Monday, July 23, 2012

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN TETAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG KE LANGIT

Dipetik dari  TKO
Tazkirah Oleh: abuhikam

"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

 Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "

Thursday, July 19, 2012

PUASA - BEBERAPA PERKARA SEMASA BERKAITANNYA

MARHABAN YA RAMADHAN, 
Selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat, semoga puasa tahun ini meningkatkan lagi iman dan taqwa kepada Allah. Berikut adalah suatu artikel isu-isu semasa berkaitan perkara yang membatalkan puasa dan tidak membatalkannya. diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua.


Perkara yang membatalkan Puasa

 

( From the 9th Fiqh-Medical Seminar, convened at Casablanca, Morocco, during 8-11 Safar 1418, corresponding to 14-17 June 1997, under the eminent auspices of the Commander of the Faith- ful, His Majesty King Hassan II. The theme of the seminar was “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Issues”, and it was held jointly with the Hassan II Institute for Scientific and Medical Research on Ramadhan, the ISESCO, the Islamic Fiqh Academy, and the World Health Organisation Regional Office.)
Artikel diambil dari Seminar Fekah Perubatan ke 9 yang diadakan di Casablanca, Morroco, 8-11 Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.
(Substances and actions that nullify the fasting)
Bahan-bahan yang boleh membatalkan Puasa
(According to the Quran and the authentic Sunnah of the prophet (pbuh) three actions nullify fasting: eating, drinking and sexual intercourse. Therefore, the passing of any solid or liquid sybstance that can be described as food or drink, in any quantity through the gullet would nullify fasting. 
Menurut Al Quran dan Hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW, tiga perlakuan yang boleh membatalkan puasa: Makan, minum, dan melakukan hubungan seks. Oleh yang sedemikian, apa-apa bahan yang dapat melalui rongga samada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun, ianya boleh membatalkan puasa.
Accordingly, the participants agreed unanimously that the following do not nulIify fasting).
Menurut ahli majlis/peserta seminar tersebut dan telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA.
  1. Eye and ear drops, and ear wash.
    Ubat titis mata, titis telinga dan basuh telinga
  2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.
    Ubat tablet Bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (Jantung).
  3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor’s or midwife’s fingers during pelvic examination.
    Memasukkan ubat melalui faraj, memasukan alat perubatan, membasuh, spekulum dan jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin).
  4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
    Memasukkan teropong kesalur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan xray.
  5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.
    Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat TIADA apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.
  6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.
    Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, KECUALI memberi makanan melalui pembuluh darah.
  7. Blood donation or receiving blood transfusion.
    Penderma atau menerima pemindahan darah.
  8. Oxygen and anaesthetic gases.
    Oksigen dan Gas Bius.
  9. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.
    Semua jenis bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berubat.
  10. Drawing blood samples for laboratory testing.
    Mengambil sampel darah untuk ujian makmal.
  11. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
    Sesalur dan bahan perantara untuk arteriografi (pemeriksaan xray khas jantung) atau organ lain.
  12. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
    Teropong dalam rongga perut (endiskopi) untuk mencari punca penyakit.
  13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.
    Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, dengan syarat tiada bahan masuk kedalam perut.
  14. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
    Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya. (ie. UICD)
  15. Biopsy of the liver or other organs.
    Mengambil tisu (biopsi) hati atau organ lain.
A majority of participants added the following:
Majoriti peserta menambah perkara berikut 
TIDAK MEMBATALKAN PUASA
  1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.
    Ubat titis hidung, semburan hidung and ubat sedut.
  2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.
    Suntikan kedalm dubur, teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur.
  3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.
    Pembedahan yeng melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.
  4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.
    Mesin atau dialisis buah pinggang melalui perut
  5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.
    Penggunaan teropong perut, dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya kedalam perut.
Terjemahan oleh Dr Suhazeli Abdullah

PMR : TAJUK-TAJUK RAMALAN TAHUN 2012- SIRI 1

Kepada semua pelajar calon PMR 2012, berikut adalah senarai tajuk target masuk PMR tahun ini (bukan semestinya masuk). Tolong ambil perhatian untuk buat ulangkaji lebih untuk tajuk-tajuk tersebut.


TILAWAH
TING 1
  • BAB 3: BERBUDI DAN BERBAKTI CARA HIDUP MUKMIN
  • BAB 4 : BERSABAR MENGHADAPI UJIAN ALLAH
  • BAB 7: ARAK DAN JUDI MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN
TING 2
  • BAB 8 : MENCONTOHI DAKWAH RASULULLAH S.A.W
TING 3
  • BAB 3:MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH
  • BAB 2: MENYAKINI HARI KEBANGKITAN
HADIS
TING 1
  • ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN
  • AL QURAN DAN HADIS PANDUAN HIDUP MUKMIN
TING 2
  • MENCEGAH KEMUNGKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
  • SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN
TING 3
  • IHSAN TERHADAP BINATANG
AKIDAH
TING 1
BAB 15: ASAS AKIDAH ISLAM, NAMA-NAMA LAIN AKIDAH,PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH
TING 2
  • NAMA-NAMA ALLAH ( AL-HAKIM,AL-RAHMAN,AL-RAHIM, AL-ALIM
  • RUKUN IMAN TERAS AKIDAH ISLAM
TING 3
  • BERIMAN KEPADA HARIAKHIRAT-SYAFAAT,AL-HISAB,NERAKA
  • BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
IBADAT
TING 1

TING 2
  • SOLAT JAMAK DAN QASAR-SOLAT KETIKA MUSAFIR
  • SOLAT SUNAT TAHIYYATUL MASJID DAN SOLAT SUNAT RAWATIB
  • PEL 16 PUASA MENJANA KEPERIBADIAN MUSLIM-RAMADHAN/LAILATUL QADAR
TING 3
  • SOLAT KETIKA SAKIT
  • SOLAT HARI RAYA
  • ZAKAT
  • PENGURUSAN JENAZAH
  • SOLAT SUNAT TAHAJJUD
SIRAH
TING 1
  • RIWAYAT HIDUP  RASULULLAH S.A.W
  • BAB 27 STRATEGI PERJUANGAN RASULULLAH DI MEKAH-PERINGKAT DAKWAH
TING 2

TING 3
  • PIAGAM MADINAH
  • FATHUMAKKAH
TOKOH
TING 1

TING 2
  • SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN
  • PEL 24 ABDUL RAHMAN BIN AUF
  • PEL 22 SAYIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB PAHLAWAN TERBILANG
  • PEL 23 ABU HURAIRAH
TING 3

ADAB
TING 1
  • BAB 36 ADAB MENJAGA HARTA SEKOLAH
  • BAB 34 ADAB BERGURU
TING 2
  • WAWASAN BERIBADAH
  • ADAB DI MASJID DAN SURAU
  • PEL 32 DOA PENYERI KEHIDUPAN
TING 3
  • ADAB DENGAN IBUBAPA
  • BAB 20 UNIT 2 ADAB MENJALANKAN TUGAS

Monday, July 16, 2012

TAUBAT SEORANG ARTIS-PERINGATAN KEPADA YANG MASIH DEGIL UNTUK TUTUP AURAT

[IKTIBAR] Kepala Yatt Hamzah Terlekat Di Sejadah, Nampak Wanita Dipanggang Api Neraka

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis. Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka." "Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM PMR -SMK MEROTAI BESAR

Petang Khamis, 12 Julai 2012. Bertempat di dewan makan SMK Merotai Besar. Sedikit lewat bermula. Beberapa gambar untuk tatapan bersama.


sebelum ceramah bermula





wajah-wajah ceria dan serius ketika sesi menjawab soalan.
semoga semua pelajar SMK Merotai berjaya dalam PMR nanti. Jangan lupa amalkan apa yang disampaikan.