Thursday, June 16, 2011

AYAT PENDINDING DIRI DARIPADA GANGGUAN SYAITAN

Hari berlaku gangguan sampai histeria seorang pelajar, walaupunn perempuan , tetapi dipegang 6 orang pun, masih kuat

kepada para pelajar dan pengunjung semua , gunakanlah ayat-ayat al-Quran sebagai pendinding diri daripada gangguan makhluk halus terutama kepada perempuan yang lemah sedikit jiwanya. Amalkan al-Quran dan doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan jadikanlah ianya amalan harian kita. Selain daripada membantu menerangkan hati, mudah-mudahan kita juga dipelihara daripada perkara-perkara yang tidak baik.

Ayat Pendinding Diri

Cara membuat pendinding daripada gangguan jin,syaitan,makhluk halus dan perbuatan khianat manusia (dibaca selepas Solat Fardhu Subuh dan selepas Solat Fardhu Maghrib) :-


1. Membaca Surah Al-Fatihah dihadiahkan kepada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam,Keluarga Baginda, Sahabat Baginda, Tabi',Tabi'ul Tabi'in,Auliyak, Ulamak, Guru-Guru Kita Dan Sekelian Muslimin dan Muslimat:-


أ َعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. ٱهْدِنَا الصِّرَ ٰطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَ ٰطَ الَّذِينَ أ َنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّـاۤ لِّينَ. آمين.



2. Membaca Selawat al-Fatih 11 kali :-


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ. ١١ كالي



3. Membaca Ayatul Kursi (Waqaf 9 yakni berhenti 9 kali) dan diulang pada ayat :

وَلاَ يَؤُدُهُوحِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ

sebanyak 7 kali, selepas baca tiup/ludah ke kanan, kiri,depan, belakang, atas, bawah, dan kepada diri sendiri(telan).


اللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ (١) لاَ تَأْخُذُهُو سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ (٢) لَهُو مَا فِى السَّمَـٰوَ ٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ (٣) مَن ذَا الَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُ وۤ إِلاَّ بِإِذْنِهِے(٤) يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ (٥) وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِےۤ
إِلاَّ بِمَا شَآءَ (٦) وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَـٰوَ ٰتِ وَ الْأَرْضَ (٧) وَلاَ يَؤُدُهُو حِفْظُهُمَا (٨) وَهُوَ الْعَلِىُّ الْعَظِيمُ

Wednesday, June 15, 2011

NOTA IBADAT BAB LIAN-TINGKATAN 5

1. PENGERTIAN LIAN
a. Bahasa : laknat
b. Istilah : sumpah suami yang disertakan dengan laknat dari Allah untuk menolak hukuam qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri atau menafikan nasab.

2. SEBAB BERLAKU LIAN
a. Apabila suami menuduh isterinya berzina tanpa membawa saksi untuk benarkan tuduhan zina dan dikenakan 80 rotan.
b. Untuk elak hukuman, suami perlu bersumpah lian untuk benarkan tuduhannya.

c. Isteri juga perlu bersumpah lian bagi mengelak tuduhan suaminya jika tidak mengaku salah.

3. PROSES LIAN
a. Sumpah suami :
i. Aku bersaksi dgn nama allah bahawa tuduhan zina atas isteriku benar (4 x sumpah)
ii. Sesungguhnya laknat allah akan menimpaku jika aku berdusta membuat tuduhan ini (sumpah ke 5)
b. Sumpah isteri :
i. Aku bersaksi dengan nama allah tuduhan zina suamiku adalah dusta ( 4 x )
ii. Sesungguhnya kemurkaan allah akan menimpaku jika tuduhan suamiku benar (sumpah ke 5)

4. IMPLIKASI LIAN
1. Suami iateri terpisah
2. Suami haram kahwini bekas isteri selamanya
3. Suami dilepaskan dari hukuman qazaf
4. Isteri dikenakan hukuman jika tidak menolak tuduhan
5. Anak yang dinafikan dalam sumpah ternafi nasabnya dari suami
6. Isteri berhak tuntut nafkah anak jika suami tidak nafikan nasabnya

5. HIKMAH LIAN
1. Suami dapat cari penyelesaian secara adil
2. Isteri dapat menjaga maruahnya
3. Suami dapat pertahankan kesucian nasabnya

LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Lian
2. Terangkan proses Lian satu persatu
3. Jelaskan 3 hikmah lian.
4. Apakah akibat daripada perbuatan Lian.

NOTA IBADAT BAB ZIHAR- TING 5

Sila lengkapkan nota anda. Nota akan diperiksa dalam masa 1 minggu lagi.

1. Pengertian Zihar
Bahasa : belakang
Istilah : suami menyamakan isterinya atau mana-mana anggotanya dengan ibunya
atau dengan mana-mana perempuan mahram baginya
2. Hukum Zihar ialah haram dan berdosa besar
3. Rukun zihar
(i) Suami
(ii) Isteri
(iii) Orang yang diserupakan dalam zihar
(iv) Sighah
4. Syarat Zihar
RUKUN
SYARAT
Suami
1. Baligh
2. Berakal
3. Sah talak. Tidak sah zihar kepada isteri yang berada dalam iddah talak bain
4. Kemahuan sendiri
Isteri
1. Isteri yang sah
2. Zihar disandarkan kepada isterinya atau mana-mana anggotanya

Orang yang diserupakan dalam zihar
1. Perempuan
2. Perempuan yang muhrim dengan sebab nasab penyusuan dan persemendaan

Sighah
1. Lafaz yang digunakan jelas dan khusus tidak memerlukan kepada niat

2. Lafaz yang digunakan tidak jelas dan tidak khusus, ia memerlukan kepada niat
5. Langkah Mengelak Daripada Berlaku Zihar
1. Tidak mengikut sifat arab jahiliah apabila marah seperti menyamakan isteri dengan ibunya atau mana-mana mahramnya.
2. Memahami konsep zihar
3. Suami hendaklah menahan kemarahan supaya tidak tergesa-gesa menzihar isteri
6. Kifarah Zihar
Mengikut tertib berikut:
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin
2. Jika tidak mampu suami wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut
3. Jika tidak mampu berpuasa, suami wajib memberi makan enam puluh orang miskin dengan kadar secupak bagi setiap orang
7. Akibat Zihar
1. Suami yang melakukan zihar mendapat kemurkaan Allah dan berdosa besar
2. Suami isteri haram melakukan persetubuhan
3. Perbuatan zihar menjatuhkan maruah isteri
4. Suami wajib membayar kifarah
Latihan :
1. Apakah maksud zihar?
2. Senaraikan rukun zihar.
3. Jelaskan dua sebab berlakunya zihar.
4. Terangkan dua langkah untuk mengatasi berlakunya zihar.

PERATURAN PEMARKAHAN KERTAS 2 SPM - SEM. 1 2011

UNTUK RUJUKAN SEMUA PELAJAR DALAM MEMBUAT PEMBETULAN JAWAPAN PEPERIKSAAN SEM. 1 TING 5-2011
1 (a) (i)
Perkara yg tidak dapat di lihat oleh pancaindra manusia/hanya diketahui melalui al-Quran dan Hadis.
[1x2m=2m]
(ii)
- Meningkatan keimanan d ketakwaan dlm diri
- Menghindari perbuatan keji/mungkar/dosa kerana merasakan kiamat pasti berlaku
- Memelihara hubungan sesama makhluk Allah S.W.T dengan melakukan kebaikan.
2 x 2m =4m
(iii)
- Kita hendaklah patuh kpd ajaran rasul agar hidup kita bahagia di dunia dan di akhirat
- Kita hendaklah berfikir berdasarkan wahyu agar tidak sesat
- Kita hendaklah beriman kepada perkara ghaib supaya iman kita bertambah
Jawapan dalam bentuk ayat penyata (contoh patuh kepada ajaran rasul) dapat 1m shj
1 x 2m = 2m
(b) (i)
Ialah mengharuskan yang diharamkan kerana darurat / tetapi kekal pengharaman apabila hilang darurat.
2 x 1m =2m
(ii)
- Hanya terdapat makanan atau minuman yang haram sahaja.
- Makan atau minum sekadar menyelamat nyawa.
- Makan atau minum bukan untuk kenyang
2 x 1m = 2m
(iii)
- Amal ibadat tidak di terima.
- Doa tidak dimakbulkan
1 x2m =2m
(c )
3,4,2,1
4 x 1 = 4m
2. (a) (i)
Sunat
1 x 2m = 2m
(ii)
Sejahtera.
1 x 2m = 2m
- Rakyat hidup dengan aman damai
- Aktiviti ekonomi dan social dapat dibangunkan
- Masyarakat hidup maju
2 x2m=4m
(i)
وَلاَ بَيْعَ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ
1 x 2m= 2m
(ii)
Membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan sendiri.
1 x 2m =2m
(iii)
- Boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati
- Menimbulkan pergaduahan
- Menimbulkan sifat pentingkan diri
2 x 2m =2m
(c )
I – A
ii- B
iii – A
iv - B
4 x 1m =4m
3 (a) (i)
- Jiwa sentiasa cenderung kepada akhirat
- Patuh dan taat kpd perintah Allah
- Melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran
- Menghindarkan diri dari tipu daya syitan
-
2 x 1m =2m
(ii)
Mendapat hidayah
Tidak mendapat hidayah
- Taat perintah Allah
- Jauhi larangan Allah
- Berakhlak mulia
- Sentiasa tenang
- Lalai tunaikan peritah Allah
- Lakukan larangan Allah
- Berakhlak buruk
- Berkeluh kesah
2 x 2m=4m
(iii)
- Kita hendaklah berusaha mencari hidayah agar kita bahagia di dunia dan akhirat.
- Kita hendaklah menjauhi perkara yang di larang agar kita mendapat hidayah.
- Kita hendaklah mengamalkan segala perintah Allah agar mendapat keredaan Allah.
Jawapan dalam bentuk ayat penyata = 1m
1 x 2m =2m
(b) (i)
Ialah jangan suka menangguhkan kerja.
1 x 2m =2m
(ii)
- Tidak disukai oleh Allah dan Rasul
- Dimarahi oleh orang
- Kerja tidak berkualiti
- Kerja akan bertambah banyak
- Hidup tidak tenang dan gelisah
2 x 2m=4m
(iii)
- Merancang penggunaan masa dengan baik
- Mengurus masa dengan bijak
- Menentukan wawasan hidup
1 x2m =2m
(c )
I - B
II -C
III -D
IV -A
4 x 1m=4m
4 (a) (i)
- Merendahkan martabat agama/ memperkecilkan tuntutan agama
- Memperkecilkan tuntutan agama
- Bangga apabila melangar larangan Allah S.W.T
- Menghina orang yang bertakwa
- Menyanjung perbuatan maksiat
- Menjadikan agama sebagai hiburan
2 x 1m =2m
(ii)
- Menuntut ilmu agama dengan guru yang muktabar
- Menghindarkan diri dari bergaul dengan golongan tersebut
- Melaksanakan tuntutan /tanggungjawab sebagai hamba Allah
2 x 2m =4m
(iii)
- Menuntut ilmu agama
- Menghindarkan diri dari bergaul dgn golongan tersebut
- Berdamping dgn alim ulamak
1 x 2m =2m
(iv)
- Janganlah kita mempermainkan agama kerana ia boleh meruntuhkan agama.
- Kita hendaklah hendaklah menuntut ilmu agar hidup kita bahagia.
- Kita hendaklah menjauhi perbuatan mempesendakan agama agar kita tidak mendapat balasan di akhirat.
1 x 2m=2m
(b)
(i) B
(ii) A
(iii) D
(iv) E
(v)
4 x 1m=4m
(c )
¾iÌ¿ ÐÜÎà ÅÇÌNÃËj· —JÀ» É»AeA O·iBr¿ Á»Ae Ì·ÜjI —Í O¸–Îÿ —Í ÆÕAifÄŠ oη
.PjI ſ̸Y Å· ¼Ä·e „mËiBÈm ÅÍA ÅMAÌIjŠ . ÆÕBÎnÃBÀ· O°u —»ÎÇ ÆAe —μm ÉÎmB·
- tiada titik dan huruf tidak bersambung dikira salah.
- Markah diberi mengikut berapa patah perkataan calon betul. Seperti di bawah:
1 - 4 = 1m
5 - 8 = 2m
9 - 12 = 3m
13 -16 = 4m
17 – 21 = 5m
22 – 25 = 6m
5 (a)
Tahukan jawapannya. Susah sangat nak tulis Arabnya. Maaf
[6markah]
(b) (i)
- Suami
- Ayah
- Ayah mertua
- Anak
- Anak tiri
- Adik-beradik
2 x 1m=2m
(ii)
- memakai pakaian yg menutup aurat
- menjaga batas pergaulan
- menjaga akhlak d tingkah laku
- mengelak diri drp melihat perkara maksiat
-
2 x 2m=4m
(iii)
- Kita hendaklah menutup aurat agar maruah kita terjaga.
- Kita hendaklah menjaga pandangan supaya tidak tejerumus dalam maksiat.
- Kita hendaklah menjaga kehormatan diri supaya tidak terjebak dalam zina.
2x 2m =4m
( c)
(i) Mengamalkan semangat kerjasama di kalangan kawan.
(ii) Berfikir itu adalah anak kunci kejayaan.
(iii) Akal mengurniakan akal kepada manusia
(iv) Hendaklah bersederhana dalam menghias diri.
Salah dua patah perkataan = 0 markah
4 x 1m=4m