BIL | ISTILAH | MAKSUD / PENGERTIAN |
1. | Iman | Membenarkan di hati, berikrar dengani lidah dan mengamalkan dengan anggota badan |
2 | Ahli Sunnnah waljamaah | Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bid’ah, Mereka juga dinamakan dengan Ahli al-Sunnah wal Jamaah, al-Salaful Salih dan Ahli al-Hadis |
3 | Syiah | Kumpulan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. |
4 | Al-Khawarij | Kumpulan yang menyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah b. Abi Sufian tetapi tidak menerima Majlis Tahkim |
5 | Kafir | Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis |
6 | Musyrik | Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah pada zat sifat atau perbuatan |
7 | Munafik | Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran di dalam hati |
8 | Fasiq | Orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasulnya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil |
9 | Murtad | Orang yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan perkataan perbuatan atau iktikad. |
10 | Mulhid | Orang yang tidak beragama |
11 | Ajaran sesat | Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah. |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment