Pages

Friday, September 21, 2012

SOALAN PERBEZAAN - TAJUK-TAJUK TINGKATAN 3



Berikut ialah jawapan berkaitan soalan-soalan perbezaan yang biasanya ditanya dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan sebagai nota kad yang boleh dibaca ketika menunggu bas, bersoal jawab dengan rakan, kuiz dalam kelas dan sebagainya. Selamat mengulangkaji.

TILAWAH TING 3: MEYAKINI HARI KEBANGKITAN
Perbezaan Orang Yang Bersyukur Dan Tidak Bersyukur
Orang Yang Bersyukur
Orang Yang Tidak Bersyukur
Rajin dan ikhlas melakukan ibadat.
Malas dan berpura-pura beribadat
Berusaha memajukan diri, masyarakat dan Negara.
Kurang berusaha memajukan diri, masyarakat dan Negara.
Sabar menghadapi musibah
Tidak sabar dan mengeluh apabila ditimpa musibah
Redha walaupun menerima nikmat yang sedikit.
Tamak walaupun menerima nikmat yang banyak.

TILAWAH : TAJUK 3: MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH

Perbezaan Penggunaan Nikmat Pancaindera Antara Manusia Dengan Binatang
Manusia
Binatang
Dapat berfikir dan memahami
Tidak tahu berfikir
Ditugaskan beriman dan menjadi khalifah
Hidup berpandukan tabiat semulajadi
Dapat melakukan perubahan demi perubahan dengan akal yang ada
Kehidupan yang sama dari zaman dahulu sehingga kini

TILAWAH : TAJUK 4: MENGINGATI ALLAH MENENANGKAN HATI
Perbezaan Antara Ibadat Manusia Dengan Malaikat

Ibadat Manusia
Ibadat Malaikat
Ada kalanya bertambah dan berkurang.
Tidak bertambah dan tidak berkurang.
Konsentrasi manusia beribadat berubah-ubah mengikut tahap keimanan.
Konsentrasi malaikat tetap kepada Allah dan tidak berubah.
Sebagai tanda ketaatan dan ujian.
Sebagai tanda ketaatan dan kebesaran Allah.

AKIDAH : BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Perkara
Nabi
Rasul
Pengertian dari segi bahasa
Orang yang membawa berita ghaib
Utusan kepada sesuatu tempat
Pengertian dari segi istilah
Lelaki pilihan Allah, dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan dirinya sendiri, tetapi tidak diperintah menyampaikan risalah kepada orang lain.
Lelaki pilihan Allah yang dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan dirinya sendiri, dan diperintah menyampaikan risalah kepada umatnya.
(PMR 2004)
Bilangan
Ramai, tetapi tidak dapat dipastikan jumlahnya.
Yang wajib diketahui 25 orang
Kitab/
suhuf
Sebahagian menerima suhuf sahaja
Sebahagian menerima suhuf dan kitab


Tugas
-Tidak ditugaskan
 menyampaikan 
 wahyu Allah.

- Tidak ditentukan
   umat
   pimpinannya.
- Ditugaskan
  menyampaikan
  wahyu Allah.

- Mempunyai umat
   yang dipimpin.

PERBEZAAN ANTARA PAHALA DAN DOSA

PAHALA
DOSA
Ganjaran kebaikan
Balasan kejahatan
Pelakunya mendapat nikmat syurga
Pelakunya mendapat azab neraka
Tidak terhad banyaknya
Hukuman setimpal dengan dosa yang dilakukan
Mendapat pahala apabila berniat melakukan sesuatu kebaikan walaupun belum melakukannya.
Tidak mendapat dosa apabila berniat melakukan kejahatan sehinggalah melakukannya.
Tanda rahmat Allah kepada manusia.
Tanda keadilan Allah kepada manusia.

Perbezaan Keadaan Di Mahsyar
Golongan Anbia’, Aulia’ dan Solihin
Golongan Kafir, Munafik, Fasik, dan ‘Asi.

Golongan ini tidak mengalami sebarang kesusahan dan kesengsaraan di mahsyar.  Mereka berada dalam keadaan selesa dan tenang.

Mereka berada dalam keadaan cemas, gelisah, dan menanggung pelbagai penderitaan sementara menunggu perbicaraan.  Ada yang berasa panas seolah-olah matahari berada sejengkal di atas kepala atau lebih dahsyat daripada  itu.


PERBEZAAN KONSEP AL-MIZAN DI AKHIRAT DENGAN PERTIMBANGAN DI DUNIA

Al-Mizan Di Akhirat
Pertimbangan  Di Dunia
Menyeluruh, adil dan telus.
Terbatas dan tidak terjamin ketepatannya.
Dilaksanakan tanpa dipengaruhi emosi atau diskriminasi.
Terdedah kepada pengaruh emosi dan diskriminasi.
Tetap dan tegas.
Boleh berubah-ubah.
Berdasarkan zahir dan batin.
Berdasarkan zahir sahaja.

PERBEZAAN QADA’ DAN QADAR

Qada’
Qadar
  • Dari segi bahasa: Hukum, ketentuan dan penyempurnaan sesuatu perkara.
  • Dari segi syarak: Ketentuan Allah yang azali terhadap semua makhluk.

  • Contohnya: Ketentuan Allah sejak azali bahawa manusia akan diciptakan untuk mendiami bumi.

  • Dari segi bahasa:  Menentukan qadar sesuatu perkara mengikut qadar yang tertentu.
  • Dari segi syarak:  Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yang azali.
  • Contohnya:  Allah mencipta manusia yang telah mendiami bumi.


PERBEZAAN QADA’ MUBRAM DAN  QADA’ MUALLAQ

Qada’ Mubram
Qada’ Muallaq
  • Maksudnya sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dan tidak berubah.
  • Contohnya: Kelahiran, kematian dan kejadian siang dan malam.

  • Maksudnya ketentuan Allah terhadap sesuatu sesuai dengan usaha dan ikhtiar manusia.
  • Contohnya:  Kejayaan manusia bergantung kepada usaha dan ketekunan namun hasilnya tidak dapat diketahui sebelum ia berlaku.


 Selamat Mengulangkaji, Disiplinkan Diri Anda Jika Anda Ingin Berjaya

No comments:

Post a Comment