Sunday, October 23, 2011

TIPS MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Pertama
Hadir di dalam bilik darjah.Dalam tempoh 2-3 bulan ini,anda mesti datang ke sekolah dan hadir di dalam bilik darjah untuk mengikuti apa juga ajaran dan nasihat guru di samping perbincangan dengan kawan sedarjah.

Kedua
1.      Pastikan anda mendapat petunjuk yang sebanyak-banyaknya daripada semua guru mata pelajaran anda.
2.      Jangan mengambil kesempatan untuk `tuang` kelas atau bersengkokol dengan kawan² yang kurang motivasi atau tidak jelas matlamat mengapa belajar atau menduduki peperiksaan.
3.      Anda mungkin perlu sentiasa berjumpa guru untuk perbincangan di luar waktu sekolah. Lakukan demi kefahaman.
4.      Di samping itu,anda perlu ada kawan belajar sehingga 4 orang lagi supaya pembelajaran atau perbincangan anda dengan guru mata pelajaran lebih bererti.

Ketiga
1.      Jangan membuang masa berbincang perkara yang tidak penting.
2.      Jangan lagi membuang masa bersembang di kantin atau berlonggok di bawak pokok.
3.      Pergilah ke perpustakaan untuk menyelesaikan kerja sekolah atau berbincang dengan kawan² kumpulan belajar, ataupun mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.

Keempat
1.      Sanggup bekerja keras. Kalau sehingga bulan Ogos ini markah anda untuk setiap mata pelajaran pada keseluruhannya di bawah 60%, anda perlulah menumpukan lebih banyak masa untuk belajar, memaham dan menguasai topik, fakta, rumus dan simbol mata pelajaran tertentu demi peningkatan pencapaian sehingga 80% ke atas.

Kelima
1.      Mematuhi jadual pembelajaran dan ulang kaji yang teratur. Bayangkan,anda mengambil 10 mata pelajaran (SPM) atau 8 mata pelajaran (PMR).
·         Jangan lupa, aktiviti ulang kaji ini termasuk membaca, memaham, melukis(melakar), menulis dan mengingat.
Keenam
1.      Sentiasa sihat badan dan cerdas minda.
·         Pastikan anda mengambil makanan dan minuman yang dimasak, bersih, segar dan berkhasiat.
·         Kurangkan atau tinggalkan daripada memakan makanan segera atau meminum minuman bergas dan berais.

Ketujuh
Sentiasa mengerjakan sembahyang dan berdoa. Bukan sahaja anda, ibu bapa, sanak saudara pun sama tidak meninggalkan solat, dan turut mendoakan kejayaan anda.

Senarai Semak Untuk Keberkesanan Ulangkaji Menghadapi Peperiksaan.


1.      Buat satu senarai semua topik yang termaktub dalam silibus peperiksaan anda bagi sesuatu subjek. Katakan subjek K semuanya ada 14 topik.

2.      Atur topik mengikut kategori tertentu.Kategori ini mungkin dari segi:
a.       Kefahaman
                                                              i.      Topik paling tidak difahami
                                                            ii.      sederhana difahami,
                                                          iii.      paling difahami atau

b.      kategori Topik yang
                                                              i.      paling penting (maknanya kemungkinan keluar dalam peperiksaan amat tinggi)
                                                            ii.       topik yang paling tidak penting.

3.      Kemudian buat satu jadual meliputi:
a.       Topik mana dulu perlu diperkemaskan untuk seminggu atau dua minggu akan datang dan seterusnya hingga dua tiga minggu sebelum peperiksaan. Kemudian setelah anda kenalpasti topik mana dan bila kena ulangkaji, maka lakukanlah apa yang dirancangkan.

4.      Baca buku ulangkaji yang berbeza penerbitannya (bukan Penerbit Sasbodi atau Shortman sahaja, mungkin rujuk juga penerbit lain seperti Fajar Bukit, Nadilmu dsb — jangan beli buku dari semua penerbit itu, berkongsi dengan kawan, jimat duit !)

5.      Oleh kerana ia melibatkan banyak matapelajaran, justeru banyak tajuk, maka buat perancangan yang lebih terperinci. Jangan bimbang ambil masa dua tiga jam pagi esok atau petang lusa dan rancang dengan bijaksana. Kata “mereka yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal” !