday, June 10, 2012

SENARAI UBAT-UBAT DARIPADA SUMBER BABI

Assalamualaikum w.b.t,
( Artikel ini dimuatnaik daripada email yang saya terima daripada http://www.halalscience.com)

Senarai ubat-ubatan ini merupakan sebahagian
daripada produk farmaseutikal yang dikenalpasti mengandungi
bahan-bahan daripada sumber babi dan meragukan.

Tujuan senarai ubat-ubatan daripada sumber babi ini dibuat bukanlah
untuk menjatuhkan atau memburukkan mana-mana jenama, produk ataupun
syarikat farmaseutikal yang terlibat.

Sebaliknya ia bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada
orang ramai selain memberi sedikit tekanan kepada industri
farmaseutikal agar menghormati sensitiviti umat Islam dengan
menghasilkan ubat daripada sumber alternatif lain yang halal.

Jenama  Ubat : BENADRYL For The  Family Original Cough Syrup
Kegunaan : Ubat Batuk '
Pengeluar : McNeil, Australia

Jenama  Ubat : Armour Thyroid '
Kegunaan : Merawat hypothyroid, terapi gantian hormon thyroid '
Pengeluar : Forest Pharmaceutical

Jenama  Ubat : Kapsul IMODIUM  '
Kegunaan : Ubat Cirit Birit, Diarrhea '
Pengeluar : Janssen Cilag (Johnson&Johnson)

Jenama Ubat : Suntikan BOTOX
Kegunaan : Rawatan distonia,  blepharospasm dan mengurangkan kedutan
di muka '
Pengeluar : Allergen Pharmaceutical

Jenama Ubat : CLEXANE , Lovenox
Kegunaan : Cegah pembekuan darah dalam rawatan penyakit jantung '
Pengeluar : Sanofi Aventis

Jenama Ubat : Kapsul CREON
Kegunaan : Kanser pankreas, terapi gantian hormon pankreatik
Pengeluar : Solvay Pharmaceutical

Jenama Ubat : Fraxiparine
Kegunaan : Mencegah pembekuan darah, rawatan penyakit jantung
Pengeluar: Sanofi Winthrop dan GlaxoWellcome

Jenama Ubat : Vaksin MENOMUNE '
Kegunaan : Vaksin Meningitis
Pengeluar : Sanofi Pasteur

Jenama :OPTI-FREE Supraclens One Drop Protein Remover '
Kegunaan : Pencuci Contact Lens '
Pengeluar : Alcon Lab

Jenama Ubat : ENZYPLEX '
Kegunaan : Merawat masalah pencernaan, kembung perut, sendawa '
Pengeluar : WestMont Pharmaceutica

Ada macam-macam istilah Bahasa Inggeris yang digunakan untuk
menyatakan sumber daripada babi.

Istilah PORCINE yang selalu digunakan dalam bidang perubatan untuk
menunjukkan bahan dari sumber babi digunakan. Mungkin ramai umat
Islam khususnya orang Melayu yang tidak tahu bahawa label yang
bertulis

"This product contain substance from porcine" bermaksud
"Produk ini mengandungi bahan dari babi". Berhati hatilah semasa
kita mengambil apa-apa ubat pun, bertanyalah kepada doktor dan ahli
farmasi kandungan ubat yang disuntik atau diberikan dan bacalah
label kandungan ubat yang kita ambil.

Apa sahaja yang diharamkan oleh Allah s.w.t adalah untuk melindungi
umat manusia daripada segala bentuk keburukan dan kekejian yang ada
di dalam bahan tersebut. Oleh itu, adalah tidak munasabah jika kita
mencari
penawar bagi penyakit melalui bahan-bahan yang diharamkan.

Meskipun bahan-bahan haram tersebut dapat menghilangkan penyakit
fizikal, namun bahan-bahan haram tersebut pastinya akan
menghasilkan kesan buruk yang lebih besar pada jiwa dan rohani
orang yang mengambilnya kesan daripada keburukan yang tersembunyi
di dalamnya.

Kesannya, orang yang merawat dirinya dengan menggunakan bahan-bahan
yang diharamkan oleh syarak sebenarnya telah cuba untuk
menghilangkan penyakit fizikal pada tubuh badannya dengan
mendatangkan penyakit lain pada jiwa dan hatinya.

Seharusnya kita perhalusi jika selama ini doa kita tidak
dimakbulkan oleh Allah. Perincikanlah di mana salah kita,
pekerjaan, makanan,k ubat-ubatan dan adakah semua
bahan-bahan yang masuk ke dalam tubuh kita itu halal?

Bagamana mungkin tubuh terisi dengan bahan-bahan yang haram dapat
memberi keberkatan kepada hidup kita.

Dapatkan lebih banyak info mengenai ubat-ubatan halal di

http://www.halalscience.com

"Sesungguhnya Allah s.w.t Lebih Mengetahui"

p/s : Kongsikan info ini dengan rakan-rakan dan umat Islam yang
lain...



Salam hormat,

Abd Rahman,b.pharm
Ahli Farmasi & Penulis Buku
Halalkah Ubat Anda?

No comments:

Post a Comment