Pages

Monday, October 11, 2010

ISTILAH-ISTILAH DALAM BAB AQIDAH TINGKATAN 4


BIL
ISTILAH

MAKSUD / PENGERTIAN

1
Iman
Membenarkan di hati, berikrar dengani lidah dan mengamalkan dengan anggota badan
2
Syirik
Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’al.
3
Kufur
Orang yang mengingkari prinsip aqidah dalam al-Quran dan Hadis / orang yang tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhamad
4
Riddah
Berpaling/ keluar daripada agama Islam
5
Khurafat
Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam.
6
Sihir
Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan / jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia
7
Nifak
Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah s.w.t
8
Dosa
Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhan-Nya
9
‘Asi
Orang yang melanggar hukum Allah
10
Dosa besar
Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat
11
Dosa kecil
Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat
12
Menipu dan berbohong
Melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain
13
Mencuri
Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin.
14
Merompak
Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin.
15
Riba
Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang
16
Anak yatim
Kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
17
Harta anak yatim
Harta yang diperolehi melalui pusaka , wasiat dan hadiah
18
Perang jihad
Peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam
19
Mengumpat
Mengatakan atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya
20
Memfitnah
Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
21
Arak
Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam.
22
Dadah
Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikiran
23
Zina
Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah
24
Muhsan
Penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah.
25
Ghairu Muhsan
Penzina yang belum berkahwin
26
Qazaf
Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil
27
Liwat
Hubungan jenis antara lelaki dengan lelaki
28
Musahaqah
Hubungan jenis perempuan dengna perempuan
29
Membunuh diri
Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri.
30
Taubat
Kembali semua taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah dan larangan-Nya

No comments:

Post a Comment