Pages

Sunday, September 23, 2012

FOKUS AKIDAH TING 2- BERIMAN KEPADA ASMAA ' ULHUSNA



SOALAN PERBEZAAN TENTANG ASMAA’ ULHUSNA (NAMA-NAMA ALLAH YANG INDAH)

NAMA ALLAH
MAKNA
KESAN BERIMAN
AMALAN BERTENTANGAN
Al Wahid
Allah SWT Maha Esa.
1.     bebas daripada amalan syirik dan khurafat;
2.     reda dengan ketentuan Allah SWT;
3.     yakin dengan pembalasan Allah SWT di akhirat.

1.     melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah SWT;
2.     melakukan perkara syirik kepada Allah SWT;
3.     melaksanakan undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Ar Rahman
Allah SWT Maha Pemurah
1.     lahir individu yang bersifat pemurah kepada orang lain;
2.     sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kurniaan Nya;
3.     sentiasa merendah diri walaupun memiliki kekayaan kerana yakin semuanya adalah kurniaan Allah SWT.

1.     kedekut atau bakhil kepada orang miskin;
2.     bersifat kejam terhadap makhluk Allah SWT;
3.     (c)    percaya kekayaan adalah hasil usaha diri sendiri, bukannya daripada Allah
Ar Rahim
Allah SWT Maha Penyayang
1.    bersyukur kepada Allah SWT dengan bertasbih, bertahmid dan takbir atas nikmat yang dikurniakan;
2.    menggunakan nikmat Allah SWT pada jalan kebaikan;
3.    mempertingkatkan ibadat dan amal kebajikan kepada Allah SWT.

1.     bersifat bakhil kepada orang miskin;
2.     suka bergaduh dan bersifat bengis terhadap orang lain;
3.     menganiaya binatang dan merosakkan tumbuh-tumbuhan.

Al Hakim
Allah SWT Maha Bijaksana
1.     bersyukur dengan kejadian Allah SWT yang sempurna;
2.     bijak menguruskan sesuatu kerja yang diamanahkan;
3.     menggunakan akal fikiran untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara.

1.     menggunakan akal untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan;
2.     tidak berusaha untuk membuat perubahan kea rah kemajuan diri;
3.     banyak berkhayal dan berangan-angan daripada berusaha.

Al Alim
Allah SWT Maha Mengetahui
1.     melahirkan individu yang amanah dan jujur dalam melakukan sesuatu perkara;
2.     melahirkan ilmuan yang merendah diri kepada Allah SWT;
3.     melahirkan individu yang berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin untuk menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat.

1.     tidak berminat untuk belajar;
2.     bersifat sombong dan takbur apabila memiliki ilmu:
3.     memandang ringan terhadap dosa yang dilakukan;
4.     tidak suka memberi sumbangan ilmu yang dimiliki kepada orang lain.

Al Adl
Allah SWT Maha Adil
1.     mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT dalam hidup;
2.     perpaduan dan semangat kerjasama dapat diwujudkan dalam masyarakat;
3.     lahir pakar-pakar yang berdaya saing dalam pelbagai bidang kemahiran.

1.     Tidak berlaku adil dalam tindakan
2.     Mengambil hak orang lain dengan cara yang tidak betul.
3.     Pilih kasih dalam menetapkan sesuatu perkara

- Kebiasaannya akan keluar satu soalan daripada nama-nama Allah SWT, tetapi tidak semestinya. Selamat mengulangkaji. 

No comments:

Post a Comment