Tuesday, June 28, 2011
SESI MOTIVASI TING. 5
Bersama pensyarah cemerlang, ramai pelajar menangis bila bercakap soal ibubapa, pengorbanan dan kesusahan mereka menbesarkan kita. Namun , tidak ramai yang menangis bila bercakap soal penderhakaan terhadap Allah, padahal Allahlah yang menciptakan dan memberikan rezeki kepada kita termasuklah ibu bapa kita. Kenapa ya?
WAHAI PELAJARKU, JANGAN TINGGAL SOLAT
Tajuk hari ni ialah Ciri-ciri Mukmin yang berjaya. Ayat surah al-Mukminin ayat 1 hingga 11. Secara tinjauan secara angkat tangan dalam kelas, yang solat penuh hanya dua orang (8.3%) daripada keseluruhan pelajar 24 orang, 5 orang (20.8%) tak tahu solat, selebihnya (71%) kadang-kadang solat . Itulah realiti remaja sekarang. Kadang-kadang terfikir, apa yang mereka semua buat di rumah dalam 24 sehari yang Allah bagi, padahal solat jika dibuat 5 waktu itu tidakpun sampaipun satu jam. atau susah sangat solat ni. Faktor-faktor yang bermain difikiran masih banyak tetapi perlu lebih kajian, mungkin lepas ni kena buat kajian terperinci. Nasihat ustaz, solatlah, jangan tak solat. Hidup kita hanya sementara........
Wednesday, June 22, 2011
CARA MENGINGATI FAKTA/ISI PENTING SESUATU TAJUK
- Baca tajuk sekurang-kurangnya dua kali
- Fahami perkara/isi yang hendak disampaikan
- Ambil kertas kajang(sama dilipat menjadi kecil atau ambil kertas kosong)
- Tuliskan isi-isi penting pada muka pertama.
- Baca semula isi-isi penting yang telah ditulis dan fahami
- Sebaik-baiknya gunakan ayat sendiri.
- Ulang membaca apa yang anda tulis sebanyak dua kali.
- Tulis semula isi-isi penting tersebut dengan tulisan yang cantik dan kemas ( sebaik-baiknya dalam bentuk kad atau kertas kajang yang boleh dibawa kemana-mana)
- Jika anda lupa, boleh lihat buku rujukan utama.
- Anda tidak perlu menghafalnya, yang penting ulangi membaca nota kad tadi pada tempat dan masa berikut:
- Ketika menungggu bas.
- Ketika guru tiada dalam kelas
- Sebelum tidur
- Selepas makan
- Selepas solat
- Semasa di kantin
- Sebelum sesi persekolahan bermula
- Selepas sesi persekolahan berakhir
- Di dalam bas
- Anda juga boleh menggunakan kad atau nota tersebut sebagai bahan untuk bersoaljawab dengan rakan-rakan.
- Tetapkan suatu masa dalam sehari (di sekolah), sekurang-kurangnya 5-10 minit sebagai sesi kuiz anda bersama rakan-rakan (syudy group) yang tidak melebihi 5 -6 orang.
- Masa tersebut boleh dijadualkan secara tetap. Sesi 10 minit ini sangat penting untuk anda mengukuhkan ingatan anda terhadap isi pelajaran.
- Sebaik-baiknya sebelum bermula waktu persekolahan ( sebelum waktu pertama) atau semasa rehat. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk makan, 10 minit sudah memadai.
- Sesi ini boleh dijalankan di kantin ketika menikmati hidangan atau di pondok rehat .
SELAMAT MENCUBA!
Tuesday, June 21, 2011
BAGAIMANA MEMBUAT NOTA SEMASA MENDENGAR PENGAJARAN (DALAM KELAS)
- Dengar dengan teliti pengajaran guru. Isi-isu penting dapat dikesan bukan sahaja dengan sebutan ,bahkan juga riak wajah guru.
- Baca dahulu topik yang akan diajar.
- Jangan salin semua yang disebut oleh guru. Salin maklumat penting sahaja seperti definisi, senarai , formula dll.
- Tulisan perlu kemas dan senang dibaca. Sekiranya tulisan tidak cantik, salin semula.
- Gunakan simbol atau ringkasan perkataan. (dalam nota sahaja, bukan dalam peperiksaan)
- Gunakan ayat sendiri
- Langkau garis dan guna kaedah nombor (bukan seperti membuat karangan)
- Tandakan perkara yang penting (yang diberi penekanan yang lebih oleh guru) dengan garisan merah atau simbol bintang dll.
- Jika tertinggal, jangan bertanya rakan,kerana akan mengganggu konsentrasi proses pendengaran. Semak semula selepas kelas.
- Jika ingin membuat idea tambahan mengenai sesuatu idea , tinggalkan ruangan kosong dalam nota anda
- Catat apa yang guru tulis di papan putih.
- Tuliskan nota dalam pelbagai warna ( biasanya merah , hitam , biru)
- Sediakan suatu ruangan kosong (jarak 4-5 cm) disebelah kiri dan kanan nota anda untuk membuat nota tambahan dan mencatat kata kunci.
- Semak nota secepat mungkin. Seelok-eloknya pada hari yang sama untuk membuat tambahan, pembetulan atau pengubahsuaian.
- Jika diizinkan guru, anda juga boleh membawa pita rakaman.
CONTOH FORMAT NOTA
| Kata Kunci (dibuat kemudian) | Nota yang dicatat semasa pengajaran dalam kelas | Nota Tambahan (dibuat semasa membaca buku lain(rujukan) |
| | | |
Monday, June 20, 2011
KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN-TING. 5 BAB IBADAH
KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
- Maksud: Menjaga ,mendidik dan menunaikan segala hak-hak anak sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
· Hukum : wajib melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak.
CARA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
1. SEMASA MENGANDUNG
· Ibu bapa hendaklah
· Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara melakukan ketaatan dan meninggalkan perbuatan maksiat
· Menunaikan kewajipan agama.
· Banyak bersabar
· Melazimi membaca al-Quran
· Menjaga akhlak
· Berdoa dikurniakan anak yang soleh
· Bapa hendaklah
· Memastikan keselamatan ibu dan kandungannya.
· Ibu hendaklah
- Membuat pemeriksaan kesihatan dari semasa kesemasa
- Makan makanan seimbang
- Memastikan makan makanan yang halal
- Banyak berehat untuk menjauhkan tekanan.
SELEPAS MEMPEROLEHI ANAK
1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP BAYI YANG BARU LAHIR
1. Sunat azan dan iqamah ditelinga bayi
2. Mentahnik (membelah mulut dengan memberikan makanan yang manis (biasanya kurma yang dihancurkan)- sedikit sahaja.
3. Menamakan dengan nama yang baik
4. Mencukur rambutnya dan menberikan sedekah berdasarkan jumlah berat rambut anak tadi dengan nilaian emas atau perak( con. Kalau berat rambut anak 2 gram x RM 120 (nilai 1 gram emas semasa = RM 240).
5. Melakukan akikah dengan menyembelih kambing atau ternakan al-an’am
* sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran.
2. PENDIDKAN ISLAM
- Maksudnya : mengajar anak-anak sejak kecil dengan asas keimanan spt rukun Iman,Islam serta membiasakan mereka dengan mentaati perintah Allah s.w.t.
3. PENDIDIKAN MORAL
- Maksudnya : menanamkan prinsip-prinsip akhlak dan budi luhur ke dalam diri anak-anak.
1. Mengasuh anak-anak dengan adab-adab seperti:
i. Bercakap benar
ii. Amanah
iii. Suka membantu orang yang memerlukan bantuan
iv. Menghormati orang tua
v. Menghormati tetamu
vi. Berbuat kebaikan kepada jiran
2. Menjauhkan anak-anak daripada sifat tercela seperti:
i. Memaki hamun
ii. Berdusta
iii. Mencuri dan sebagainya
3. Menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
4. PENDIDIKAN JASMANI
- Maksudnya: penjagaan kesihatan tubuh badan seperti menjaga makan dan minum, tidur , kebersihan dan bersukan.
5. PENDIDIKAN INTELEKTUAL
- Maksudnya: pendidikan berkaitan dengan akal dan pemikiran iaitu membentuk pemikiran mereka dengan pelbagai ilmu berkaitan fardhu ain dan kifayah.
6. PENDIDIKAN ROHANI
- Maksudnya : mendidik anak-anak dengan sifat positif seperti berani, sabar,cekal dan tekun.
- Menjauhkan mereka dari sifat negatif seperti benci membenci, malu tidak bertempat, dengki dan pemarah.
- Matlamatnya ialah agar anak mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna, berfikiran matang, bercita-cita tinggi dan berani.
7. PENDIDIKAN SOSIAL
1. Bertujuan melahirkan anak-anak yang berakhlak .
2. Mereka diajar dengan konsep persaudaraan sesama Islam, adab berziarah, menghormati hak orang lain dan lain-lain.
3. Mengajarkan mereka batas-batas aurat dan peraturan pergaulan antara lelaki dan wanita.
LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran keibubapaan
2. Senarai tanggungjawab ibu dan bapa ketika mengandung
3. Jelaskan 3 tanggungjawab ibubapa terhadap pendidikan moral anak-anak
4. Jelaskan kesan pengabaian terhadap tanggungjawab dalam pendidikan terhadap anak-anak.
BEBERAPA PERKARA KHURAFAT BERKAITAN KEMATIAN
• Bunyi guruh (tagur) yang mendayu-dayu adalah menandakan ada orang yang akan meninggal.
• Berbunyi burung gagak yang bunyinya seakan-akan orang mencarik kain kafan sebagai tanda ada orang akan meninggal.
• Seorang ibu meninggal semasa bersalin, hendaklah dicucuk jarum di bawah ketiaknya, kononnya supaya tidak hidup semula. Lebih-lebih lagi kalau si ibu dan anak kedua-duanya meninggal.
• Memasang pelita (lampu) yang tidak padam-padam selama tujuh hari bermula dari hari kematian, kononnya untuk menyenangkan roh si mati balik ke rumah sebelum ia pergi jauh.
• Meletakkan azimat di bawah ketiak atau badan mayat semasa dikafankan atau ditanam, untuk kemudahan soalan Munkar dan Nakir.
• Berjalan/lalu seluruh keluarga di bawah usungan jenazah supaya kurang rasa sedih atau lebih tepat membuang sial.
• Upacara memulih rumah selepas kematian oleh bomoh atau dukun.
• Menyediakan satu hidangan pada malam hari buat si mati, lebih-lebih lagi pada malam Jumaat.
• Mengadakan kenduri pada malam ketiga, kononnya malam pecah perut, malam kelima kononnya pecah mata, malam ketujuh kononnya hancur daging, malam keempat puluh bercerai tulang, seratus hari hancur semuanya.
• Mendirikan bangunan atau binaan di atas kubur.
• Percaya kepada Badi.
Sunday, June 19, 2011
TEKNIK BELAJAR DALAM KELAS
1. TEKNIK MENDENGAR
MASALAH-MASALAH PELAJAR MENDENGAR DALAM KELAS
MASALAH-MASALAH PELAJAR MENDENGAR DALAM KELAS
- Tidak memberi perhatian penuh.
- kurang berminat
- Pelajar berbual dalam kelas
- Anggap pelajaran payah/susah
- Suka berkhayal
- Pelajar dalam keadaan sedih dan marah
- Kurang perbendaharaan
- Pelajar tidak dapat mengenal pasti fakta/isi penting
- Suara penyampai kurang jelas/kurang fasih
- Tidak minat dengan guru yang mengajar.
TEKNIK-TEKNIK MENDENGAR SECARA BERKESAN
- Berikan tumpuan
- Tingkatkan minat
- Jangan berbual
- Jangan bermain/bergurau ketika guru mengajar
- Kemukakan soalan sekiranya tidak faham
- Berikan tumpuan pada bahan pelajaran yang diterangkan
- Kekalkan minda terbuka, jangan ada perasaan buruk kepada guru
- Elakkan mengkritik guru yang sedang memberi penjelasan
- Buat nota dengan ayat sendiri
- Membaca terlebih dahulu supaya anda dapat memahami yang yang diterangkan
- SILA AMALKANNYA UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN ANDA DALAM KELAS.
Subscribe to:
Posts (Atom)