Dipetik dari TKO
Oleh: abuhikam
"Suatu
kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal
Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air
mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu
malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang
terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke
langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan
kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah
kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau
ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan.
Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya
itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu
dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin
mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila
bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka
ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah
mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati
dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang
dilihat diperkuburan suaminya.
Anihnya isteri simati terkejut
dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa
. Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang
ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin,
bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia
tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar
menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya
lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu
lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat
suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum
tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya
akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu
diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh
kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek alqur'an
itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang
yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan
tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat
dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan
esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh
penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu
membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca
kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak
dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.
“ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau
menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi.
Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an
buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum
tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya
itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia
itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek
berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang
sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha
suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya
telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan
dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan
raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di
dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan
pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk
bacaan semua. "
No comments:
Post a Comment