Thursday, August 4, 2011

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2011

Alhadulillah, terima kasih kepada semua pihak termasuk guru dan pelajar yang sama-sama menjayakan program ihya' ramadhan tahun. Kesungguhan menjayakan program tahun nampaknya bertambah meningkat terutama kumpulan tadarrus quran guru dan pelajar dan juga sesi tazkirah pada waktu rehat. Ingin ustaz war-warkan sekali lagi antara program-program utama tahun ini ialah :
  1. Tadarrus Guru dan Pelajar
  2. Sesi Tazkirah waktu rehat
  3. Khatam Quran , iftar Jamaei dan solat hajat untuk pelajar PMR dan SPM
  4. Kutipan derma sepanjang bulan
  5. Penyampaian Duit Bantuan untuk pelajar yang kurang berkemampuan.
Bagi yang mahu menderma, peti derma ada dalam bilik ustaz, minta perhatian kepada semua ketua kelas agar memainkan peranan mengingatkan perkara tersebut kepada semua pelajar dalam kelas masing-masing. Juga kepada semua warga ursula , jangan segan-segan menggunakan kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadat. Harapannya agar semuanya akan berjalan lancar. Insya Allah.

Tuesday, August 2, 2011

PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN

Ramai orang membaca al-Quran, tetapi berapa ramai orang yang mengambil pengajaran dan beramal dengannya. Clip Video berikut adalah contoh penghayatan terhadap isi kandungan al-Quran, semoga kita mampu menjadi sepertinya.

Monday, August 1, 2011

SUKAN TAHUNAN-TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA URSULA

Alhamdulillah, syukur tahun ini kerana setelah sekian lama , semua pelajar dapat bersukan dalam keadaan yang dikehendaki oleh hukum syarak. Semua bertudung dan memakai pakaian yang tidak ketat dan berseluar panjang. Ingatlah , Islam tidak menghalang bersukan, tetapi bersukanlah dengan cara yang betul mengikut syariat. Semuanya akan dikira sebagai ibadat dengan dua syarat iaitu niat ikhlas dan mematuhi hukum syarak. Jadi yang ikhlas berlari dan menutup aurat, sebenarnya anda berlari dalam keadaan diredhai Allah, maka larian anda mendapat pahala. Sebaliknya jika anda berlari dalam keadaan tidak menutup aurat, walaupun dapat pingat emas, disanjung kawan dan taulan, tetapi dimurkai Allah, dibimbangi pingat emas dari neraka yang anda dapat. jadi ingatlah, apa-apa sahaja yang anda buat, pastikan dahulu keredhaan Allah, barulah keredhaan manusia. Jika manusia suka tetapi Allah tidak suka, tinggalkanlah. Jika Allah suka , tetapi manusia tidak suka, buatlah, kerana kita semua bergantung dengan amalan masing-masing, tiada orang yang akan menolong dan membantu anda jika anda melakukan dosa. Teruskan perkara kebaikan yang anda lakukan dengan istiqamah.


PRAKTIKAL HAJI - 5 SAINS

PRAKTIKAL HAJI KELAS 5 SAINS

al-Hamdulillah, syukur,walaupun tidak begitu sempurna, berjaya juga sesi praktikal haji dilaksanakan. Apapun yang penting, ustaz harap semua dapat ingat apa yang telah dipraktikalkan.


Sunday, July 31, 2011

BERSEDIA MENGHADAPI PEPERIKSAAN EXCEL 2

Bermula  8 Ogos ni, peperiksaan excel 2 akan bermula. Ustaz harap semua pelajar agar menyediakan diri untuk menghadapinya dari sudut mental dan fizikal. Walaupun kita sedang berpuasa pada bulan Ramadhan, ianya bukan alasan untuk kita menjadi lemah dan malas belajar. Daripada pengamatan sebelum ini, didapati ramai pelajar suka membuang masa, bercakap kosong dan lain-lain lagi kelakuan yang tidak berfaedah. Apakah masuk peperiksaan , markah yang diperolehi rendah dan kadang-kadang tidak lulus. Apabila ditanya, soalan susah , keliru dan pelbagai lagi alasan yang kurang munasabah. Yang sebetulnya , kita kurang ulangkaji dan belajar. Oleh itu, masa masih ada untuk anda menelaah dan berbincang dalam kumpulan tentang tajuk-tajuk penting yang telah dipelajari , mudah-mudahan ustaz harap semua pelajar ustaz memperolehi kelulusan yang baik nanti, insya Allah, jangan jadi macam dalam gambar ni, bila tak boleh jawab , tidur je kerjanya......