Thursday, September 30, 2010

SPM- TINGKATAN 4 - FOKUS HAJI

Antara tajuk-tajuk wajib masuk SPM ialah bab haji, untuk memudahkan semua pelajar mengulangkaji dan mengingat fakta berkenaan tajuk berkenaan, ada baiknya kita menggunakan bentuk jadual, semoga bahan ini bermanfaat untuk semua.

FOKUS HAJI

PERKARA WAJIB HAJI




RUKUN

MAKNA

MASA

SYARAT-SYARAT

AKIBAT TERTINGGAL

1

NIAT IHRAM

-Niat untuk melakukan haji

Pada bila-bila masa di antara 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar subuh 10 Zulhijjah, sebelum wuquf di Arafah

- BATAL HAJI

2

WUKUF

-berada di Padang Arafah

1. Berihram dengan niat haji

2. Tidak hilang akal

3. Tidak nazak

4. Berkeadaan siuman

5. Berada di bumi Arafah sejenak di dalam waktu wuquf.

3

TAWAF

Mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh keliling, bermula dari penjuru Hajarul Aswad dan berakhir di tempat yang sama.

1. Suci dari hadas pada pakaian/badan/tempat tawaf

2. Menutup aurat

3. Bermula dari sudut HajarulAswad dan niat tawaf

4. Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke depan

5. Bertujuan tawaf

6. 7 kali pusingan

7. Dilakukan dalam Masjidil Haram

4

SAEI

berulang alik antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali

1. Dilakukan selepas TawafRukun/Qudum

2. Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah

3. Berniat semata-mata Sie kerana Allah

4. Cukup 7 kali dengan yakin dan dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali dari Marwah ke Safa

5. Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Safa dan Marwah

5

BERCUKUR

menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut

Dilakukan selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah

6

TERTIB

- semua rukun haji kena itu susunan.

*Ulangi Bacaan, Hafalan dan soal jawab antara satu sama lain, insya Allah anda boleh mengingatinya.

PERKARA WAJIB HAJI


BIL

PERKARA

MAKNA

MASA/BHG

SYARAT

1

NIAT IHRAM DI MIQAT

Masa dan tempat untuk berniat

1. Masa : 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar subuh 10 Zulhijjah

2. Tempat : sempadan tempat utk berniat

2

BERMALAM DI MUZDALIFAH

Ú Berada di Muzdalifah selepas separuh malam ke 10 Zulhijjah iaitu selepas waktu wukuf di Arafah dan sebelum terbit fajar.

ü MALAM 10 ZULHIJJAH

3

MELONTAR JAMRAH AL-AQABAH

Membuat lontaran sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu satu persatu masuk ke dalam takungan Jamrah dengan yakin.

Ú Selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbit fajar 13 Zulhijjah

4

BERMALAM DI MINA

Iaitu bermalam di Mina pada hari Tasyrik , 11 , 12 dan 13 Zulhijjah.

- Memadai tinggal pada sebahagian besar setiap malam tersebut.

Malam 11 , 12 dan 13 Zulhijjah.

5

MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH

Iaitu melontar 3 jumrah dengan 7 biji anak batu

1. Jumratul Ula

2. Jumratul Wusta

3. Jumratu ‘Aqabah

Waktu melontar selepas gelincir matahari pada hari Tasyrik hingga terbit fajar kecuali pada 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari.

1. Melontar 7 biji batu pada taip-tiap jamrah.

2. Dengan tertib

3. Dengan tujuan melontar

4. Melontar dgn batu atau jenisnya.

5. Masuk ke dalam jamrah dengan yakin.

6. Dengan gaya melontar

6

MENINGGAL KAN LARANGAN IHRAM

1. Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki

2. Menutup kepala bagi lelaki

3. Menutup muka dan 2 tapak tangan bagi wanita

4. Memakai wangi-wangian pada tubuh dan pakaian

5. Memakai minyak rambut

6. Memotong kuku

7. Memotong rambut atau mencabut bulu pada badan

8. Berburu binatang buruan darat

9. Memotong atau mencabut tumbuhan di Tanah Haram

10. Bernikah atau menikahkan

11. Bercumbuan hingga menaikkan nafsu

12. Bersetubuh

HIKMAT

1. Manusia adalah sama sahaja di sisi Allah

2. Menguji keimanan dan kesabaran manusia dalam melakukan ibadat kepada Allah

3. Melupakan manusia kepada perkara keduniaan

4. dapat menumpukan perhatian kepada ibadat haji

5. melatih umat Islam supaya berdisiplin dalam melakukan ibadat

· Gunakan pen merah untuk mengaris isi- isi penting

DAM DAN BAHAGIANNYA

ü denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara wajib haji atau umrah , atau melakukan perkara yang dilarang semasa ihram.

JENIS

KESALAHAN

DAM

DAM TERTIB DAN TAKDIL

KESALAHAN 1

Melakukan persetubuhan sebelum tahallul awal

DENDA 1

1. menyembelih seekor unta atau

2. menyembelih seekor lembu atau

3. menyembelih 7 ekor kambing atau

4. membeli makanan dengan nilai seekor unta dan diberikan kepada fakir miskin di Mekah atau

5. berpuasa mengikut jumlah bilangan cupak makanan yang dibeli dengan nilai harga seekor unta

KESALAHAN 2

Dikepung atau ditahan sebelum masuk ke Mekah

DENDA 2

1. menyembelih seekor kambing atau

2. membeli makanan dengan nilai harga seekor kambing dan disedekahkan kepada fakir miskin atau

3. berpuasa mengikut bilangan hari berdasarkan bilangan cupak makanan dengan nilai harga seekor kambing

DAM TERTIB DAN TAKDIR

1. Ihram Tamattuk , ihram Qiran

2. Tidak wukuf di Arafah

3. Meninggalkan perkara wajib haji

4. tidak melakukan tawaf Wida’

1. menyembelih seekor kambing atau

2. berpuasa selama 10 hari , 3 hari di Mekah dan 7 hari di kampung

DAM TAKHYIR DAN TAKDIL

1. memburu dan mengusir binatang buruan darat yang halal

2. memotong, menebang atau mencabut pokok di Mekah

1. menyembelih binatang yang sama nilainya dengan binatang yang diburu

2. memberi sedekah makanan kepada fakir miskin mengikut nilai binatang yang disembelih

3. berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dibeli berdasarkan nilai binatang sembelihan

DAM TAKHYIR DAN TAKDIR

1. mencabut rambut atau bulu pada tubuh

2. memotong kuku

3. memakai pakaian yang dilarang ketika ihram

4. memakai minyak rambut

5. memakai bau bauan

6. bercumbuan dengan isteri

7. melakukan persetubuhan kali kedua

8. melakukan persetubuhan selepas tahallul pertama

Boleh memilih satu daripada berikut :

menyembelih seekor kambing

bersedekah 2 cupak setiap seorang kepada 6 fakir miskin

berpuasa selama 3 hari

JENIS HAJI

JENIS

IFRAD

TAMATTUK

QIRAN

MAKNA

Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan.

ü @ buat umrah sebelum bulan haji atau

ü @ buat haji dahulu diikuti umrah

ü Mengerjakan umrah dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan haji pada bulan yang sama.

Mengerjakan haji dan umrah secara serentak

KELEBIHAN

1. Lebih afdhal kerana jemaah haji mengambil

2. masa yang panjang untuk mengerjakan haji.

3. Tidak dikenakan dam

1. memberi kelapangan dan keselesaan kepada jemaah mengerjakan haji

2. boleh meninggalkan ihram umrah tetapi dikenakan dam

1. memberi kesenangan dan kemudahan kepada jemaah haji.

2. mengambil masa yang singkat

KELEMAHAN

-

dikenakan dam

dikenakan dam

3 comments:

  1. salam..terima kasih atas perkongsian ilmu..saya minta izin ambi bahan ini..semoga ianya memberikan manfaat..

    ReplyDelete
  2. thankyou for this notes its very nice and simple

    ReplyDelete
  3. Saya minta izin untuk copy..
    Terima kasih

    ReplyDelete