Pages

Friday, September 21, 2012

FOKUS ISTILAH PENTING AKIDAH TINGKATAN 3



Kepada calon PMR, ustaz harap anda semua telah bersedia untuk menhadapi ‘peperangan’ yang bakal menjelang kurang 10 hari lagi. Di bawah ini , sedikit nota istilah akidah tingkatan 3. Kegunaannya untuk bersoal jawab sesama rakan jika ada masa terluang.  10 istilah sehari pun dah ok, sekurang-kurangnya sela masa lima minit sebelum guru masuk kelas boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
 

TAJUK : BERIMAN KEPADA RASUL

ISTILAH
MAKSUD
Nabi
Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah yang diturunkan wahyu kepadanya untuk diamalkan olah dirinya sahaja dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umatnya.

Rasul
Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah yang diturunkan Wahyu kepadanya untuk diamalkan olah dirinya dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umatnya.

Rasul Ulul Azmi
Nabi-nabi yang tabah dan cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar menempuhi pelbagai ujian dan cubaan dalam menegakkan agama Allah.

Maksum/
Ismaturrasul
Terpelihara daripada melakukan dosa dan kesalahan.
Mukjizat

Perkara yang diluar logik pemikiran manusia/ kejadian luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada nabi/rasulNya.

Mukjizat Hissi

Mukjizat yang hanya dapat dirasai dengan pancaindera.

Mukjizat Maknawi

Mukjizat yang diketahui keluarbiasaanya biasanya menggunakan kekuatan akal fikiran. Contoh :al -Quran

Karamah / keramat  (كرامة)
Perkara luar biasa dikurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya yang soleh.
Contoh: Karamah yang berlaku kepada Ashabul-Kahfi.

Irhas (ارهاس)
Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang yang bakal dilantik menjadi rasul untuk menarik perhatian orang ramai kepada mereka.  
(PMR 2004)
Contoh: Nabi Isa boleh bercakap ketika masih bayi.

Ma’unah (معونة)
Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang biasa yang beriman sebagai pertolongan Allah kepada mereka.
Contoh: Seseorang yang terselamat daripada bahaya maut.

Istidraj (استدراج)
Perkara luar biasa yang berlaku kepada manusia yang mengingkari Allah seperti orang fasik dan kafir.
Contoh: Seseorang yang diberikan nikmat yang melimpah ruah dan ditangguhkan pembalasan oleh Allah. Keadaan ini menyebabkan mereka lupa daratan, sombong dan menyangka berada di pihak yang benar.

Sihir (سيحير)
Perkara luar biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja yang mempelajarinya kerana didorong hawa nafsu untuk melakukan kejahatan. Sihir berlaku dengan bantuan jin dan syaitan.  Ia boleh ditandingi dan dikalahkan oleh orang yang mengetahui cara-caranya.  
(PMR 2004)
Contoh: Sihir pukau atau santau yang diamalkan oleh sesetengah dukun


TAJUK : BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

ISTILAH
MAKSUD
Kiamat
Hari berlakunya kehancuran seluruh alam dan diikuti dengan manusia dibangkitkan semula.

Mati
Mati ialah proses perpindahan daripada kehidupan di alam dunia ke alam barzakh.

Alam barzakh
Suatu kehidupan di antara kehidupan di dunia dan di akhirat.
Kiamat Kubra (besar)

Hari kehancuran   alam.
Kiamat sughra  (kecil)

Kematian.
Pahala
ganjaran baik yang disediakan Allah untuk hamba-hamba yang mematuhi perintahnya.

Dosa
balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada  hamba-Nya yang tidak mematuhi perintah atau melanggar larangan-Nya.

Dosa kecil
Perbuatan maksiat yang tidak ditentukan hukuman di dunia oleh al-Quran atau hadis, dan tidak diberi ancaman azab di akhirat.  Contohnya tidak mengurus diri, membuang sampah di tempat awam,

Dosa besar
Perbuatan maksiat yang ditentukan hukuman di dunia oleh al-Quran atau hadis, dan diberi ancaman azab di akhirat. Contohnya: Berzina,

Mahsyar

Tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan semula.

Syafaat
Permohonan kepada Allah oleh para nabi dan orang-orang soleh untuk umat dan orang yang diizinkan mendapat syafaat.


Syafaat Uzma / Syafaat Kubra
Syafaat Nabi Muhammad s.a.w untuk mempercepatkan hisab amalan manusia.

Al-Hisab

Perhitungan amalan manusia di dunia sama ada baik atau jahat

Al-Mizan
neraca atau penimbang amalan manusia di akhirat.
As-Sirat
Titian yang merentang di atas neraka menuju ke syurga.
Syurga
Suatu tempat yang dipenuhi dengan nikmat yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh
Neraka
Tempat balasan siksa yang disediakan Allah kepada orang kafir dan orang Islam yang melakukan dosa.

Hari akhirat
Alam yang kekal abadi sesudah hari kiamat.  Ia merupakan alam baru yang diwujudkan oleh Allah selepas kebangkitan semula manusia.

Qada’
Ketentuan Allah yang azali terhadap semua makhluk.
Qadar
Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yang azali.
Qada’ Mubram

Maksudnya sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dan tidak berubah.
  • Contohnya: Kelahiran, kematian dan kejadian siang dan malam.

Qada’ Muallaq

Ketentuan Allah terhadap sesuatu sesuai dengan usaha dan ikhtiar manusia.
Contohnya:  Kejayaan manusia bergantung kepada usaha dan ketekunan
Ikhtiar
Usaha manusia untuk melakukan sesuatu mengikut kehendakNya bagi mencapai matlamat.

Tawakal
Berserah kepada Allah s.w.t. setelah berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh.
Af ‘alul- Ibad
( ﺍﻠﻌﺑﺎﺪ ﺍﻔﻌﺎﻞ )
Perbuatan-perbuatan manusia
-          Terbahagi kepada dua iaitu Af ‘alul ikhtiariyyah ( ﺍﺨﺘﻴﺎﺮﻴﻪ ﺍﻔﻌﺎﻞ ) dan Af ‘alul  idtiroriyyah (ﺍﺿﻁﺮﺍﺮﻴﻪ ﺍﻔﻌﺎﻞ )
Af ‘alul ikhtiariyyah
 ( ﺍﺨﺘﻴﺎﺮﻴﻪ ﺍﻔﻌﺎﻞ )
Perbuatan-perbuatan yang lahir daripada kehendak dan usaha manusia sendiri. 
-          Contohnya menunaikan solat atau belajar.

Af ‘alul  idtiroriyyah (ﺍﺿﻁﺮﺍﺮﻴﻪ ﺍﻔﻌﺎﻞ )
Perbuatan-perbuatan yang lahir bukan daripada kehendak dan usaha manusia.
-          Contohnya menggigil kerana demam


2 comments: