PAKAIAN WANITA DALAM HAYATUL KHASSAH
(KEHIDUPAN KHUSUS/PRIVATE LIFE)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah
adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya
bersama dengan anggota keluarganya yang lain. Adapun cara seorang Muslimah
menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di
rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syara' tidak menentukan
bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa
menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya, “wa laa
yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An Nur:31]
Atau sabda Nabi, “lam yashluh an
yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].
Jadi, pakaian yang menutupi seluruh
auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau
bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila
lihat perbincangan di bawah).
Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk
dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat
dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk,
jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam
berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib
dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak
demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain
penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat
diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup
seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.
Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan
bertabarruj adalah juga dari Surah An Nur:60 iaitu Firman Allah, “Dan
perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang
tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka
dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabarruj), dan berlaku sopan
adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
[An Nur:60]
Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah, “Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [Al Ahzab:33]

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari
Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat,
setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.
Abul A’la al Maududi berkata, “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :
Abul A’la al Maududi berkata, “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna :
(i) wanita
yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing
(yang bukan mahramnya);
(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada
lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan
kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak
memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai
pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan
kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa
jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan
tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa
al-Asy’ari].
Penutup
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

No comments:
Post a Comment