Pages

TEKNIK MENJAWAB PMR


PENGENALAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM PENILAIAN MENENGAH RENDAH (P.M.R.)

1. Pastikan murid menerima kertas soalan Pendidikan Islam P.M.R. kod kertas
    45/1.

2. Masa menjawab selama 2 jam.

3. Baca arahan dengan teliti.

4. Kertas soalan mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B.

5. Calon hendaklah menjawab satu soalan sahaja daripada soalan Bahagian A.
    (Pilih antara Soalan 1 atau 2)

6. Semua soalan Bahagian B wajib dijawab.

7. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan.

8. Jawapan boleh menggunakan tulisan jawi atau rumi.

9. Pengurusan masa
           
            Soalan 1 atau 2        - 20 minit.
            Soalan 3                    - 20 minit
            Soalan 4                    - 20 minit
            Soalan 5                    - 20 minit
            Soalan 6                    - 20 minit

-       Peruntukan masa 20 minit untuk membaca arahan soalan dan menyemak 
      semula jawapan anda.


TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN PENDIDIKAN ISLAM PMR


(A) JENIS-JENIS SOALAN


ARAS RENDAH

Soalan yang memerlukan jawapan berbentuk pengetahuan atau fakta.

Contoh:

  1. Senaraikan empat rukun wudhu’.

  1. Nyatakan pengertian malaikat.

  1. Namakan empat malaikat berserta tugas masing-masing.


ARAS SEDERHANA

Soalan yang memerlukan jawapan berbentuk pemahaman

Contoh:

  1. Jelaskan dua syarat sah solat qasar.

  1. Jelaskan dua kelebihan orang yang berilmu.

  1. Jelaskan dua pengorbanan Muhajirin dan Ansar dalam peristiwa Hijrah.


ARAS TINGGI

Soalan yang memerlukan kemahiran berfikir.

Contoh:

  1. Cadangkan dua langkah untuk mewujudkan perpaduan di kawasan tempat tinggal anda.

  1. Nyatakan hukum bagi situsi berikut.
    1. Ahmad menunaikan solat Isya’ dengan tayammum solat Maghrib.
    2. Rahim berwudhu’ tanpa memasukkan air ke dalam hidungnya.

  1. Terangkan dua kesan beriman kepada rasul.

  1. Jelaskan tiga faedah berfikir tentang keindahan alam ini.

  1. Huraikan proses kejadian hujan menurut al-Quran.

  1. Kawan-kawan anda datang ke rumah anda pada cuti persekolahan. Bagaimanakah anda melayani mereka.

  1. Jelaskan perbezaan di antara solat Jumaat dan Solat Hari Raya.

  1. Keruntuhan akhlak remaja Islam semakin membimbangkan. Apakah implikasi daripada gejala di atas terhadap masyarakat Islam masa kini.


(B) KATA KUNCI SOALAN DAN CARA MENJAWAB.

·         Pengetahuan
§  Apakah
§  Nyatakan
§  Namakan
§  Senaraikan.
§  Berikan.
§  Siapakah.


·         Pemahaman
§  Jelaskan
§  Terangkan
§  Susunkan (Hafazan)
§  Berikan ciri.
§  Perbandingan.
§  Mengapakah.


·         Aplikasi
§  Cadangkan
§  Berikan langkah-langkah
§  Nyatakan faktor-faktor.
§  Jelaskan akibat.
§  Gambaran masa depan.
§  Banding beza.
§  Berikan pendapat/ hujah/ bukti

·         Analisis
§  Tiada

(C) CARA MENJAWAB

1.  Bagi soalan yang kata kuncinya:
- Apakah / nyatakan / namakan / senaraikan / berikan / siapakah.
- Jawapan adalah berbentuk fakta.

Contoh:

                  i.    Senaraikan empat rukun wudhu’.

Jawapan:       Empat rukun wudhu’:
a.       Niat
b.       Membasuh muka.
c.       Membasuh tangan hingga ke siku.
d.      Menyapu air di kepala.

                ii.    Apakah gelaran Saidatina Aisyah r.a.

Jawapan:       Gelaran Saidatina Aisyah r.a. ialah al-Humaira’

               iii.    Nyatakan nama empat sahabat yang digelar Khulafa’ Al-Rasyidin.

Jawapan:       Sahabat yang digelar Khulafa’ al-Rasyidin.
a.    Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.
b.    Saidina Umar al-Khatab r.a.
c.    Saidina Uthman bin Affan r.a.
d.    Saidina Ali bin Abi Talib r.a.


2.  Bagi soalan yang kata kuncinya:
- Jelaskan / terangkan / susunkan / berikan ciri / bandingkan.
- Jawapan adalah berbentuk fakta yang memerlukan penerangan yang   
   ringkas.

Contoh:

i.      Jelaskan dua syarat sah solat Qasar.

Jawapan:       Dua syarat sah solat Qasar ialah:
a.     Perjalanan lebih dua marhalah.
b.     Musafir dengan tujuan baik.
c.      Solat yang empat rakaat sahaja.
ii.    Terangkan dua pengorbanan Muhajirin dan Ansar dalam peristiwa Hijrah.

Jawapan:


MUHAJIRIN


ANSAR
Sanggup meninggalkan kaum keluarga, harta benda dan tanahair
Sanggup memberi bantuan harta, jiwa raga dan tenaga untuk Islam


iii.   Terangkan dua cara bagi bagi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T.

Jawapan:       Dua cara bagi melahirkan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T:
a.    Amali        - Menggunakan nikmat dengan baik dan  
        bermanfaat.
b.    Lisan        - Memuji Allah S.W.T. seperti ucapan alhamdulillah.
c.    Hati           - Meyakini bahawa nikmat yang diterima
                        kurniaan Allah S.W.T. yang akan disoal pada hari  
                        akhirat.

3.  Bagi soalan yang kata kuncinya:
- Cadangkan / berikan / nyatakan langkah / jelaskan faktor /
   terangkan akibat / banding beza / berikan pendapat / kemukakan
   hujah / terangkan bukti / nyatakan hukum dan alasan / nyatakan
   situasi.
- Jawapan memerlukan penerangan / idea baru / bukti / hujah yang
   kukuh atau menjelaskan cara penyelesaian sesuatu masalah /
   situasi / hukum.

Contoh:

i.      Nyatakan hukum bagi situasi berikut :

a.    Kamal solat fardhu Subuh tetapi tidak yakin masuk waktu.

Jawapan:             Hukum: Tidak sah

b.    Khatib membaca khutbah tanpa berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.

Jawapan:             Hukum: Tidak sah


ii.    Nyatakan istilah bagi setiap ibadah dalam situasi berikut:


Karim yang uzur akibat kemalangan mendirikan solat Jumaat dengan duduk di atas kerusi.

Jawapan:             Solat sakit secara duduk.

iii.   Saidatina Aisyah r.a. adalah wanita contoh kepada kaum muslimah untuk kejayaan dunia dan akhirat.
                Senaraikan perkara yang wajib diteladani daripadanya.
                 
                  Jawapan:             Perkara yang wajib diteladani daripada Saidatina                                                         Aisyah r.a
                                                a. Isteri yang solehah.
b. Muslimah yang taat kepada Allah S.W.T.
   c. Ibu tiri yang baik.


iv.   Azman suka bercakap bohong, menipu, membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan malas menunaikan solat.
                Mengapakah anda perlu menjauhi rakan yang bersikap demikian.

     Jawapan:  Kita perlu menjauhi rakan yang bersikap demikian                            kerana
                                    a. Mengelak terpengaruh dengan akhlak buruk.
b. Rakan tersebut akan mendorong perkara buruk
    atau tidak baik.
c. Rakan tersebut lebih mementingkan diri sendiri.

v.    Terangkan dua bukti Khalid al-Walid adalah seorang pejuang yang sejati.

Jawapan:             Dua bukti Khalid al-Walid adalah seorang pejuang
                           yang sejati.
a.      Selepas memeluk Islam, sentiasa memimpin tentera Islam menghadapi musuh.
b.      Menerima arahan Khalifah Saidina Umar r.a. untuk meletak jawatan sebagai panglima perang dengan hati terbuka.
c.       Merasa rendah diri apabila tidak dapat mati syahid.


TEKNIK UNTUK MENDAPAT MARKAH YANG BAIK


(A) CARA PENULISAN JAWAPAN

1. Jawapan hendaklah menepati kehendak soalan.

Contoh:

Nyatakan dua syarat beristinjak dengan menggunakan benda kesat.
[4 markah]

Jawapan:          a. Alat yang digunakan mestilah suci, iaitu bersih dan kering.
                           b. Najis belum kering.
                           c. Najis yang keluar tidak meleleh. [2X2m=4m]

2. Jawapan hendaklah berdasarkan pada markah yang disediakan.

Contoh:

1. Nyatakan maksud as-Samiyat. [2 markah]
2. Jelaskan kepentingan takbir hari raya. [4 markah]
3. Senaraikan empat golongan asnaf yang berhak menerima zakat. [4 markah]
4. Terangkan dua kesan beriman kepada hari kiamat. [4 markah]

3. Jawapan bagi soalan perbezaan/ perbandingan, murid digalakkan
    menulis jawapan dengan membuat jadual.
                                                                                   
Contoh:

Jelaskan dua perbezaan antara malaikat dengan manusia. [4 markah]

Jawapan:         

Malaikat
Manusia
Dijadikan daripada cahaya.
Dijadikan daripada tanah.
Tidak berjisim
Berjisim

4. Menulis jawapan hendaklah mengikut keutamaan mengenai fakta
    khususnya fakta tentang syarat wajib dan rukun.

Contoh:

i. Nyatakan empat kewajipan orang Islam ke atas jenazah. [4 markah]

Jawapan:          Empat kewajipan orang Islam ke atas jenazah
                      a. Memandikan.
                      b. Mengkafankan.
                      c. Menyembahyangkan.
                      d. Mengkebumikan.

ii. Senaraikan empat rukun solat jenazah.

Jawapan:          Empat rukun solat jenazah
                      a. Niat.
                   b. Berdiri bagi yang berkuasa.
                   c. Empat kali takbir.
                   d. Membaca surah al-Fatihah.




(B) PEMILIHAN SOALAN

1. Baca dan hayati kehendak semua soalan.

2. Pilih soalan dan rangka jawapan.

3. Gariskan kata tugas di setiap soalan supaya jawapan tidak terpesong.

4. Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu, sebelum bertukar soalan
    yang susah.

5. Jawab semua soalan yang diminta, semak sebelum menghantar buku
     jawapan.

(C) PEMAHAMAN KEHENDAK SOALAN

1. Baca dan fahami kata tugas dan fakta soalan. Gariskan kata tugas/ kata
    kunci soalan supaya tidak terpesong (gariskan).

Contoh:

Nyatakan  tiga hikmah menunaikan solat secara berjamaah.






 


Kata tugas                                            Fakta

2. Utamakan memberi jawapan mengenai perkara yang berkaitan dalam  
    kehidupan seharian. Kemudian, barulah memberikan jawapan yang  
    mempunyai kaitan dengan Allah S.W.T. atau hari akhirat.

Contoh:

Jelaskan dua hikmah puasa. [4 markah]

Jawapan:          a. Menjaga kesihatan tubuh badan.
                           b. Menbentuk disiplin diri.
                           c. Menanam sifat ikhlas/ jujur/ amanah.
                           d. Mendapat pahala/ dikasihi Allah S.W.T./ dirahmati/
                            diredhai/ mendapat hidayah.

3. Bagi soalan yang berbentuk respond terbuka (soalan umum), jawapan
    hendaklah dijawab meliputi semua aspek yang munasabah/ dikehendaki.

Contoh:

i. Terangkan cara bersyukur kepada Allah S.W.T.

Jawapan:          Cara bersyukur kepada Allah S.W.T. ialah:
                           a. Melalui lisan                     : membaca al-Quran/ zikir/
                                                                      mengucapkan alhamdulilah.
                           b. Melalui perbuatan           : mendirikan solat/ sedekah/  
                                                                      zakat/ mengajar ilmu.
                           c. Melalui hati                       : sabar/ qanaah/ zuhud/ redha/
                                                                      ikhlas.

ii. Nyatakan dua kesan negatif perpecahan terhadap umat Islam.

Jawapan:          Dua kesan negatif ialah:
a.    Masyarakat Islam menjadi kucar kacir/ mundur/ kacau bilau.
b.    Masyarakat Islam mudah dijajah oleh musuh Islam.
c.    Pembangunan sukar dilaksanakan dalam negara.

4. Bagi soalan yang berbentuk respon tertutup (soalan khusus) jawapan
    hendaklah berdasarkan aspek tertentu.

Contoh:

i. Nyatakan fokus perjuangan Rasulullah S.A.W. di Mekah.

Jawapan:          Fokus perjuangan Rasulullah S.A.W. di Mekah ialah:
a.    Membetulkan akidah masyarakat Mekah.
b.    Membaiki akhlak masyarakat.

ii. Nyatakan dua kepentingan fardhu kifayah kepada individu.

Jawapan:       Dua kepentingan fardhu kifayah kepada individu:
a.      Mahir dan pakar dalam sesuatu bidang ilmu dan kemahiran.
b.      Rajin dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan.
c.       Melahirkan individu Muslim yang berilmu dan beramal.
d.      Dapat membantu mempertingkatkan kemajuan diri ke tahap yang lebih tinggi.

5. Bagi soalan yang berbentuk hikmah, murid hendaklah memberi jawapan
    yang berupa kebaikan.

Contoh:

Jelaskan dua hikmah menghormati ibu bapa.

Jawapan:          Dua hikmah/ kelebihan/ kebaikan/ ganjaran menghormati ibu
                         bapa:
a.    Mendapat keredhaan/ rahmat/ keampunan Allah S.W.T.
b.    Dihormati dan dikasihi oleh manusia.
c.    Memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat.
d.    Jiwanya tenang/ tenteram/ disayangi ibu bapa.

6. Bagi soalan berbentuk kesan, jawapan hendaklah menerangkan hasil
    kebaikan/ keburukan daripada perbuatan/ tindakan yang dilakukan oleh
    seseorang.

Contoh:

Terangkan dua kesan amalan sedekah ke atas pemberi.

Jawapan:          Dua kesan amalan sedekah ke atas pemberi ialah:
a.    Melatih diri kepada sifat pemurah.
b.    Memberi motivasi kepada sifat suka membantu orang lain.
c.    Dimurahkan rezeki/ rezeki diberkati/ rezeki bertambah.

7. Bagi soalan berbentuk akibat/ memberi jawapan kesan buruk sahaja.

Contoh:

Terangkan dua akibat sekiranya anda gagal menguasai pelbagai bidang ilmu.

Jawapan:          Dua akibat sekiranya gagal menguasai pelbagai bidang ilmu.
a.    Tidak berjaya dalam kehidupan.
b.    Hidup tidak tenteram/ terumbang ambing.
c.    Dipandang hina oleh masyarakat.
                                                                                                          
8. Bagi soalan yang berbentuk faktor/ punca/ sebab ianya mempunyai
    maksud atau  jawapan yang sama.

Contoh:

i. Terangkan dua punca berlakunya keruntuhan moral dalam masyarakat
   Islam kini.

Jawapan:          Dua punca keruntuhan moral dalam masyarakat kini ialah:
a.    Iman yang lemah/ rapuh.
b.    Jahil ajaran agama/ cetek ilmu agama.
c.    Kurang penghayatan agama.
d.    Kurang perhatian daripada ibu bapa.
e.    Pengaruh rakan yang berakhlak buruk.

ii. Nyatakan dua sebab yang mewajibkan seseorang mandi wajib.

Jawapan:          Dua sebab yang mewajibkan seseorang mandi waib ialah:
a.    Haid
b.    Nifas
c.    Wiladah
d.    Bersetubuh
e.    Keluar air mani
f.     Mati selain mati syahid

iii. Nyatakan dua faktor kejayaan Saidina Abu Hurairah r.a  dalam
     periwayatan hadis.

Jawapan:          Dua faktor kejayaan Saidina Abu Hurairah r.a. dalam
                        periwayatan hadis:
a.    Rajin menghadiri majlis ilmu yang disampaikan.
b.    Ketekunan menyampaikan hadis yang dipelajari.
c.    Sentiasa mendampingi Rasulullah S.A.W.
d.    Keberkatan doa Rasulullah S.A.W.

9. Bagi soalan berbentuk ‘pengertian’. Bagi menjawab soalan ini murid
    hendaklah menerangkan dengan tepat sesuatu pengertian berdasarkan 
    istilah syarak.

Contoh:

Nyatakan pengertian puasa.

Jawapan:          Puasa ialah menahan diri daripada perkara yang  
                         membatalkan puasa / dari terbit fajar hingga terbenam
                         matahari / beserta niat.

10. Soalan berbentuk ‘huraikan’. Soalan tersebut memerlukan jawapan
      yang agak panjang.

Contoh:

Huraikan dua keadaan masyarakat Madinah sebelum Rasulullah S.A.W. membentuk negara Islam pertama.

Jawapan:          Dua keadaan tersebut ialah:
a.    Masyarakat hidup dalam keadaan kucar kacir.
b.    Hidup berpecah belah.
c.    Masyarakat sering bergaduh/ berperang sesama sendiri.
d.    Puak Yahudi selalu melaga-lagakan dan menimbulkan fitnah terhadap puak Arab.

11. Bagi soalan berbentuk cadangan/ cara/ langkah/ pendapat yang
      memerlukan murid  memberi idea baru bagi menyelesaikan masalah.

Contoh:

i. Adik perempuan anda yang berusia satu tahun terkencing di atas lantai.
   Terangkan cara menyuci najis tersebut.


Jawapan:          Cara menyucikan najis tersebut ialah lapkan najis terlebih
                         dahulu kemudian dibersihkan dengan air mutlak sehingga
                         hilang bau, warna dan rasa.

ii. Beri dua cadangan anda untuk menghapuskan gejala berjudi dikalangan
    umat Islam.

Jawapan:          Dua cadangan tersebut ialah:
a.    Melaporkan kepada pihak berkuasa.
b.    Menutup pusat-pusat hiburan/ perjudian.
c.    Mendenda/ mengambil tindakan undang-undang ke atas umat Islam yang berjudi.

12. Bagi soalan menjawikan teks. Jawapan hendaklah mengikut ejaan
      daftar jawi terkini dan tulisan dapat dibaca dan boleh difahami.
Contoh:

1. Tulis perkataan bergaris mengikut nombor dalam petikan di bawah menggunakan tulisan jawi.



      (1)                                                    (2)                           (3)
Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab

                                                                   (4)
terhadap orang yang berada di bawah pimpinannya.
                               
 

 
 

 

 

 

 

 Jawapan:

2. Tulis petikan di bawah menggunakan tulisan jawi.



Bersyukur ialah menyatakan rasa terima kasih kepada Allah atas segala

hikmat yang dikurniakan.
 
 







Jawapan.



13. Soalan berbentuk menyatakan hukum dan alasan.
  1. Hukum yang diberi mestilah tepat atau membawa maksud yang sama.
  2. Dua jawapan berbeza tidak diterima.
  3. Hukum salah, alasan betul, tiada markah.
  4. Hukum betul, alasan salah, ada markah.

14. Bagi soalan berbentuk perbandingan dan perbezaan.
  1. Perbezaan hendaklah sama dari segi ciri.
  2. Jika ada perbezaan, tetapi jawapan salah satu salah, masih mendapat
      markah bagi jawapan yang betul.
  1. Digalakkan membuat jadual perbezaan.

15. Bagi soalan sirah/ riwayat hidup.
  1. Merangkumi nama penuh, gelaran, tempat dan tarikh lahir, latar belakang kehidupan keluarga, tarikh wafat, umur wafat dan tempat dikebumikan.

Contoh:

Nyatakan secara ringkas riwayat hidup Bilal bin Rabah.
Jawapan:          i. Hamba kepada Umaiyah bin Khalaf.
                          ii. Berbangsa Habsyi (berkulit hitam).
                          iii. Lahir pada tahun 43 sebelum hijrah.
                          iv. Penganut Islam yang pertama dari kalangan hamba.
                          v. Menjadi tukang azan/ muazzin pada zaman Rasulullah S.A.W.
                          vi. Meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah, dalam usia 63
                            tahun di Damsyik.


(D) CARA PENULISAN DAN PERSEMBAHAN JAWAPAN YANG BAIK.

1. Jawapan mempunyai pendahuluan/ kepala soalan/ kata kunci dan
    digariskan.

2. Menomborkan atau meletakkan simbol di setiap isi jawapan.

Contoh:

Nyatakan dua contoh perbuatan perempuan yang menyalahi fitrah.

Jawapan:          Dua contoh perbuatan yang menyalahi fitrah ialah:
                           a. Memakai pakaian menyerupai lelaki.
                           b. Berkelakuan seperti lelaki (tomboy).
                           c. Salah laku seks (lesbian).

3. Menulis jawapan lebih daripada yang diminta.

Contoh:

Nyatakan dua cara bersuci selain berwudhuk.

Jawapan:          Dua cara bersuci selain berwudhuk ialah:
a.    Tayamum
b.    Istinjak
c.    Mandi
d.    Samak
e.    Sertu.

4. Bahasa yang digunakan tidak terlalu tinggi, tidak menggunakan istilah/
    dialek (loghat) bahasa negeri yang tidak difahami. Gunakan bahasa baku  
    yang standard.

5. Tulisan tidak terlalu kecil atau huruf sambung yang sukar dibaca.

6. Hendaklah langkau atau selang sekurang-kurangnya tiga baris
    dalam buku jawapan sebelum menulis jawapan bagi nombor soalan yang
    baru.

7. Tulisan hendaklah terang, jelas dan boleh dibaca. Elakkan daripada
     mengunakan ejaan singkatan yang sukar difahami. Tulis jawapan
     dengan kemas dan teratur.

8. Tulis jawapan dalam bentuk huraian ringkas bukan berbentuk karangan
     atau esei.                                                         

(E) KESILAPAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH MURID.

1.    Tidak menulis nombor soalan/ bertukar nombor soalan.

2.    Ikat kertas tidak mengikut susunan.

3.    Tulis jawapan melebihi garisan yang dibenarkan (kiri dan kanan).

4.    Merayu kepada pemeriksa.

5.    Menulis jawapan dalam bentuk esei/ menulis beberapa fakta dalam satu ayat/ perenggan (soalan pengertian).

6.    Menulis jawapan dalam bentuk fakta/ isi bagi soalan pengertian/ maksud.

7.    Menulis jawapan yang sama maksud.

8.    Kurang cermat membaca soalan/ membaca soalan sekali sahaja.

9.    Memberi jawapan kurang daripada yang dikehendaki.

10. Elakkan menyalin soalan tanpa jawapan. Tuliskan apa-apa jawapan yang dikira munasabah.

11. Elakkan mengulangi soalan sebagai jawapan.

Contoh:

Antara golongan yang berhak menerima zakat ialah fakir dan miskin.

Nyatakan empat golongan lain yang berhak menerima zakat.

Jawapan:          Golongan yang berhak menerima zakat selain fakir dan
                         miskin ialah:
a.    Hamba.
b.    Muallaf.
c.    Musafir.
d.    Fisabilillah.
e.    Orang yang berhutang.
f.     Amil.

5 comments:

  1. Assalamualaikum..massa al-koir ya ustaz

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz..soalan yang berkata kunci huraikan, terangkan dan jelaskan memerlukan jawapan yang mempunyai isi dan huraian...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustaz, kalau dia suruh nyatakan dalil naqli nak buat mcm mane, sy dah tak ingat

    ReplyDelete