Pages

PMR - LATIH TUBI KHAS

TAJUK-TAJUK PENTING PMR 2011

SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN


Akidah- TING . 2

1.
Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan sifat al-Wahid

Jawapan : Allah bersifat Maha Esa pada zat, sifat dan perbuatanNya


2.
Soalan : nyatakan  ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat alwahid

Jawapan : ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat alwahid ialah :

1.    Melakukan ibadah bukan kerana allah
2.    Melakukan perkara syirik seperti bertenung nasib dan memuja syaitan
3.    Menjalankan undang-undang & perbuatan yang bercanggah dengan syariat Allah

3.
Soalan : apakah yang dimaksudkan dengan sifat al-Rahman

Jawapan : Maksud :  Allah Taala bersifat maha pemurah.

4.
Apakah kesan beriman dengan sifat al-Rahman

Jawapan : kesan-kesan beriman dengan ar rahman:
  1. Sentiasa mengharapkan pertolongan Allah dalamkehidupan
  2. Berusaha bersungguh-sungguh  mencari rezeki
  3. Tidakmudah putus asa
  4. Merendah diri  dan tidak riak.

5.
Apakah yang dimaksudkan sifat al-Rahim

Jawapan: bermaksud Allah S.W.T bersifat pengasih dan penyayang terhadap hamba-Nya yang beriman.


6.
Soalan : Nyatakan bukti Allah bersifat al-Rahim

Jawapan : Bukti Allah bersifat al-Rahim
l  Pengurniaan akal kepada manusia untuk membezakan antara yang baik dan buruk
l  Pengurniaan tubuh badan yang sihat supaya dapat mengerjakan ibadat
l  Pengurniaan ibu bapa dan keluarga kepada kita supaya kita dapat berbakti kepada mereka.
l  Pengurniaan kasih sayang ibu bapa kepada kita.

7.
Soalan : Tuliskan amalan-amalan yang bertentangan dengan sifat al-Rahim

Jawapan: Tidak suka menolong orang malah mementingkang diri sendiri.
l  Bersikap bengis dan pemarah.
l  Tidak mempunyai perasaan kasih dan sayang sesama makhluk
l  Tidak menghormati orang lain seperti ibu,bapa,guru, dan pemimpin
l  Tidak berperikemanusiaan dan kejam




8.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan sifat Allah al-Hakim

Jawapan : al-Hakim Bermaksud MAHA BIJAKSANA

9.
Soalan : Jelaskan tanda-tanda  Allah  bersifat al-Hakim (Maha Bijaksana)


Tanda-tanda Allah bersifat al-Hakim
  1. Manusia mempunyai cop jari yang tidak sama
  2. Dedaun hijau yang menjalankan proses fotosintesis menghasilkan oksigen untuk penafasan manusia
  3. Kejadian laut yang masin dan sungai yang tawar walaupun bertemu masing-masing kekal dengan sifatnya
  4. Kejadian planet-planet yang berjalan di atas paksinya
  5. Kejadian langit yang bergantung dan tidak bertiang

10.
Soalan : Nyatakan kesan beriman dengan sifat al-Hakim /Tuliskan amalan yang bersesuaian dengan sifat al-Hakim

Jawapan: kesan beriman dengan sifat al-Hakim ialah:
1.    Bijak membahagikan masa untuk digunakan kepada perkara-perkara yang berfaedah
  1. Mebuat  kerja dibuat mengikut keutamaan.
  2. Menghargai setiap kurniaan ciptaan Allah S.W.T.
  3. Memanfaatkan nikmat pemberian Allah S.W.T. untuk memperoleh keredaan-Nya.
  4. Sentiasa berusaha tanpa berputus asa.

11.
Saolan : Tuliskan amalan yang bertentangan dengan sifat al-Hakim

Jawapan: amalan yang bertentangan dengan sifat al-Hakim ialah:
  1. Memandang rendah kepada kebolehan seseorang yang berilmu.
  2. Malas berfikir untuk kemajuan diri, keluarga, dan negara.
  3. Tidak mahu berusaha.
  4. Menyalahgunakan nikmat akal untuk melakukan kejahatan dan maksiat.
  5. Suka berkhayal dan berangan-angan.

AKIDAH : TINGKATAN 3

BERIMAN KEPADA RASUL

1.
Soalan : Tuliskan sifat-sifat wajib bagi rasul

Jawapan : sifat-sifat wajib bagi rasul:
1.    Siddiq (benar)
2.    Amanah (jujur)
3.    Tabligh (menyampaikan)
4.    Fatanah ( bijaksana)

2.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan ismatur Rasul/Rasul maksum

Jawapan : Maksud ismatur Rasul/Rasul maksum ialah para rasul terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat dan dosa dan perkara yang mencemarkan kemuliaan, ketaatan dan kemampuan mereka menyampaikan wahyu allah


BERIMAN KEPADA RASUL

1.
Soalan : Tuliskan tugas-tugas rasul

Jawapan : tugas-tugas rasul ialah :
1.    Menyampaikan wahyu Allah
2.    Memimpin manusia mengenal Allah
3.    Mengajar manusia cara beribadah
4.    Menjadi teladan kpd manusia

2.
Soalan : Tuliskan sebab manusia perlu kepada rasul

Jawapan : Sebab manusia perlu kepada rasul
l  Rasul membimbing manusia ke jalan yang benar
l  Rasul memimpin manusia kepada kebaikan dunia dan di akhirat
l  Supaya manusia tidak akan sesat
l  Untuk menjadi contoh teladan



3.
Soalan : Jelaskan kesan beriman kepada rasul kepada indvidu

Jawapan : kesan beriman kepada rasul kepada indvidu ialah :
1.    Mendapat hidayah untuk kembali ke jalan Allah
2.    Meningkatkan ketakwaan kepada Allah
3.    Mencintai rasul melebihi kecintaan segala-galanya
4.    Memiliki akhlak mulia yang boleh dicontohi
5.    Mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat

4.
Soalan : Jelaskan kesan beriman kepada rasul kepada keluarga

Jawapan : Sebab manusia perlu kepada keluarga
l  Keluarga menjadi bahagia dan harmoni.
l  Melahirkan keluarga yang mengambil berat pendidikan fardu ain dan fardu kifayah
l  Memelihara anggota keluarga daripada dosa dan azab seksa neraka
l  Melahirkan keluarga yang soleh


5.
Soalan : Apakah maksud mati?

Jawapan : kesan beriman kepada rasul kepada indvidu ialah :
-       Mati ialah perpisahan roh dengan jasad.

6.
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan alam barzakh?

Jawapan : alam barzakh ialah …
Alam pemisah seseorang di antara dunia dengan akhirat, sementara menunggu tibanya hari qiamat.


7.
Soalan : Nyatakan amalan-amalan menghadapi kematian?

Jawapan : Amalan-amalan menghadapi kematian  :
-       Bertaubat dan beristirghfar kepada Allah
-       Melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangannya
-       Berbuat kebaikan dan berkasih sayang sesama manusia
-       Melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat





No comments:

Post a Comment