Pages

Sunday, September 23, 2012

FOKUS AKIDAH TING 2:- ASMAA' ULHUSNA



PERBEZAAN SIFAT ALLAH DENGAN MANUSIA

Perbezaan antara dengan sifat Maha Pemurah Allah SWT dengan sifat pemurah manusia:

Sifat Maha Pemurah Allah SWT
Sifat pemurah manusia:
1.     tidak terbatas kerana kekayaan Allah SWT adalah mutlak;
2.    memberi sesuatu tanpa mendapat manfaat, tetapi untuk menguji keimanan manusia.

1.     terbatas kerana manusia tidak memiliki kekayaan yang mutlak;
2.    memberikan sesuatu untuk mendapatkan manfaat atau ganjaran.


* Perbezaan antara sifat Ar Rahman dengan Ar Rahim:

sifat Ar Rahman
sifat Ar Rahim
1.     untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam
2.    untuk nikmat di dunia saja seperti kesihatan, pangkat, harta kekayaan dan sebagainya.

1.     khusus untuk orang yang beriman saja;

2.    untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperti nikmat Islam, iman, pahala, syurga dan sebagainya.


Perbezaan antara ilmu Allah SWT dengan ilmu manusia:

Ilmu Allah SWT
Ilmu manusia
1.     ilmu Allah SWT meliputi semua perkara sama ada di langit atau di bumi;
2.    Allah SWT mengetahui perkara yang nyata dan perkara yang ghaib;

1.     ilmu manusia adalah terbatas, iaitu mereka mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka saja;
2.    manusia hanya mengetahui perkara yang nyata saja serta tidak mampu menjangkau perkara yang ghaib seperti alam barzakh.

No comments:

Post a Comment